.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Wednesday, November 10, 2010

..Ibu Mati DIKAPAK Anak..

Sedih dan ngeri betul baca berita pagi tadi.. ramai yg dah baca kan.. lately banyak betuk berita² tak masuk dek akal.. ingat dulu citer pasal Pegawai bank bunuh 4 ahli keluarga.. penggal leher bapa.. kedua kisah anak 3 tahun disembelih bapa.. dan hari nie kisah Ibu mati dikapak anak sendiri... siapa sangka kan.. anak yg dilahirkan dengan jerih payah bakal mengambil nyawa si ibu.. Semuanya berkaitan mistik.. misteri atau sebenarnya masalah kejiwaan.. Nauzubillah!! Menakotkan.. mudah²an keluarga kita terpelihara dan tidak diduga sedemikian rupa..

PEKAN:  Pemuda yang menetak kepala ibunya menggunakan kapak sehingga maut di Felda Chini Timur 1 di sini, kelmarin memberi alasan berbuat demikian kerana ibunya itu jelmaan saka.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman, berkata siasatan  awal mendapati suspek berusia 23 tahun mengaku menetak ibunya, Che Wa Isa, 57, kerana kononnya mahu menghapuskan saka itu.

"Dalam keterangannya, suspek memaklumkan dia mendapat bisikan kononnya mangsa sudah lama mati dan yang hidup sekarang jasad dikuasai saka yang menyerupai ibunya.

"Oleh itu, suspek membunuh mangsa kerana mahu menghapuskan saka terbabit.  Suspek juga mempertahankan perbuatannya yang dianggap tindakan betul mengikut kefahamannya berdasarkan beberapa buku mengenai menentang makhluk halus yang dibacanya," katanya.

Menurutnya, suspek yang dilaporkan berperwatakan pendiam juga mendakwa mempelajari hal berkaitan iblis dan makhluk halus menerusi beberapa buku sejak empat bulan lalu selain membuat kajian sendiri.

"Bagaimanapun, suspek dipercayai menuntut ilmu salah apabila dia belajar tanpa guru di samping tidak merujuk mereka yang pakar dalam bab berkenaan," katanya.
Anak mangsa dikatakan terpengaruh dengan buku² mistik yang dibaca.. berguru dengan buku.. berpaksikan pendapat dan akal yang dangkal.. buruk akibatnya..

Orang² yang pendiam nie sebenarnya bahaya.. kita tak tahu apa yang mereka fikirkan... apa yang mereka lakukan.. apa yang mereka rancangkan... betul lar kata mak aku kan.. pernah mak kata.. antara anak² dia.. biar yg riuh dia tak risau.. kalau yg senyap.. sepi.. buat hal sendiri.. itu yg sangat dirisaukan... ibu bapa perlu pantau tingkah laku anak.. apa aktiviti dan keganjilan mereka.. supaya tidak terjurus ke arah ketaksuban dan tenggelam ke jurang masalah jiwa...


5 comments:

eB ezrin said...

scary... hmmmmm...

Sumijelly said...

makin takut dgn dunia sekarang,........

harap2 anak2 kita tidak mudah terpengaruh dgn benda2 mengarut ni kan??

Sumijelly.com

Ena said...

tu la.. ngeri betul.. camner leh terjebak ngan ajaran sesat camtu..

ena teringat dulu kawan ena ada sorang tapi bukan la kes bunuh tapi ceraikan isteri gara2 suami masuk ajaran sesat.. kesian dia.. nasib baik cantik orgnya.. dah kawin lain dah..

No name said...

hish... apa nak jadi lar... seram nya..

aiDieNa said...

eb,
Memang scary..

K. Sumi,
Betul tu.. mintak simpang lar sumer nie..

Ena,
Tu lar kan.. dunia nak akhir zaman agaknya..

Lizzie,
Memang seram.. dunia sekarang anak beranak pon tak boleh dipercayai..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails