.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, July 29, 2011

Zee Avi: kAntOi!!

This song is so catchy.. keroncong lagie.. ehehehe.. she has an amazing voice din't she.. orang Sarawak ini..
 
 
Love her voice and song too..
 
Jom kita dengar balasan lagu nie.. 




 
Kelakar kan.. ehehehe


..JaMuAN MeNyaMBuT RaMaDHaN di PeJaBat..

Mesti ramai dah raikan sambutan menjelang Ramadhan kan.. selain tahlil dan doa... ada juga sessi makan²... kitorang baru jer semalam.. mmg sengkak perut.. makan.. makan.. dan makan.. aku tak bawak juadah.. sekadar sumbangkan duit.. tak daya rasernyer nak masak² dlm keadaan sarat nie.. letih sokmo...

Maser sessi makan² tu sumer juadah nak raser.. tapi tak sumer boleh masuk sekali.. ruang dah terhad.. makanya aku pon ekot beramai² menapau makanan lebih... sampai tiga plastik besor ko... tapau tak hengat dunia.. pastu tak larat nak bawak.. dari tingkat atas turun tempat aku.. tumpang troli dorang angkut makanan.. tapi masalahnyer time nak balik... puas lar aku mikior.. camner aku nak ngangkut sumer barang makanan yg aku tapau tu ke parking.. aku dah try bawak.. giller berat.. nak bawak perut pon dah tak larat.. ada hati nak angkut sumer tue.. cuba² nasib call PA Dato'.. fuhhh.. dia tak balik lagie.. maka aku ajak lar dia tolong mengangkut bungkus² tue.. aku tapau utk makan kat umah mak jer.. sian mak aku.. jaga anak² kitowang kadang² sampai tak sempat nak masak.. mekasih lar banyak² yer Nisa tolong angkatkan barang... sib baik lar.. kalau tidak mau En. Ady kena turun ke opis aku jalan kaki semata² nak angkut barang.. ehehehe...

KP kami sedang memberi ucapan.. Dato' bawak Bubur Cambodia masak sendiri.. perghh.. sangat sedap!  Tak sangka Dato' pandai masak kan..

Teka yang mana satu bos aku.. ehehehe

Pengacara Majlis sedang berucap..

Baca doa dulu sebelum makan..

Jejaka berbaju biru itular si ampunya gambar² ini.. aku lupa bawak kamera.. berebut² naik lif.. lapor punya pasal..

Berkumpul di ruang legar sementara upacara dimulakan..

Adik² sedang berposing...

Tengah pilih menu apa nak serbu dulu nie..

Banyak giller makanan..

The Buyong ladies.. perut saper lagi besar.. due kitorang selang sehari jer..
Dan masanya tiba untuk menjamu selera..
Semua harus cuba!

Jejaka² Warisan sezaman.. ehehehe

Second round..

Kitorang makan dalam Bilik Persidangan.. ehehehe.. tak koser nak duduk atas lantai.. payah nak bangun woo!

Sekian Laporan dari saya.. ehehehe.. pas posa nanti Jamuan Aidilfitri pulak kan.. tapi.. rasernyer tak dapat join.. saya bercoti 3 bulan... sob.. sob..!!

SaLaM RaMADhAN..

Salam Ramadhan buat semua pembaca blog BonDa.. sempena bulan mulia bakal menjelang nie.. eloklah kita bermuhasabah diri dan kenang kembali amalan² telah kita lakukan sepanjang tahun.. maner lagi berat.. dosa ker pahaler.. fuhhh!  Kalaulah kita boleh tengok penimbang tu kan... gunakan peluang Ramadhan menjelang ini sebaik²nya... saper tau ia mungkin Ramadhan kita yang terakhir... aku.. tak tau lar sempat posa sampai baper hari... orang kat dalam nie sempat bayar fitrah atau tak... sama²lah kita mendoakan yang terbaik buat kamu dan aku juga.. amin..

********************************

Oleh: NAZMI AIDARUS
Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Terengganu

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud:
Sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)
Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang
Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..
Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)
Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”
As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);
9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air.
Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya. Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat.
Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

Thursday, July 28, 2011

KeNDuRi NaTuN 11.06.2011: fLOWeR GiRL..

Peristiwa dah lamer berlaku.. baru hari nie nak bagi laporan.. ahahaha... jenuh lar aku korek² balik arkib gambar²an.. hehehe

Tahun nie banyak betul event besar berlaku dalam famili kami... adik aku 2 orang menamatkan zaman bujang dowang tahun nie.. adik ipar Insyaallah.. juga menyusul.. mak dapat cucu baru anak Dekly.. anak aku coming soon... dan 2 lagi dijangka tahun depan.. ohhh siapa... Pn. Pengantin nie lar.. dan adik ipar aku sorang lagi... tiap² tahun tak pernah berhenti dari budak kecik kat umah mak aku... since 2005 sampai lar sekarang nie..

Ingat tak dulu entri nie??  Last² tak beli pon.. survey p survey mai.. tak dak satu pon yang melekat di hati.. ecececehhh... pakai jerlah maner yg ada.. maser pon dah suntuk.. mata pon dah ngantuk malam tue... letih...

Gambar ada byk... layan jerlah maner yg ada nie dulu yer.. kot rajin nanti aku buat siri kedua.. ehehehe...

Si Ainna nie kalau tak senyum memang masam gilak.. Tok dia bagi gelaran cuka kat si Ainna nie.. sebelah Ainna si Islam.. anak adik aku Putra.. hat nie Tok dia gelar tepung pulut... ahahaha.. ada² jer mak aku nie..

Flower girl bersantap dulu sesudah mekap.. lambat lagi pengantin nak sampai..

Do we look alike??

Ainna dengan ayah pulak... wide screen ayah nie..semuanya lebar..

Lepas bersantap duduk kerusi 1st class tgk kugiran... budak².. budak²..

Pengantin pompuan dah kuar... Sharifah Fatihatul Adnin.. adik aku no. 7.. haa... dorang sangat excited nak renjis bunga² rampai tue..

Kena brief dulu aper nak buat..



Berkumpul depan pintu gerbang..

She's so sweet.. tak jadik pon beli baju flower girl yg baru.. maser suntuk sangat.. jadi pakai jer aper yg ada..

Berdebar dalam penantian..

Ok gurls... jalan..

laju betul budak² nie jalan..

Tak sabar² nak tabur bunga..

Pengantin telah berpeluk tangan..

Bunga pon ditabur.. puas diajar.. sikit² jangan cekak banyak² sangat bunga tue.. nanti cepat abis...

Haa.. macam tue..

Biler bunga abis.. sibuk suruh top up lagie.. uhuhuhu

Kami dan Pengantin... tahniah!  Moga berkekalan ke akhir hayat.. Amin...


Wednesday, July 27, 2011

..PeRTuNaNGaN RiTa..

Salam sayang buat semua yang bacer blog nie.. sebab aku perasan bz.. jarang² sekarang nie aku nak update blog.. maafkan aku... jarang² jugak buat lawatan muhibbah... maafkan aku sekali lagie... sebab aku memang sengaja... teruknyerr!!  Ehh.. jangan marah aku... dah tabiat membuyung musti macam nie.. elok lagie aku tak cuti blogging setengah tahun cam dulu... biler membuyung.. mata nie tak abisnyer asyik nak tido jer.. otak pon malas nak susah² pk apa nak up kat entri... maka story yg ada pon terperam membasi begitu sahajer..

Apa² jerlah Kakpah nie kan.. hurmm.. maka agar ianya tak basi aku nak uploadkan cecepat Majilis Pertunangan adik ipar aku yang diadakan baru² nie.. minggu lepas... diam² tiba² nak bertunang.. tak sangka you... dan biler jambatanmu telah tiba di hujungnya.. bertemulah kamu dengan si dia yang ditentukan untukmu.. okeh.. malas nak berceloteh... tabiat membuyung.. MALAS! Ehehehe.. layan gambar jerlah... ^______^


Selepas belanja dan semua hal tentang perkahwinan dipersetujui kedua belah pihak.. maka cincin disarungkan oleh bakal mertua..


Sebak.. pertama kali bertemu bakal menantu.. terharu lar pulak tengok gambar nie.. huhuhu

Bakal mertua dan bakal menantu.. aren't they sweet together.. 

Sessi beramah mesra antara 2 keluarga yang baru kali itu berjumpa..


Sebahagian dari buah tangan pertunangan..

gambar.. gambar.. gambar.. untuk kenang²an..

 Adik beradik En. Ady.. sumer ada..

I'm the giant in da house.. hihihi

Tahniah Rita.. mudah²an dipermudahkan Allah menuju gerbang perkahwinan.. :)

Adik lelaki En. Ady.. encem tak??  Masih single..

Hidangan yg dijamu petang itue..

Aisha suka betul makan rendang ayam aritue.. suka tengok dia makan..

Gambar tak banyak yg diklik.. yelah.. fotografer membuyung.. aper ke halnyer terklik².. hahahah!!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails