.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, April 2, 2010

"Nak MiNum AiR KenCinG LeMBu KeR??"

"Bonda.. Kakak nak susu.." Alyaa menjerit di pintu bilik..

"Bonda.. Asha nak susu.." Diikuti si Aisha..

Sudah menjadi rutin budak2 tu mesti minum susu dulu sebelum tido... cuma sekarang nie si Alyaa dimestikan ke toilet dahulu sesudah minum susu sebelum dia tido.. bukan aper.. takut nanti dia terkucil atas tilam kalau tidak dikosongkan kantung air tu.. sekarang Alyaa dah tak pakai diaper bila tido malam.. dan dia mmg tak kencing... betul jugak kata2 my SIL... selagi Alyaa dipakaian diaper waktu tido... selagi itu dia akan bergantung dengannya.. sebenarnya kami tahu.. Alyaa dah mampu tido tanpa diaper.. cuma kami merasakan satu kelecehan dan kerja yg renyah untuk membersihkan kencing Alyaa kalau dia terkencing waktu tido... semua kena basuh dan perlu berjemur... waktu siang dia memang dah lama tak pakai diaper.. cuma dulu kami memang akan pakaikan dia diaper waktu dia tido..

Aku siapkan susu adik beradik tu.. tiga botol untuk tiga orang puteri yang notty.. kuberikan botol2 susu kepada mereka dengan harapan adik beradik itu cepat tido lena... sementara si Ainna aku letakkan di dalam bilik tidur dengan Ayahnya...

Ketika aku keluar semula.. aku agak pelik dan hairan.. botol susu si Aisha ada tak terusik sedikit pon isinya di atas meja... aku kembalik ke bilik budak2 di belakang...

"Aisha.. kenaper Aisha tak minum susu nie..? Tadi kan Aisha mintak.." Aku terus mengeluarkan soalan yang berbaur agak gerammm bila si anak buat perangai... aku memang pantang bila pembaziran berlaku...

"Tanak... susu tu busuk!" Aisha memberi penolakannya...

"Aisha.. kan bonda baru buat susu tu.. panas lagi nie.. cuba Aisha pegang.." Aku cuba meyakinkan pemikiran si kecik bahawa apa yang dikatakannya tidak benar belaka... Aisha berkata begitu semata2 kerana puting susunya telah ditukar kepada puting yang baru... perubahan botol itu membuatkan dia tak selesa nak minum.. lalu mencipta alasan untuk menolak susu di dalam botol itu.. sedangkan sebenarnya dia mmg lapar...

"A'aa... Aisha.. Aisha tau tak.. org kat Afrika sana.. dorang tak der benda nak makan... tak der susu nak minum... dorang tunggu belakang lembu.. lembu berak dorang makan... bila nak minum.. dorang tunggu lembu kencing.. dorang tadah mulut.. minum air kencing lembu... kesian kat dorang..." Aku memulakan psikologi bagi memanipulasi fikiran kanak2 sekecil Aisha.. cara terbaik gunakan psikologi.. kerana dia akan tetap dengan pendiriannya jika dipaksa... tak guna bertekak dengan budak kecik... itu perbuatan yang sia2...

"Nanti lembu tu berak.. dia masuk mulut dia ker Bonda??" Si Alyaa yg sedang menghabiskan susunya menyampuk..

Melihatkan si Aisha menumpukan perhatian pada setiap perkataan aku... aku meneruskan cerita..

"Bila kita ada makanan... ada susu nak minum... kita kena minum... kita kena.. bersyukur... Aisha nak ker minum air kencing lembu??" Aku menyampaikan maksud sebenar ceritaku..

"Tanak!!" Jawapan kemenangan bagiku.. susu kuhulur dan disambut tangan si Aisha... dia minum tanpa dipaksa....

Begitulah... otak kena kreatif tiap kali menghadapi kerenah budak2..


2 comments:

.::WaNiE::. said...

waa bagus :)

aiDieNa said...

Hmmm... Wanie.. perkara paling susah memakser anak mengikut cakap kita.. budak2 tak suka diperintah.. tapi suka biler kita berkompromi dengan dorang..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails