.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, April 27, 2012

aDVaNCe MoTHeR's DaY CaRds..

Seperti hari² biasa.. sampai jer umah mak.. anak² aku menerpa sambut depan pintu... masing² tarik tangan aku sambil mulut becok berkata²... masing² (si Alyaa & Aisha) hulur kertas kat aku.. and tadaaaaaaaaaaa... I'm SURPRISEEE!!!

..Advance Mother's Day Card..

Dari Alyaa and Aisha..

 Yang nie dari Aisha.. siap kaler² kad dia..

 Ini bahagian dalam kad Aisha.. I love u too Aisha..

Yang nie pulak kad dari Alyaa..

Ini bahagian dalam kad Alyaa... melekat².. Bonda buka sampai terkoyak.. I love u too Alyaa..

I am touched.. they using rough paper to make these cards.. they are sooo SWEET.. semoga selamanya kamu akan bahagiakan hati Bonda..


Monday, April 23, 2012

PoKoK CaNCeR..

 Saper pernah tengok pokok nie.. angkat tangan!  Ini pokok apa??  Bagi yang tak tau dan tak pernah jumpa.. inilah dia Pereskia sacharosa/saecnarosa nama saintifik yang diberi tetapi lebih glemer dikenali sebagai Pokok Tujuh Jarum.. atau Rose Cactus.. atau Pokok Kanser.. atau Pokok Jarum Tujuh Bilah.. atau Pokok Bintang Tujuh.. atau Pokok Chat Sim Chan..
 
 
Pokok yang asalnya dikatakan dari Korea Selatan ini tergolong dari keluarga 'kaktus' dan satu²nya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar.. pokok nie sangat tahan lasak.. aku tau sebab aku yang tanam.. memuler aku tanam dalam pasu.. amik batang dia dari umah makcik aku.. dalam pasu kan.. kadang² tuan yg super rajin nie lupa siram.. maka pokoknya hidup segan mati tak mahu.. lalu aku pindahkan ke laman depan... dari satu batang... sedar² dah berbatang².. segar bugar membiak dengan suburnya.. tak perlu jaga.. tak perlu baja.. dia diklasifikasikan genus paling primitif yang mudah beradaptasi hampir dalam semua iklim..

Aku pelik jugak naper pokok nie dikaitkan dengan nombor tujuh sebab kalau nak dikira betul² duri dia banyak giller dan di setiap tumpuk adalah lebih daripada 7 bilah.. dan lagi.. hati² duri pokok nie boleh dikatakan agak berbisa.. kalau tercucuk bagaikan terkena selumbar.. payah nak kuarkan... raser macam nak cantas buang pon ada jugak biler bengang tercucuk duri.. tapi sayang lar pulak.. sebab pokok yang berduri bisa nie banyak khasiatnya..

Korang tau.. daun.. bunga dan buah pokok nie boleh mengubat penyakit barah??  Dimakan secara mentah sebagai ulam atau salad.. diambil secara rebusan dari tumbuhan segar.. dipercayai mempunyai nilai perubatan kanser seperti anti-ketumbuhan (tumor).. anti-sengal otot (rheumatic).. anti-ulcer.. dan anti-inflammatory.. ia juga digunakan dalam ubatan melegakan sakit kepala.. sakit perut (gastric pain).. ulcers.. bawasir (hemorrhoids).. penyakit kulit (atopic dermatitis).. dan kesegaran badan (revitalizing the body)..

Di Panama, orang tempatan menggunakan seluruh tumbuhan Pereskia bleo untuk merawat masalah usus (gastrointestinal problems).. sementara di India.. Pereskia grandifolia digunakan sebagai ubat sakit pembengkakan.

Tumbuhan herba nie juga mempunyai keluarga yang besar.. sebanyak 31 jenis darinya telah dikenalpasti seperti senarai di bawah..

1) Pereskia aculeata - Barbados gooseberry
2) Pereskia aculeata var. rotundifolia
3) Pereskia aureiflora
4) Pereskia bahiensis
5) Pereskia bleo
6) Pereskia colombiana
7) Pereskia corrugata
8) Pereskia cubensis
9) Pereskia diaz-romeroana
10) Pereskia godseffiana
11) Pereskia grandifolia
12) Pereskia grandifolia var. violacea
13) Pereskia guamacho
14) Pereskia horrida
15) Pereskia humboldtii
16) Pereskia humboldtii var. rauhii (syn. P. horrida)
17) Pereskia lychnidiflora
18) Pereskia marcanoi
19) Pereskia nemorosa
20) Pereskia philippi
21) Pereskia portulacifolia
22) Pereskia quisqueyana
23) Pereskia sacharosa
24) Pereskia stenantha
25) Pereskia subulata
26) Pereskia vargasii
27) Pereskia vaugasii var. longispina
28) Pereskia weberiana
29) Pereskia zehntneri
30) Pereskia ziniiflora
31) Pereskia zinniaefolia

Jom baca artikel yang aku amik dari Herba & Tumbuhan nie..

Bertepatan dengan pertambahan penggemar penggambilan tumbuhan herbal sebagai rawatan alternative, maka adalah amat perlu menjalankan satu penyelidikan bagi meyokong nilai perubatan terkandung dalam tumbuhan herbal disamping memastikan tumbuhan itu selamat untuk penggambilan manusia.
Keputusan adalah bertetapan dengan kajian in vitro dimana pati ekstrak Pereskia bleo dan Pereskia grandifolia tidak menunjukkan cytotoxicity keatas sel normal MRC-5. Berdasarkan kepada keputusan kajian acute toxicity keatas tikus makmal kedua dua pati Pereskia sp. Diterima sebagi selamat untuk kegunaan kesihatan manusia
Pereskia bleo dan Pereskia grandifolia tidak mempunyai kesan sampingan (acute oral toxicity), Ujian makmal keracunan telah dilakukan keatas haiwan ujikaji dimana, jumlah sukatan tinggi (A single, high dose) telah diberikan kepada haiwan ujikaji dan diperhatikan sama ada ia mendatangkan kemudharatan atau membunuh haiwan tersebut dalam jangka waktu 14 hari, tapi tiada kematian dicatit sama ada disebabkan kematian semulajadi maupun disebabkan dari ujikaji. Kajian ini penting bagi mentukan tahap keselamatan ubat ini keatas kesihatan.
Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh pihak Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun jarum tujuh bilah menunjukkan jumlah aktiviti antioksidan (total antioksidan activity) yang tinggi. Walaupun nilai jumlah aktiviti antioksidannya tidak setinggi vitamin C (asid askorbik) dan vitamin E (alfa-tokoferol), tetapi nilainya masih dianggap tinggi dan sesuai untuk dimakan sebagai ulam bagi meningkatkan paras aktiviti antioksidan di dalam tubuh seseorang. Daun jarum tujuh bilah ini juga mengandungi sebatian fenolik yang sederhana tinggi. Sebatian fenolik memang telah diketahui menunjukkan aktiviti antioksidan di samping menghapuskan radikal bebas.
Bagi membuktikan sama ada jarum tujuh bilah mampu untuk mengubati atau mencegah barah, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak daun jarum tujuh bilah secara in vitro (kultur tisu) dan juga secara in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak daun jarum tujuh bilah bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan juga sel kanser ovari.
Bagi kajian haiwan pula, ekstrak daun jarum tujuh bilah pada kepekatan 10% (100g daun jarum tujuh bilah dikisar dengan 1,000ml air) telah diuji keberkesanannya terhadap tikus yang diaruh kanser hati. Keputusannya menunjukkan bahawa ekstrak daun jarum tujuh bilah mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati dengan menurunkan paras enzim penanda kanser. Walau bagaimanapun, penurunan paras enzim penanda kanser tidak sampai ke paras normal yang menunjukkan bahawa ekstrak daun jarum tujuh bilah hanya mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati, tetapi bukannya mengubati kanser hati secara keseluruhan.
Kajian secara in vitro (kultur tisu) dan juga secara in vivo (kajian haiwan) menunjukkan bahawa daun jarum tujuh bilah tidak menunjukkan kesan toksik atau kesan sampingan yang buruk kepada sel yang normal atau tikus yang normal.
Kesimpulannya, daun jarum tujuh bilah mempunyai kesan untuk melawan atau mengubati barah, tetapi kajian lanjut masih amat diperlukan untuk menilai keberkesanannya terhadap pesakit barah atau kanser. Tiada kesan toksik dilaporkan pada sel yang normal atau tikus yang normal yang menunjukkan ia selamat untuk dimakan dalam kuantiti yang sederhana. Diharap dengan penemuan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan mempromosikan pemakanan ulam-ulaman tempatan bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia. - Profesor Madya Dr. Asmah Rahmat, (UPM).

Phytochemical
Kajian kimia keatas daun Cacatceae (komponan Cytotoksik Pereskia bleo) tidak banyak dijalankan dibanding dengan spisis pereskia yang lain. Hanya tiga (3)lapuran kajian phytochemical dan biological dilapurkan berkenaan tanaman ini. Kajian terawal berkenaan phytochemical oleh Doetsch etal yang melapurkan pengasingan Empat (4) alkaloids, dikenali sebagai 3,4-dimethoxy-ฮฒ-phenethylamine, mescaline, 3-methoxytyramine and tyramine.

Rumusan
Secara tradisionalnya, untuk mendapatkan khasiat dari jarum tujuh bilah ini, daunnya yang matang dipetik (satu atau dua helai daun) dan dimakan sebagai ulam bersama-sama dengan nasi atau makan secara mentah, daunnya terasa rangup. Daun jarum tujuh bilah ini mengandungi lendir, tetapi lendir ini tidak pahit. Jika diamalkan daun ini secara berterusan, ia mungkin boleh melindungi badan daripada pelbagai jenis barah.

Kegunaan dan Rawatan.
1. Merawat kanser terutama kanser kolon/usus besar, kanser hidung dan kanser yang lain.
2. Sakit Buah pinggang.


Tiga Cara Rawatan:

1. Masukkan 2 helai daun ke dalam air panas, dijadikan teh dan diminum.
2. Daunnya dimakan sebagai ulam 1-3 helai setiap hari.
3. Kisar daun menjadi lumat, dijadikan jus dan diminum.


Peringatan:

a) Amalan perubatan ini amat popular di kalangan masyarakat Cina. Pengambilan sebarang jenis teh dilarang kerana ia dapat menghapuskan khasiat daun di dalam badan. Jadi yang sedang mengambil atau makan daun herba ini, cuba elak minum teh apa jenama pun. Kopi o tak mengapa. Ia dikatakan dapat mengubat darah tinggi dan kencing manis.
b) Adalah amat amat digalakkan memakan Asparagus @ meminum jus perahan Aspargus apa bila kita memakan atau menggambil ubat pembunuhan sel kanser.

***************************

Fuhhhh.. panjang dan padat.. haa.. baru kau tahu kelebihannya.. sib baik tak tebang..
ehehehehehe...

 ^_________^

 

Thursday, April 19, 2012

jOM ReDeeM HaDiAH..

Anak anda masih menyusu.. tak bukan susu nenen.. susu tepung??  Korang tak join moms club ker.. aku raser tiap² jenis susu tepung utk membesar sumer ada club² nieh.. anak aku ada 4 kan.. sumernyer masih minum susu.. of course walau kita yg tua nie.. masih tetap kena minum susu..

Alyaa, Aisha, Ainna.. kecuali Amna yg menyusu badan.. yang lain sumernyer minum susu Dutch Lady.. tiap² bulan aku akan beli 15 pack susu Dutch Lady 123 + Dutch Lady 456... wah.. makanya harus tidak sesusah mana aku nak kumpul barcode utk claim hadiah nie.. hehehe.. lama jugak aku simpan.. tertangguh² nak post.. dan hari itu.. 25 Februari 2012 aku telah mengeposnyer.. lega..

Cara nak redeem??  Mudah jer.. tapi perkara pertama yg ko perlu make sure ialah anak ko mmg minum susu Dutch Lady.. then ko register as member kat www.dutchlady.com.my.. dan selepas itu bolehlah korang mula mengumpul barcode di setiap pek susu yg korang beli... setiap barcode mempunyai klasifikasi point yg dikumpul... berapa dan berapa.. boleh semak jadual kat website dia..

Alang² hantar barcode kan.. aku terus redeem sekali.. jimat stem akak.. hehehe..

dan.. sekelip mata... nin diaaaaa... hahaha tak lah bukan sekelip mata.. kena juga lar ko tunggu beribu² kerlipan mata iaitu pada tarikh 22 Mac 2012.. bungkusan yang dinanti²kan ini sampai.. bih kurang sebulan jugak lar masa yg diambil... tapi... SAYA SUKA!! (kata Mei Mei dalam Upin Ipin)..

Ada tiga mender sumernyer yg aku redeem.. 2 menan utk si kakak².. dan satu menan utk si tecit.. seperti yg kat atas nie..

Dan.. pengumpulan barcode bermula lagie... aku.. sedang SABAR mengumpul..


Dia DiLaHiRKaN pD taRikH itu 33 Thn yG LaLu..

Telah menjadi amalam.. sejak mula kawen.. kami mesti celebrate hari² istimewa dalam keluarga kami.. tak kira walau macammana simple sekalipon... rezeki lebih kita kongsi ramai².. rezeki kureng kita celebrate kita² jer.. tak kisah lar walau hanya sepotong kek.. atau sekeping kad.. apa yang penting??  Tanda ingatan.. memberitahu yang kita tidak pernah luper...
17 April 2012.. cepat betul maser berlalu.. dah 3 thn melangkaui 3 series dah laki aku nie.. tapi.. perangai kadang² lebih dia dari budak².. a Man will always be a boy..

Tak plan apa² sebenarnya.. dan aku juga dah buntu nak carikan En. Ady apa sebagai tanda ingatan.. last² aku ajak dia singgah kedai kek and we decided to have a lite dinner.. tetamu VIP harus Pn. Nor Rizan yang dah seharian jagakan cucu²nya.. hari² kami balik lambat kan.. kesian kat mak!
Sebenarnya ingat nak makan ikan bakar.. tapi cancel dan bertukar ke tempat terdekat.. makan Steamboat jer di Thai Steamboat BBQ Ampang Waterfront..

Ada dua pilihan.. steamboat sahaja (RM22) dewasa  (RM12) kanak² atas 100cm ketinggian dia atau steamboat dengan grill (RM27) dewasa dan (RM14) kanak² dengan syarat yang sama seperti di atas.. sebab tu tak bleh bawak ramai².. kira kepala maaa... hahaha..  bukan kedekut.. but am trying to be a wise financial planner..

Sambutan kecil²an kami anak beranak jer.. si kecik Amna pon ada sekali.. ater.. anak beranak kan.. semua yg diberanakkan harus ada.. kesian budak kecik nie.. nothing to snack on.. ahahaha.. dia tepuk² meja nak makan sekali.. suap lar sikit² mana yg boleh.. Bonda nak makan pon tak feel sangat.. kena tengok tuan puteri kan.. kalau tak tengok kang abis sumer mender nak dijilatnyer.. huhuhu

Aku masih memakai baju kurung.. yer.. tak mandi tak aper.. balik keje singgah umah mak.. solat dan amik budak² sumer.. challo... malam tu jugak kami pegi.. rasernyer kalau buat esok.. cam penat.. so better malam tu juga.. which is baru 16 April.. aku bajet baik nak suh En. Ady tiup kek tepat jam 12.00 malam..

..dan.. setelah hampir semua tetamu dah challo kami masih melepak di sini.. perut dah sengkak.. mata dah mengantuk.. dan masanya untuk tiup kek.. yer kami laki bini esoknyer bercuti sempena birthday En. Ady.. ahahaha... cam kelakar.. tapi rasanyer cuti mmg diperlukan.. letih lar.. pi makan² pon letih...

lepas tiup kek dan bergambar.. terus balik.. tak larat dah.. budak² pon dah ngantuk.. dan dorang tidak bercuti.. masih tetap perlu ke school pagi esoknya..

Gambar kenangan dengan aku.. budak pelayan tue tak pandai snap lar.. blur.. and me look sangat chubby.. tak suka!


Monday, April 16, 2012

..MaLaiKaT KeCiL..


Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah.  Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata

“OK ayah, saya sudah bersedia”.

Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”.

Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”.

Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”.

Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”.

Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi.Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan.  Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar.  Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang.

Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut.
Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya.

Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.

Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.

Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.
“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut.

 Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.  Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.  Inilah satu peristiwa..

Terima kasih untuk anda kerana membaca kisah ini.  Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain.

PeTuA MaSuK RuMaH BaRu..



1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali mas...uk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut: Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.


Sunday, April 15, 2012

GaDiS JePuN TeRaKHiR..


HaHaHaHaHaHaHa!!!!!!!!

Friday, April 13, 2012

AMNa EKoT BoNDa ke REBUNG..

Sebelum tue.. citer nie dah basi.. kejadian 19 Mac 2012 aritue.. Amna aku bawak datang opis.. aku sebenarnya terlupa yang aritue ada Majlis Perpisahan TKP kami Prof. G... so.. nak tanak si kenit tu pon diangkut sekali naik van jabatan.. bukan tak bawak keta.. cuma.. aku nie buta jalan.. dan lagie.. dengar kata kat Rebung tue payah ya amat nak parking.. space limited... seronok per naik van beramai²..

Maser nie masa baru sampai Rebung.. tengok si Amna.. sedap jer dia tido kat bahu si Nisa..

Prof. bagi coklat sebagai cenderahati..

Pn. Rock nak lagie.. satu maner cukup..

Si Rana dengan jelan berkata.. "Tak bleh.. ini semua Ahmad Albab yang punyer!!"
Hahaha.. aper ko merepek nie Labu?? Okeh.. okeh.. sowiiii... aku tak tau caption yang sesuai nak ditaruk kat gambar² opismate aku nieh..

Yang nie seperti biasa si Mona & Nisa.. aritue.. dorang boleh rileks sikit.. sebab ramai sangat volunteer babysit anak aku... lega.. boleh akak makan dengan tenang... Amna pon tak banyak ragam.. dia ok jer orang dukung dia.. dari tangan ke tangan..

Kakpah yg anaknya entah ke mana..

Sebelum makan.. harus ada acara² pembukaan dulu..

Majlis tanpa jurugambar sama dengan majlis tanpa kenangannya.. huhuhu.. yaaa.. inilah jurugambar² professional jabatan kami...

Masanya Dato' berucap.. sebak pulak aku tengok Dato' menangis sampai tak dapat nak habiskan speech dia..

Prof. mendengar dengan penuh perasaan.. aku tau Prof. pon tak tahan..

Buktinya.. Prof. pon menangis maser dia berucap.. ucapan yang agak touching juga.. Semoga Prof. gembira dapat kembali bersama keluarga.. Prof. nie berkhidmat kat jabatan kami tapi famili dia kat Penang.. kesian duk jauh²..

Tengok lah.. anak dara aku.. dari meja ke meja.. bergambar sana sini ngan sumer orang.. sapa pulak yang diraikan nie??

Di hujung sana.. kalau perasan.. sesi karaoke sedang dialunkan oleh one of our pengarah.. tak sangka ada bakat terpendam.. sporting habis!

Ohhh.. ini setting tempat makan di Rebung restoran kepunyaan Chef Ismail itue.. Chef Ismail pon ada menyumbangkan lagu untuk sesi karaoke.. tak leh nyanyi banyak² lagu katanya.. nanti gulai hangit.. hehehehhh...


Tuesday, April 10, 2012

I am Touched.. En. Ady.. aRe u??

“When I got home that night as my wife served dinner, I held her hand and said, I’ve got something to tell you. She sat down and ate quietly. Again I observed the hurt in her eyes.

Suddenly I didn’t know how to open my mouth. But I had to let her know what I was thinking. I want a divorce. I raised the topic calmly. She didn’t seem to be annoyed by my words, instead she asked me softly, why?

I avoided her question. This made her angry. She threw away the chopsticks and shouted at me, you are not a man! That night, we didn’t talk to each other. She was weeping. I knew she wanted to find out what had happened to our marriage. But I could hardly give her a satisfactory answer; she had lost my heart to Jane. I didn’t love her anymore. I just pitied her!

With a deep sense of guilt, I drafted a divorce agreement which stated that she could own our house, our car, and 30% stake of my company. She glanced at it and then tore it into pieces. The woman who had spent ten years of her life with me had become a stranger. I felt sorry for her wasted time, resources and energy but I could not take back what I had said for I loved Jane so dearly. Finally she cried loudly in front of me, which was what I had expected to see. To me her cry was actually a kind of release. The idea of divorce which had obsessed me for several weeks seemed to be firmer and clearer now.

The next day, I came back home very late and found her writing something at the table. I didn’t have supper but went straight to sleep and fell asleep very fast because I was tired after an eventful day with Jane. When I woke up, she was still there at the table writing. I just did not care so I turned over and was asleep again.

In the morning she presented her divorce conditions: she didn’t want anything from me, but needed a month’s notice before the divorce. She requested that in that one month we both struggle to live as normal a life as possible. Her reasons were simple: our son had his exams in a month’s time and she didn’t want to disrupt him with our broken marriage.

This was agreeable to me. But she had something more, she asked me to recall how I had carried her into out bridal room on our wedding day. She requested that every day for the month’s duration I carry her out of our bedroom to the front door ever morning. I thought she was going crazy. Just to make our last days together bearable I accepted her odd request.

I told Jane about my wife’s divorce conditions. . She laughed loudly and thought it was absurd. No matter what tricks she applies, she has to face the divorce, she said scornfully.

My wife and I hadn’t had any body contact since my divorce intention was explicitly expressed. So when I carried her out on the first day, we both appeared clumsy. Our son clapped behind us, daddy is holding mommy in his arms. His words brought me a sense of pain. From the bedroom to the sitting room, then to the door, I walked over ten meters with her in my arms. She closed her eyes and said softly; don’t tell our son about the divorce. I nodded, feeling somewhat upset. I put her down outside the door. She went to wait for the bus to work. I drove alone to the office.

On the second day, both of us acted much more easily. She leaned on my chest. I could smell the fragrance of her blouse. I realized that I hadn’t looked at this woman carefully for a long time. I realized she was not young any more. There were fine wrinkles on her face, her hair was graying! Our marriage had taken its toll on her. For a minute I wondered what I had done to her.

On the fourth day, when I lifted her up, I felt a sense of intimacy returning. This was the woman who had given ten years of her life to me. On the fifth and sixth day, I realized that our sense of intimacy was growing again. I didn’t tell Jane about this. It became easier to carry her as the month slipped by. Perhaps the everyday workout made me stronger.

She was choosing what to wear one morning. She tried on quite a few dresses but could not find a suitable one. Then she sighed, all my dresses have grown bigger. I suddenly realized that she had grown so thin, that was the reason why I could carry her more easily.

Suddenly it hit me… she had buried so much pain and bitterness in her heart. Subconsciously I reached out and touched her head.

Our son came in at the moment and said, Dad, it’s time to carry mom out. To him, seeing his father carrying his mother out had become an essential part of his life. My wife gestured to our son to come closer and hugged him tightly. I turned my face away because I was afraid I might change my mind at this last minute. I then held her in my arms, walking from the bedroom, through the sitting room, to the hallway. Her hand surrounded my neck softly and naturally. I held her body tightly; it was just like our wedding day.

But her much lighter weight made me sad. On the last day, when I held her in my arms I could hardly move a step. Our son had gone to school. I held her tightly and said, I hadn’t noticed that our life lacked intimacy. I drove to office…. jumped out of the car swiftly without locking the door. I was afraid any delay would make me change my mind…I walked upstairs. Jane opened the door and I said to her, Sorry, Jane, I do not want the divorce anymore.

She looked at me, astonished, and then touched my forehead. Do you have a fever? She said. I moved her hand off my head. Sorry, Jane, I said, I won’t divorce. My marriage life was boring probably because she and I didn’t value the details of our lives, not because we didn’t love each other anymore. Now I realize that since I carried her into my home on our wedding day I am supposed to hold her until death do us apart. Jane seemed to suddenly wake up. She gave me a loud slap and then slammed the door and burst into tears. I walked downstairs and drove away. At the floral shop on the way, I ordered a bouquet of flowers for my wife. The salesgirl asked me what to write on the card. I smiled and wrote, I’ll carry you out every morning until death do us apart.

That evening I arrived home, flowers in my hands, a smile on my face, I run up stairs, only to find my wife in the bed -dead. My wife had been fighting CANCER for months and I was so busy with Jane to even notice. She knew that she would die soon and she wanted to save me from the whatever negative reaction from our son, in case we push through with the divorce.— At least, in the eyes of our son—- I’m a loving husband….

The small details of your lives are what really matter in a relationship. It is not the mansion, the car, property, the money in the bank. These create an environment conducive for happiness but cannot give happiness in themselves.
So find time to be your spouse’s friend and do those little things for each other that build intimacy. Do have a real happy marriage!
If you don’t share this, nothing will happen to you.

If you do, you just might save a marriage. Many of life’s failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up.

MoNYeT PoN PaNDai ToLoNG ORaNG..

Dua orang buta ini ingin gunakan pili paip untuk minum & mencuci tangan tapi gagal. akhirnya monyet ni yang tolong bukakan pili paip tu untuk dua orang yang buta tu. Selepas mereka sudah siap minum dan basuh tangan monyet tu tutup semula paip tu dan beredar. SubhanaAllah. monyet pun tahu menolong manusia.

18 SeBaB JiN MeRaSuK MaNuSia..

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.
Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails