.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Thursday, April 8, 2010

IniKaH Aku??

Sebenarnya semalam lagi aku nak buat entri nie.. tapi tak berkesempatan.. korang tau.. dalam byk² subjek.. aku paling suka subjek berkisarkan psikologi.. agaknyer lar kan.. kalau diberi pilihan.. kalau tak jadik PA.. mungkin aku pilih jadik kaunselor.. haaa.. sapa yg pernah dikaunselingkan aku.. cepat ngaku! hahaha... Layakkah??

Semalam opis aku buat taklimat khas Unit Pengurusan Psikologi dan Kaunseling... sangat best.. bab baca membaca diri juga orang lain... sangat seronok dapat memahami diri sendiri... juga sangat seronok menkaji orang lain...
Kitorang diberi 80 soklan utk dijawab dalam tempoh 20 minit.. jawab secara spontan.. tak yah pk lelamer.. ikut rasional diri sendiri jer... difahamkan yg diambil itu memberikan 80% ketepatan ciri² karektoristik seseorang individu... dan aku akuinya berdasarkan huraian yang boleh dikatakan sangat tepat diberikan atas karektor diri aku sendiri..

Manusia memerlukan tenaga/kuasa untuk melakukan sesuatu.. ada yg mendapat punca dari Extroversion ada yang melalui Introversion... aku Introversion..

Cara kita terima input juga melalui dua cara... satu Sensing.. dua Intuition.. aku melalui Intuition..

Kita juga mempunyai corak dan gaya emosi tersendiri... ada yang melalui Thinking ada yang menggunakan Feeling... aku gunakan Thinking..

Membuat pilihan dan keputusan juga melalui 2 cara samada melalui Judgement atau Perception... aku menggunakan Judgement...

Aku = INTJ setelah dihuraikan... ianya begini... aku cuma salin berkenaan diri sendiri jer.. sbb byk kalau nak salin sumerr... takut tak sempat.. hehehe.. aku buat entri nie pun utk rujukan diri sendiri.. agak² aku lost.. tenggelam punca.. bleh lar aku cuba paham balik diri aku sendiri... baca balik kat sini...

Hurrmmm..

Individu yang mendapat punca/tenaga dari Introversion adalah:
1. Suka ketenangan untuk penumpuan. (Yer betul.. aku tak suka keadaan yang huru hara.. migrain!! migrain!)
2. Menghadapi masalah mengingat nama & rupa, pendiam & susah dikenali. (Selalunyer.. orang kenal aku.. tapi aku tak kenal orang tu.. senyum² kambeng.. diam² suda..)
3. Ambil masa untuk laksana tugasan. (Selalu konpius ngan arahan yang tak jelas.. tu pasal lambat laksana tugasan.. kalau arahan jelas lagi bersuluh.. dengan sekali petikan jari.. sumer beresss!)
4. Tidak suka gangguan telefon, suka menyendiri, simpan perasaan (download jer.. tak print².. makan dalam.. hohoho!!)
5. Suka kerja bersendirian, tak suka ambil tahu. (Tak suka jaga tepi kain orang.. bagi aku.. aku tak kaco orang.. org jangan kaco aku..)
6. Berfikir sebelum bertindak. Tapi kadang-kadang tidak bertindak langsung! (Hahaha.. itu kes banyak sangat berfikir... computer 'hang' inikan pulak otak yg serabut!)
7. Komunikasi secara bertulis. (Yer betul.. susah lar nak cakap secara verbal.. kalau tulis boleh rujuk balik sebagai bahan bukti.. ahahahahaa)
8. Cenderung belajar melalui bacaan. (memang suka membaca..)
9. Memerlukan Extroversion untuk keseimbangan (En. Ady Extroversion kah?)

Individu yang menggunakan Intuition untuk menerima input adalah:
1. Suka hidup penuh cabaran & kemungkinan (Sangat suka xtvt lasak!)
2. Imaginasi tinggi. (Owhhh.. u can't imagine what i've imagined!)
3. Kerja / keputusan spontan. (Respon kena cepat!)
4. Bekerja tekun & bertenaga. (Ambillah saya bekerja.. saya akan berkhidmat dgn flying colours.. hahaha)
5. Suka kemahiran / teroka benda baru. (Sesuatu yang baru sangat mengujakan!)
6. Mengikut inspirasi & gerak hati. (Punya gerak hati yang kuat.. selalunya tepat!)
7. Mempersoalkan mengapa sesuatu keadaan itu terjadi. (Aku perlu tahu ke akar umbi.. explain it to me..)
8. Dreamers (Cita² bermula dengan angan²..)
9. Sangat kreatif. (Yeahhh... kreatifkah??)

Corak / Gaya Emosi Kognitif seseorang individu yg berdasarkan Thinking adalah:
1. Keputusan guna akal. (Aku tak guna kepala lutut..)
2. Maklumbalas / pendapat (logik) (Harus ada fakta untuk menyokong kata² anda!)
3. Suka keadilan & kebenaran. (Yang benar akan terserlah jua!)
4. Cenderung tegas & menegur. (Tak puas hati tegur.. jangan dok mengata kat belakang..)
5. Berpandangan jauh. (yaa... perjalanan kita masih jauh.. sebab tu kena pandang jauh²..)
6. Kemungkinan mengkritik menyakitkan hati orang lain. (rasernyer ramai yg dah teraser ngan aku.. aku mmg suka terus terang... biar jelas! Maaf kpd saper yg pernah teraser..)
7. Mempunyai bakat dalam menganalisa sesuatu masalah. (Pengalisa yg hebat.. huhuhu!!)
8. Orang yang tenang dan berwibawa. (yerr.. watper nak kecho²..)

Individu yang membuat keputusan melalui Judgement adalah:
1. Organized life style. (ini penting dalam idup aku..)
2. Structured & beri arahan. (sesuwaii jadik bos kan..hahahah)
3. Mengawal & mengatur. (oohhh tu pasal jadik secretary kot!)
4. Puas dapat beri arahan. (kena dengar cakap aku.. aku marah kang!)
5. Jadual kerja & siap sebelum deadlines. (itu harus.. jangan dah jatuh baru tergadah)
6. Gunakan senarai agenda untuk bertindak. (senarai itu penting.. kena tau laa apa nak buat.. tak kan dah nak berak baru nak gali lubang??)
7. Demanding, rigid dan banyak songeh! Hahahah!!! (Ehhh.. iyerrr kerrrr?? Hehehehe)

Itukah Aku?? Hurrmmmmm... korang raser??

2 comments:

Adlina Husaini said...

ina, bestnya buat test macam tu..sekali sekala kita kena review balik personaliti kita macam mana..hope my opis akan come out wif test..

aiDieNa said...

Memang best.. kita boleh fahami diri sendiri dengan lebih mendalam.. suh ler your opis come out with a test like this cecepat.. keje maner??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails