.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Sunday, December 22, 2013

ReSePi BoNDa: NESTLE Natural Set Yogurt Recipe Challenge

Salam.. dah lama tak masuk dapur Bonda kan.. hmmm... mimpi apakah.. ekekeke... jom kita join NESTLE Natural Set Yogurt Recipe Challenge.. see inilah dia pemangkin semangat Bonda terinspirasi untuk memasak dengan penuh tertib dan merajinkan pula diri membuat entri masak memasak ini.  

Bonda nak masak apa??  Sebab lauk ini kegemaran seisi keluarga termasuk lar si kecik Amna.. makanya telah sebulat suara mereka meminta lauk udang.. dan terciptalah resepi ini..

Bonda Yogurt Butterprawn

Bahan-bahannya:
1.  300 gm udang (dapat yang segar dan besar memang sesuai sangat lar)
2.  1 sdb mentega
3.  5 ulas bawang putih (ditumbuk)
4.  2 cm kunyit hidup(ditumbuk)
5.  5 cm lengkuas (ditumbuk)
6.  3 batang serai (1 btg cincang halus, 2 btg diketuk)
7.  1 sdb lobak masin (dicincang)
8.  1 helai daun kunyit (dimayang halus)
9.  1 biji bawang besar
10. 50 ml susu sejat
11. 2 sdb NESTLE Natural Set Yogurt
12. 50 ml air
13. Garam dan Gula ikut rasa

Hiasan:
1.  Daun Bawang
2.  Daun Ketumbar

Ok.. dah sedia bahan2 di atas.. jom kita masak.. cara-caranya:
1.  Panaskan kuali.. masukkan mentega.. tumis semua bahan tumbuk.. biarkan wangi..
2.  Masukkan kentang.. biar separa garing..
3.  Masukkan susu sejat.. dan air.. biar mendidih.. masukkan serai yang dititik.. ratakan.. api perlahan..
4.  Masukkan yogurt.. kacau sebati..
5.  Masukkan udang.. goreng sekejap.. masukkan bawang.
6.  Perasakan garam dan gula.. tutup api.

Nak lebih jelas.. jom kita tengok gambar..

Udang dibuang kaki dan janggut.. guna gunting mudah dan cepat..
Anak bonda sampai dah tak kenal.. dia ingat ini ulat besar.. wakakaka.. tak der kaki.. tak der janggut kan..

Ini lengkuas, kunyit hidup, bawang besar dan bawang putih..

Buang kulit dan tumbuk lengkuas, kunyit hidup dan bawang putih tadi..

Daun bawang, daun ketumbar, daun kunyit dan kentang nie cost me only RM1.00.. daun bawang dan ketumbar potong kecik2 macam kat atas.. simpan untuk hiasan sahaja..

 Ini lobak masin.. seplastik tu baru RM1.69.. nak guna sikit jer.. yang lain simpan.. untuk kegunaan di masa akan datang..

 Tiga batang serai.. dua diketuk.. satu dihiris halus2.. sama macam lobak masin dan daun kunyit.. 

 Yeaa.. nindia bahan rahsia.. Nestle Natural Set Yogurt.. ambil 2 sudu sahaja..

Nestle Natural Set Yogurt ini bukan sahaja rendah lemak tetapi juga tidak ditambah gula.. harganya baru RM5.20 sebekas.. susu sejat nie guna suku tin sahaja..

Jom masak!!

Panaskan 1 sudu besar mentega..

Tumiskan bahan tumbuk dan bahan hiris.. kacau hingga naik bau.. perlahankan api.. api kena jaga.. jangan sampai tumisan hangit..

Masukkan kentang dan tuangkan susu sejat..

Masukkan pula serai yang telah dititik.. biar menggelegak dan kentang agak empuk.. kemudian masukkan  2 sudu besar Nestle Natural Set Yogurt..

Tambahkan air supaya kuah tidak pekat sangat dan perasakan garam dan gula..

Masukkan udang.. kacau sekejap dan tambahkan bawang..

Kacau dan sebatikan bahan.. biar mendidih sekejap dan tutup api..

Tadaaaa!!... Selesai satu lauk untuk tengahari ini.. hehehe.. kos bahan untuk resepi ini tidak sampai pon RM30.00.. masa penyediaan lebih kurang 20 minit..

Korang tahu.. ada macam-macam resepi kita boleh masak guna NESTLE natural Set Yogurt nie..  agak-agak tak idea nak olah sendiri.. boleh jer rujuk http://ww2.nestle.com.my/dearnestle/product/pages/landing.aspx#naturalset untuk macam-macam resepi hebat dan maklumat lanjut tentang produk NESTLE Natural Set Yogurt.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails