.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE
Showing posts with label Advertorial. Show all posts
Showing posts with label Advertorial. Show all posts

Wednesday, October 29, 2014

ZALORA Watches Malaysia.. bukan sekadar aksessori..

Pasaran jam tangan kat Malaysia nie agak besar..  terima kasih atas industri fesyen kita yang semakin rancak berkembang akhir-akhir ini..  permintaan yang semakin tinggi untuk jam tangan daripada pembeli juga merupakan salah satu faktor penting terhadap berkembangnya pasaran jam tangan di Malaysia.





Koleksi watches Malaysia boleh didapati dengan pelbagai pilihan jenama antarabangsa dan tempatan. Kepelbagaian pilihan juga sangat mengagumkan dengan banyak jenis jam tangan yang boleh dipilih buat wanita dan lelaki. Kita cuma perlu dapatkan jenama jam yang menawarkan seleksi pilihan jam yang bukan sahaja cantik tetapi juga praktikal.. ini penting sebab jam tangan bukan sekadar aksesori fesyen tetapi juga alat yang kita guna untuk mengetahui masa serta tarikh.


Jam tangan lelaki dan wanita di Malaysia juga semakin stylish dan moden daripada segi rekaan. Sesuai dengan kehendak pasaran yang memerlukan koleksi watches Malaysia seiring dengan trend fesyen terkini yang sedang hangat.


Kita mungkin lebih mengutamakan jenama dan harga tapi keselesaan jangan letak di tepi.. jam tangan yang berkualiti selalunya tahan lebih lama dan tidak mudah rosak.. Ini membolehkan kita memakainya untuk satu tempoh yang lama. Barang yang kita beli itu asset kita.. asset mestilah sesuatu yang berbaloi dengan wang yang dikeluarkan.


Tips dan review untuk cara menggayakan jam tangan yang betul ataupun koleksi jam tangan yang terkini boleh sahaja didapatkan di website ZALORA. Di sana terdapat seleksi watches Malaysia online untuk wanita dan lelaki dengan harga yang agak istimewa.. Tunggu apa lagi?? Jom layari website ZALORA Malaysia sekarang!


 







Sunday, December 22, 2013

ReSePi BoNDa: NESTLE Natural Set Yogurt Recipe Challenge

Salam.. dah lama tak masuk dapur Bonda kan.. hmmm... mimpi apakah.. ekekeke... jom kita join NESTLE Natural Set Yogurt Recipe Challenge.. see inilah dia pemangkin semangat Bonda terinspirasi untuk memasak dengan penuh tertib dan merajinkan pula diri membuat entri masak memasak ini.  

Bonda nak masak apa??  Sebab lauk ini kegemaran seisi keluarga termasuk lar si kecik Amna.. makanya telah sebulat suara mereka meminta lauk udang.. dan terciptalah resepi ini..

Bonda Yogurt Butterprawn

Bahan-bahannya:
1.  300 gm udang (dapat yang segar dan besar memang sesuai sangat lar)
2.  1 sdb mentega
3.  5 ulas bawang putih (ditumbuk)
4.  2 cm kunyit hidup(ditumbuk)
5.  5 cm lengkuas (ditumbuk)
6.  3 batang serai (1 btg cincang halus, 2 btg diketuk)
7.  1 sdb lobak masin (dicincang)
8.  1 helai daun kunyit (dimayang halus)
9.  1 biji bawang besar
10. 50 ml susu sejat
11. 2 sdb NESTLE Natural Set Yogurt
12. 50 ml air
13. Garam dan Gula ikut rasa

Hiasan:
1.  Daun Bawang
2.  Daun Ketumbar

Ok.. dah sedia bahan2 di atas.. jom kita masak.. cara-caranya:
1.  Panaskan kuali.. masukkan mentega.. tumis semua bahan tumbuk.. biarkan wangi..
2.  Masukkan kentang.. biar separa garing..
3.  Masukkan susu sejat.. dan air.. biar mendidih.. masukkan serai yang dititik.. ratakan.. api perlahan..
4.  Masukkan yogurt.. kacau sebati..
5.  Masukkan udang.. goreng sekejap.. masukkan bawang.
6.  Perasakan garam dan gula.. tutup api.

Nak lebih jelas.. jom kita tengok gambar..

Udang dibuang kaki dan janggut.. guna gunting mudah dan cepat..
Anak bonda sampai dah tak kenal.. dia ingat ini ulat besar.. wakakaka.. tak der kaki.. tak der janggut kan..

Ini lengkuas, kunyit hidup, bawang besar dan bawang putih..

Buang kulit dan tumbuk lengkuas, kunyit hidup dan bawang putih tadi..

Daun bawang, daun ketumbar, daun kunyit dan kentang nie cost me only RM1.00.. daun bawang dan ketumbar potong kecik2 macam kat atas.. simpan untuk hiasan sahaja..

 Ini lobak masin.. seplastik tu baru RM1.69.. nak guna sikit jer.. yang lain simpan.. untuk kegunaan di masa akan datang..

 Tiga batang serai.. dua diketuk.. satu dihiris halus2.. sama macam lobak masin dan daun kunyit.. 

 Yeaa.. nindia bahan rahsia.. Nestle Natural Set Yogurt.. ambil 2 sudu sahaja..

Nestle Natural Set Yogurt ini bukan sahaja rendah lemak tetapi juga tidak ditambah gula.. harganya baru RM5.20 sebekas.. susu sejat nie guna suku tin sahaja..

Jom masak!!

Panaskan 1 sudu besar mentega..

Tumiskan bahan tumbuk dan bahan hiris.. kacau hingga naik bau.. perlahankan api.. api kena jaga.. jangan sampai tumisan hangit..

Masukkan kentang dan tuangkan susu sejat..

Masukkan pula serai yang telah dititik.. biar menggelegak dan kentang agak empuk.. kemudian masukkan  2 sudu besar Nestle Natural Set Yogurt..

Tambahkan air supaya kuah tidak pekat sangat dan perasakan garam dan gula..

Masukkan udang.. kacau sekejap dan tambahkan bawang..

Kacau dan sebatikan bahan.. biar mendidih sekejap dan tutup api..

Tadaaaa!!... Selesai satu lauk untuk tengahari ini.. hehehe.. kos bahan untuk resepi ini tidak sampai pon RM30.00.. masa penyediaan lebih kurang 20 minit..

Korang tahu.. ada macam-macam resepi kita boleh masak guna NESTLE natural Set Yogurt nie..  agak-agak tak idea nak olah sendiri.. boleh jer rujuk http://ww2.nestle.com.my/dearnestle/product/pages/landing.aspx#naturalset untuk macam-macam resepi hebat dan maklumat lanjut tentang produk NESTLE Natural Set Yogurt.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails