Salam.. selamat pagie semua... dah sarapan hendaknya... benda yang paling berharga dalam kehidupan ini kesihatan diri.. sapa lagi nak jaga diri kita melainkan kita sendiri... sayangi diri... sarapan pagi okay.. aku minum air Pearl Cafe ngan kuew tiow goreng lebih semalam jer..
Turun naik kehidupan.. berputar² bagaikan roda.. sekejap kita suka.. gembira.. akan ada hari pula kita sedeh menangis duka... tapi suka atau tidak.. itu lah yang harus kita lalui sepanjang hayat hidup di muka bumi ini.. kita tak dapat lari dari mendepani rencah kehidupan... bersabar dan kuatkan iman... bila gembira jangan terlalu over.. bila bersedeh jgn sampai melampau²... berpada² dalam semua perkara... satu perkara mesti ingat... hidup tetap harus diteruskan walau apa pon yang terjadi... pemutusnya hanya mati... bila.. di mana.. bagaimana.. itu urusan yang maha Esa.. tugas kita sekarang... lalui hidup ini sebagai hamba yang taat.. tunaikan segala suruhan.. jauhi segala larangan.. kumpul pahala.. elak dosa.. tekun usaha.. kuat ibadat.. hendak bahagia dunia.. akhirat... ingat mengingati sesama kita... amalan mulia.. hehehe
Sudah.. sudah.. takmo sedeh² lagi.. walaupon fikiran bengkak bengkok tak tentu haluan... tapi aku tuan punya badan... aku yang control fikiran dan perasaan aku... jadi aku mahu gembira... aku mahu semua di sekelilingku gembira... fikiran yg bengkang bengkok tadi aku luruskan... get it straight... fokus dan tentukan matlamat... fokus jangka pendek aku buat masa ini..
i) Kesihatan mata Aisha mesti dipulihkan
ii) Beri peluang nursery sekarang satu bulan lagi.. kalau ternyata tidak ada improvement dan perkara yang sama berulang lagi.. harus aku cari tempat yang lain
iii) Bercuti.. kehidupan yang kami lalui lately sangat serabut dan kacau bilau... perlukan ketenangan kembalikan semangat hadapi kehidupan..
iv) Kesihatan Mak aku dan Papa En. Ady sentiasa di bawah pemantauan.
v) Dedikasikan diri sebagai anak, isteri dan ibu.. pekerja yang makan gaji juga hamba Allah di muka bumi..
Fokus jangka panjang:
i) Masukkan Alyaa kelas belajar di tadika (sekarang cuma daycare sahaja)
ii) Beli kereta baru yang lebih selesa
iii) Pasang grill, kabinet dapur
iv) Tukar perabot lama dengan yang lebih sesuai
v) Buat kolam ikan mini di depan rumah
vi) Kukuhkan kedudukan ekonomi dan kurangkan hutang
Setiap manusia diberi dugaan dan ujian di dalam hidup.. samada melalui kesenangan atau kesusahan.. oleh itu bila kita senang.. bersyukur.. jauhkan riak.. jauhkan takbur.. beringat² lah selalu.. nikmat dari Allah boleh diambil bila² masa sahaja dikehendakiNya... bila susah.. jangan pula menyumpah nasib diri.. putus asa dan menyerah kalah.. berdoa dan teruskan usaha.. Allah tidak akan hampakan hambaNya yang berdoa dan berusaha.. nyalakan harapan.. mantapkan persediaan.. jangan hilang fokus.. hanya yang kuat dan tabah mampu teruskan hidup... kerana hidup ini satu perjuangan...
2 comments:
yup..hidup ini memang satu perjuangan. setiap manusia di uji dgn macam2 dugaan.
ujian tuk saya lain.
ujian tuk awk lain..
yg penting, jangan give up! :)
take care dear ~
sgt teliti yer u nih... :)... sgt bgs...
Post a Comment