.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Tuesday, November 30, 2010

BE nie yang aku nak publish semalam..

***First of all.. sorry for the blank entry semalam.. aku dah taip panjang.. cam kat bawah nie.. tapi editor aku bengong... tak kuar aper yg aku taip... so try publish hari nie.. kita tengok ok tak... bismillah....

***********************************



Baru perasan tadi... tapi tengok lar... kebanyakkan BE aku berpihak pada blog yg satu lagi... dah lar jarang hapdet.. ngaper lar nuff kasik kat situ?? Agak²nya aper kriteria pemilihan blog yang En. Nuff tetapkan utk park iklan kat satu² blog eak... dulu aku pernah jadik camnie jugak... kat Primary.. hehehe.. macam kad kredit lar pulok... yer kat Primary Blog aku yang hari² aku update nan ado BE tapi di Supplementary Blog bleh plaks jatuh berketui²... camno?? Jadik aku yang curious nie dah tak larat nak tertanya² sendiri... makanya aku pon menyibukkan diri menghantar satu tiket di ruangan ramah mesra En. Nuff berbunyi begini..

Subject: Am I Blacklisted?

Date: 28 Sep 2010 09:51 AM Posted By: Sharifah Zurina binti Syed Zulkefeli

It have been months since I get my last BE in my primary blog http://aidiena.blogspot.com. I wonder am I being blacklisted since I couldn't make to come to Sony TX5 event at Sunway Lagoon after I've confirmed the invitation through email. I couldn't come to the event since I get last minute unexpected called form in laws saying that my FIL is really sick. No matter how excited I am to join the event I have to let it go since it left me no choice as family is my first priority. I feel really bad to do that but I've sent an email explaining the reason a day before the event. I am truly sorry and I hope nuffnang Team would understand.
Dibalas begini oleh En. Nuff..

Subject: Re: Am I Blacklisted?
Date: 28 Sep 2010 10:21 AM Posted By: Robb Chew (Staff)
Hi Sharifah,

You're not blacklisted from our community. If you are, your ads will not show and the Nuffnang logo will disappear too. You'll also not be able to login to your account.

Your claim seems to be misguided. From our records, there was a campaign on your mentioned blog this month (September).

Do note that advertisers are the ones that choose which blogs they want to advertise on. Should your blog be suitable for them, they will advertise on it based on their campaign target audiences.
Cheers,
Robb Chew
Blogger Relations Executive

Nuffnang Sdn Bhd

www.nuffnang.com.my

Depa kata syarikat pengiklanan yang pilih blog maner dia nak tepek iklan dia.. depa tak dak hak... jadi... perlu ker aku tanya kat advertiser sendiri?? Hurrmmm??

Jenoh lar akak nak kumpul duit dari BE rumah hinggapku itue... huhuhu jadi.. korang.. bleh tolong tak?? Tolong jengok² rumah hinggapku itue semasa ketiadaanku.. hehehe... datang arrr... bukan kena bayar pong... pakej 3 hari 2 malam aku bagi... ada banyak mender aku nak kongsikan ngan korang sumer kat situe... tak cayer.. pi arrr tengok.. hehehe >__<


 

Blogger dah BiOL??!

Lain yang aku taip... lain yang keluar nie... apasal eak??? Mengong haperrr!!!  Help Me!!!

..kerana HiDuP iNi SaTu PeRjUANGaN..

Salam.. selamat pagie semua... dah sarapan hendaknya... benda yang paling berharga dalam kehidupan ini kesihatan diri.. sapa lagi nak jaga diri kita melainkan kita sendiri... sayangi diri... sarapan pagi okay.. aku minum air Pearl Cafe ngan kuew tiow goreng lebih semalam jer..

Turun naik kehidupan.. berputar² bagaikan roda.. sekejap kita suka.. gembira.. akan ada hari pula kita sedeh menangis duka... tapi suka atau tidak.. itu lah yang harus kita lalui sepanjang hayat hidup di muka bumi ini.. kita tak dapat lari dari mendepani rencah kehidupan... bersabar dan kuatkan iman... bila gembira jangan terlalu over.. bila bersedeh jgn sampai melampau²... berpada² dalam semua perkara... satu perkara mesti ingat... hidup tetap harus diteruskan walau apa pon yang terjadi... pemutusnya hanya mati... bila.. di mana.. bagaimana.. itu urusan yang maha Esa.. tugas kita sekarang... lalui hidup ini sebagai hamba yang taat.. tunaikan segala suruhan.. jauhi segala larangan.. kumpul pahala.. elak dosa.. tekun usaha.. kuat ibadat.. hendak bahagia dunia.. akhirat... ingat mengingati sesama kita... amalan mulia.. hehehe

Sudah.. sudah.. takmo sedeh² lagi.. walaupon fikiran bengkak bengkok tak tentu haluan... tapi aku tuan punya badan... aku yang control fikiran dan perasaan aku... jadi aku mahu gembira... aku mahu semua di sekelilingku gembira... fikiran yg bengkang bengkok tadi aku luruskan... get it straight... fokus dan tentukan matlamat... fokus jangka pendek aku buat masa ini..

i)  Kesihatan mata Aisha mesti dipulihkan
ii) Beri peluang nursery sekarang satu bulan lagi.. kalau ternyata tidak ada improvement dan perkara yang sama berulang lagi.. harus aku cari tempat yang lain
iii) Bercuti.. kehidupan yang kami lalui lately sangat serabut dan kacau bilau... perlukan ketenangan kembalikan semangat hadapi kehidupan..
iv)  Kesihatan Mak aku dan Papa En. Ady sentiasa di bawah pemantauan.
v)  Dedikasikan diri sebagai anak, isteri dan ibu.. pekerja yang makan gaji juga hamba Allah di muka bumi..

Fokus jangka panjang:

i)  Masukkan Alyaa kelas belajar di tadika (sekarang cuma daycare sahaja)
ii) Beli kereta baru yang lebih selesa
iii) Pasang grill, kabinet dapur
iv) Tukar perabot lama dengan yang lebih sesuai
v) Buat kolam ikan mini di depan rumah
vi) Kukuhkan kedudukan ekonomi dan kurangkan hutang

Setiap manusia diberi dugaan dan ujian di dalam hidup.. samada melalui kesenangan atau kesusahan.. oleh itu bila kita senang.. bersyukur.. jauhkan riak.. jauhkan takbur.. beringat² lah selalu.. nikmat dari Allah boleh diambil bila² masa sahaja dikehendakiNya... bila susah.. jangan pula menyumpah nasib diri.. putus asa dan menyerah kalah.. berdoa dan teruskan usaha.. Allah tidak akan hampakan hambaNya yang berdoa dan berusaha.. nyalakan harapan.. mantapkan persediaan.. jangan hilang fokus.. hanya yang kuat dan tabah mampu teruskan hidup... kerana hidup ini satu perjuangan...



Monday, November 29, 2010

..CONJUNCTIVITIS MeNyERaNG!!..

En. Ady tak pi keje.. cuti tadi antar aku p opis pastu bawak si Aisha pegi pakar mata.. seperti diduga.. betul.. conjunctivitis

Conjunctivitis is an inflammation or infection of the conjunctiva, the thin transparent layer of tissue that lines the inner surface of the eyelid and covers the white part of the eye. Conjunctivitis, often called “pink eye,” is a common eye disease, especially in children. It may affect one or both eyes. Some forms of conjunctivitis can be highly contagious and easily spread in schools and at home. While conjunctivitis is usually a minor eye infection, sometimes it can develop into a more serious problem.
Conjunctivitis may be caused by a viral or bacterial infection. It can also occur due to an allergic reaction to irritants in the air like pollen and smoke, chlorine in swimming pools, and ingredients in cosmetics or other products that come in contact with the eyes. Sexually transmitted diseases like Chlamydia and gonorrhea are less common causes of conjunctivitis.
People with conjunctivitis may experience the following symptoms:
  • A gritty feeling in one or both eyes
  • Itching or burning sensation in one or both eyes
  • Excessive tearing
  • Discharge coming from one or both eyes
  • Swollen eyelids
  • Pink discoloration to the whites of one or both eyes
  • Increased sensitivity to light
telah menyerang sebelah lagi mata si Aisha.. semalam dia asyik menangis.. tido tak nyenyak... panggil.. ayah.. panggil Bonda.. sakit... sakitnya juga dah sampai telinga... risau aku.. tapi tadi En. Ady dah call.. pakar kata sakit dia minor... tak berat sangat.. cuma perlu kuarantin dari orang lain supaya sakit nie tak merebak.. penjagaan rapi diperlukan supaya cepat sembuh... doktor bagi drop yg perlu dititiskan setiap 2 jam.. Alhamdulillah tak perlu admitted.. kesian kat dia.. kecik sangat nak tanggung sakit² nie.. baru lah lega hati dan perasaan aku yang pening dan serabut sepagian sesampai di pejabat tadi.. berat jer nak keje asyik dok pk pasal Aisha.. pasal kekesalan macam mana perkara macam nie boleh berlaku pada anak aku... tapi.. kita berbalik pada Qada' dan Qadar.. benda dah nak jadi.. aku bukan jenis suka menyerang orang membabi buta.. anak pengasuh tu menjadi asbab kesakitan dialami anak aku... aku sayangkan anak aku.. aku geram dengan  tindakbalas lambat dari pihak nursery... tapi perkara dah jadi.. mudah²an dengan kejadian ini dorang akan ambil iktibar agar perkara yang sama tidak berulang lagi di masa hadapan... berhati² dan cepat bertindak.. budak² kecik nie masih tak dapat beza mana baik mana buruk.. kita orang dewasa yg cukup akal dan fikiran ini lah diharapkan membimbing mereka menjalani kehidupan dengan lebih baik.. amalkan budaya yg baik dan jauhi perkara yg boleh mendatangkan keburukan dan bahaya..

Sebentar tadi aku sudah berkira² mahu bercuti separuh gaji seandainya dia ditahan di wad.. (akhir tahun menjelang.. cuti aku juga sudah di penghujungnya.. saki baki 2.. 3 hari jer..) tetapi keadaan sebaliknya membuatkan keputusan berubah haluan.. memberikan kami pilihan untuk Aisha dititipkan pada emak bagi menjauhkan dia dari adik beradiknya buat sementara waktu.. puas lar tahan telinga kena bambu sebab tak bagi dia jaga Aisha aritu.. sebenarnya dari bulan pertama kami enroll bebudak tu ke nursery lagi mak dah mintak si Aisha tinggal ngan dia.. katanya biar lah si Aisha besar sikit lagi baru hantar tadika.. mak suh hantar hari Isnin... bawak balik hari Jumaat.. kerisauan mak aku jadi kenyataan.. anak aku tu dah lar kecik.. bila bergaduh kat rumah... ngan kakak kalah.. ngan adik pon dia tak menang.. yg kuatnya jeritan dan tangisan.. delima ibu bapa seperti kami siapalah yang tahu.. melainkan kamu² yang bergelar ayah dan ibu.. aku bukan tanak kasi mak aku jaga Aisha.. aku sebenarnya takmo nanti Aisha jauh hati dan kata kami sisihkan dia walaupon tidak sekelumit pon perasaan itu terlintas di hati kami... takut nanti kasih sayang itu pudar.. dia sebenarnya dihantar ke taska supaya cepat belajar dan pandai bergaul dengan orang.. kami mahu dia develop dia nyer sosial skill... kami mahu dia pandai membawa diri di mana sahaja dia berada... lain anak.. lain ragam.. keluar dari rahim yang sama.. tapi perangai tidak serupa... karektor masing² berbeza²..

Ikutkan hati yang dah tawar nie.. tak sanggup rasernyer nak hantar anak² ke nursery tu lagie.. tapi.. berbaloi ker aku buat macam tu.. menghukum atas kesalahan yang tidak disengajakan?? Apa pula risikonya di tempat lain??  Anak² aku baru nak serasi dengan cikgu² dan kawan² di situ.. Ainna nampaknya seperti sangat sayang dengan salah sorang pengasuh di situ... nursery tu ok.. cuma sebagai ibu bapa ada sahaja yang tidak kena.. kerana kita semua mahukan yang terbaik buat anak kita..



Aku buntu.. kalau korang di tempat aku... apa agaknya yang akan korang lakukan??


..Pegi HoSPiTaL PuLak..

Sabtu.. getting worser.. mata dia macam bengkak... tengok atas kelopak mata.. macam luka..  mak bapak mana yg tak risau kan.. plan nak ke taman jenjalan senaman kaki terus cancel... kesihatan anak lebih utama.. tengah² bersiap tu.. ayah buat susu.. Bonda buat bekal... bebudak kat depan.. bising.. bergado Alyaa Aisha berebut barang.. tup² berdebang... sekuat² bunyi!!  Kelam kabut kami dedua ke depan.. mak aiii... Ainna dah jatuh berdepek muka mengadap lantai dengan kerusi... menangis dia bagai tak keluar suara... aduhaiii.. kesian bucuk Bonda.. benjol sebesar penumbuk melekat di dahi... ada dua... tapi yg satu tu obvious sangat.. menakotkan kami... cecepat aku suh En. Ady beli ais kat kedai.. kat umah memang kami jarang buat ais... minum air panas atau pada suhu bilik jer selalu... tak tau nak marah sapa... Alyaa ngan Aisha lar kena... sebab tak jaga adik elok².. sibuk bergadoh... ikut logik.. aper lar yg budak kecik dua tu tau kan... hmmm... benda dah jadi... ayah balik... tuam muka Ainna dengan ais... tapi dia takmo.. punya lar payah.. terpakser peluk dedua tangan... baru dapat tuam... Alhamdulillah.. sib baik tuam cepat... cepat jugak surut bengkak tu...serius.. first time tengok bengkak di dahi dia besor tu... panik sangat..  

Tot.. tet.. tot.. tet... kemas aper yg patut.. sidai baju.. everything... elok nak tutup pintu dan nak masuk keta.. (maser tu bebudak sumer dah standby kat dlm)... Ya Allah!!  Ainna... dia dah tumpahkan susu tepung bekal utk bancuh susu dorang nanti... abis satu bekas.. sib baik bukan sumer ditumpahkan.. tu pon jenoh lar nak bersihkan... pening... pening... 

Kami bertolak ke klinik yang lain dari yg hari tu.. for second opinion.. klinik yg nie lagi lar.. tak sanggup tanggung risiko terus.. dia suggest kami bawak Aisha terus ke hospital.. refer pakar mata... makanya surat refer doktor tu membawa kami ke pantai medical center.. kat sana... doktor mata hanya ada pada weekdays dan kalau nak guna company coverage En. Ady.. Aisha mesti admitted... camno.. dia suh datang balik hari Isnin kalau nak jumpa pakar... so.. tak kan nak tunggu lagi kan... kami pon pegi lar hospital kerajaan... kat bawah nie gambar² semasa kebosanan penantian.. demi penantian.. 

Lepas dapat surat refer.. kami singgah makan dulu.. En. Ady dah tak tahan.. lapar sangat.. maner taknyer.. pukul 4.00 petang baru nak makan tengahari..

Aku sangat risau memikirkan keadaan mata Aisha.. aku harap sangat kecederaan tu tak effect penglihatan dia.. mata aset penting dalam kehidupan.. dia kecik lagie..

.. kecik dan kurus.. si Aisha duduk di hujung meja.. dia nie sangat payah nak makan.. beza berat dia ngan Ainna hanya 1kg.. Ainna 11 kg.. dia cuma 12 kg..

..nasib baik nasi ayam nie sedap.. dapat lar mengisi perut yang lapar..

..Alyaa maser nie sibuk nak p toilet.. singgah lar mana² pon.. toilet itu tempat utama.. harus singgah..
Sudah di hospital.. government hospital.. budak² macam biasa.. tak reti duduk diam..
Si kenit nie pon samer..

..daripada luka di bahagian putih mata Aisha telah mula menular kepada conjunctivities.. nampak selaput merah tu?

..sedeh sangat.. apalah nasib anakku..

..doktor kata paling cepat pon 2 minggu baru luka tu ok.. sementara tunggu sembuh dia kasik ubat antibiotic supaya tidak dijangkiti kuman..
Masing dengan aksi mereka sendiri.. pening kepaler nak melarang tak henti²..

En. Ady yang asyik sakit perut hari tu..
Budak nie.. lagi besar.. lagi ligat.. semua benda dia nak bukak.. nak cuba.. nak buat..
..ke hulu ke hilir.. budak² nie.. pegi lar maner pon.. sumernyer playground bagi mereka..
..baru sudah kena marah ngan Ayah.. duduk lar diam setempat sekejap..
..aper dibeleknya 2 beradik nie..
..rimas ngan rambut Aisha yang terjuntai² mengadap mata dia yang sakit tu.. tapi maser tu getah tak der lar pulak.. kat umah tadi luper nak ikat rambut dia..
..tengok lar tu.. dia buat dek jer..
..asyik betul dorang..
..sampai macam tu sekali ditenungnya kertas risalah tu..
..dah mula boring sebab Ayah dah larang tak leh pegi mana.. duduk diam²..
..tengok lar meja di ruang menunggu nie..
..ini sofa dia..
..meh fokus dekat sikit.. dahsyat kan.. sofa macam amik dari tempat sampah... buat malu kat orang luar kalau datang hospital kita.. dah rosak kenaper tak keluarkan saja..
..membelek rak risalah dan bacaan di sana.. tak abis² lar kami nak kena kutip dan susun balik..

Sunday, November 28, 2010

..Mata aNaKku DiCuCuk..

Haritu aku dah citer.. tapi tak letak gambar.. sebab kat hp En. Ady.. so nie aku nak tunjuk gambar mata Aisha sehari selepas kami sedar matanya dicucuk jari oleh anak pengasuh di nursery tempat kami hantar dia.. kisahnya.. mereka berebut barang... aku sendiri tak tau cerita sebab aku tak ada di tempat kejadian.. anak pengasuh tu tak lar besar mana.. lebih kurang sama besar Aisha sahaja.. dua² tanak mengalah.. budak² buat aper yang sempat jer kan.. jadi.. mata anak aku dicucuk jari anak pengasuh... benda nak jadi.. tak boleh nak salahkan budak tu.. dia kecik.. tak paham baik buruk lagie.. tapi tu lar kan.. aku kesal.. sebab kami tidak diberitahu oleh pengasuh daycare tu tentang insiden yg terjadi.. kami tahu pon setelah pagi tu ketika diaper si Aisha hendak ditukar.. dia mengadu tak boleh bukak mata dia.. pagi² tu jugak kami bawak dia ke klinik.. dan hari tu jugak aku telefon pengetua nursery/tadika tu.. membayangkan kesalnya aku atas tindakan mereka yg cuai dan tidak inform aku awal² tentang apa yang terjadi... bagi pihak staff dia yg anaknya cucuk jari ke mata Aisha dia mintak maaf... tapi the staff herself.. tak tampil mengucapkan walau sepatah kata.. sedeh kan biler anak kita ditimpa perkara tak sepatutnya seperti ini..

..mata Aisha pada hari Khamis 25 November 2010 sehari selepas kejadian..

..tak mandi lagie aritu.. terus bawa pegi klinik.. mata penuh dengan tahi..

..merah..

..kesian tengok dia.. tak reti mengadu melainkan kita tanya..
..leka memerhati ikan di aquarium di klinik..

..menunggu sementara dipanggil doktor.. 

..Ainna amik ubat jugak aritu.. dia dah 2..3.. hari batuk malam.. lepas tu muntah kahak..  tapi sekarang dah makin ok..


..I WaNT My MoNeY BAcK..

- The Show -
 I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I don't know where to go I can't do it alone I've tried
And I don't know why

Slow it down
Make it stop--
Or else my heart is going to pop
'Cause it's too much
Yeah, it's a lot
To be something I'm not

I'm a fool
Out of love
'Cause I just can't get enough

I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I don't know where to go I can't do it alone I've tried
And I don't know why

I am just a little girl lost in the moment
I'm so scared but I don't show it
I can't figure it out
It's bringing me down I know
I've got to let it go
And just enjoy the show 

The sun is hot
In the sky
Just like a giant spotlight
The people follow the signs
And synchronize in time
It's a joke
Nobody knows
They've got a ticket to that show
Yeah

I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I dont know where to go, can't do it alone I've tried
And I don't know why

I am just a little girl lost in the moment
I'm so scared but I don't show it
I can't figure it out
It's bringing me down I know
I've got to let it go
And just enjoy the show oh oh oh 

Just enjoy the show oh oh oh

I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I dont know where to go I can't do it alone I've tried
And I don't know why

I am just a little girl lost in the moment
I'm so scared but I don't show it
I can't figure it out
It's bringing me down I know
I've got to let it go
And just enjoy the show oh oh oh 

Just enjoy the show

dum de dum
dudum de dum

Just enjoy the show

dum de dum
dudum de dum

Just enjoy the show

I want my money back
I want my money back
I want my money back

Just enjoy the show

I want my money back
I want my money back
I want my money back

Just enjoy the show


Lenka

Friday, November 26, 2010

..SaPer NaK KaSiK AkU Duit NiE??..

Dari tadi.. asyik lar dok tergaru² tangan kanan.. itu tandanya aku nak terima duit... puh..puhhh...puhhhh... mudah²an beribu² lemon... ehehhhh... jangan percaya sangat.. gatal tangan kanan kata orang.. aku bilang kata orang.. bukan kata aku... dorang kata nak terima duit... tapi kalau tangan kiri.. itu tandanya nak kuarkan duit... kuarkan duit banjer aku makan per salahnyer kan.. Hehehe



Kowang gatal tangan maner???


..SuRaT ChENtA Buat KaMoo..


Duhai Sayang²ku...

Surat ini kutitip khas buatmu... yer.. kamu... kamu lar yg sedang membaca entri inie.. macam nie.. kupohon seandainya kamu seorang pengunjung setia blog yg nan adonya inie... sudi ler kiranya mengisi link blog kamu di dalam widget baru DiaRi BoNDa yang dapat kamu jumpa di akhir kaki blog ini... Bonda add widget nie bukan apa... memudahkan Bonda melakukan sesi lawatan tapak... sebab.. boleh lawat ekot no. giliran masing².. hehehe... isi eak.. jangan tak isi wahai kengkawanku yang chantek rupawan... ;)

Mekasih.. muahhhhhssss!! :*****


..9 Petua CaPai Doa MusTaJaB..


Berikut antara sembilan petua daripada Rasulullah untuk mencapai doa mustajab yang aku salin taip dari akhbar Harian Metro ruangan Variasi (Ad-din), V2, Jumaat - 26 November 2010:-

1.  Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:"Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."

2.  Sesungguhnya Rasulullah bersabda:"Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir seraya berfirman:'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.'"

3.  Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:"Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya.  Allah mengangkat doa-doa  itu ke awan dan pintu-pintu langit terbuka."

4.  Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:"Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk.  Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

5.  Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda:"Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat.  Jika kamu mendegar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."

6.  Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah bersabda:"Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan.  Apabila beliau berwuduk (dan mengejakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."

7.  Ata bin Abi Rabah berkata:"Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda:"Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."

8.  Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:"Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru meyebabkan dia berkata:'Aku berdua tetapi tidak dimakbulkan'."

9.  Hadis daripada Abu Hurairah:  Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat.  Lalu baginda bersabda:"Pada hari Jumaat itu ada suatu saat.  Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."

Sama² lah kita banyakkan berdoa... sesungguhnya Allah suka kepada hambaNya yg selalu meminta kepadaNya dan janganlah kita menjadi hambaNya yang sombong..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails