Salam.. dah lama tak join contest semenjak aku anjurkan contest sendiri.. okeh.. aura nak mula dah... nak mula dah.... tarik nafas.. dengan lafaz bismillah... aku mulakan peng-entri-an diri dengan contest dari Cik Zaidah sempena hari Ibu dan Besday Cik Zaidah.. yg ke.. errr.. kena tanya Cik Zaidah... ermmm Happy Birthday in advance to you Cik Zaidah...
Antara syarat contest nie kena buat esei dengan tajuk "Ibu kaulah sumber inspirasiku" tak lebih 100 patah perkataan... pastu Cikgu Zaidah nak check... hehehe... okeh cikgu.. kat bawah nie essei saya.. cikgu semak yer..
Seperti orang lain yang lahir ke dunia melalui rahim seorang ibu aku amat terhutang budi dengan insan teristimewa dalam hidupku. Aku memanggil ibuku dengan panggilan mak. Mak menjadi sumber inspirasiku sedari aku mula mengenal beza, betul dan salah. Memahami erti hidup dan belajar menyesuaikan diri dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba di tengah bandaraya ini. Aku mencontohi mak dalam segala perkara, ataukah sememangnya gen yang dimiliki mak tertumpah kepadaku sepenuhnya. Dalam bercinta mak mentorku. Dalam berumahtangga mak lah orangnya tempat rujukku. Bagiku mak seorang wanita yang tabah. Mak telah 12 tahun hidup sebagai seorang ibu tunggal. Membesarkan 8 orang anak seorang diri bukanlah satu perkara yang mudah. Aku mula memahami hati seorang ibu setelah aku sendiri mendapat gelaran itu. Aku menyaksikan jerih payah mak mengharungi suka duka kehidupan tanpa seorang suami. Pun begitu, emak tidak pernah mengeluh. Tidak pernah sekalipun mak menagih belas simpati. Bagi mak letaknya nilai seorang manusia adalah sejauh mana letak tinggi maruah dirinya. Hidup tetap harus diteruskan walau apa jua halangan dan rintangan di hadapan. Doa sebagai harapan, tawakal kepada tuhan untuk terus gagah mengharungi kehidupan.
Terlebih sudah.. huhuhu... soriiii... terlebih inspirasi plaks...
Okeh inilah gambar saya dan mak saya Cik Zaidah... seiras tak...hehehe...
6 comments:
wahhhhhhhhhh...
gd luck kak!!..
cam best jekkk.. nie gambo percutian yg baru nie ker kak? bestnyer bercuti bersama ibu.. :)
kalau aidiena pakai spek hitam, lagi nama seiras.. heheh
good luck
opss salah tulis tadi.. nak tulis "lagi nampak seiras"
Hmm.. gambo aritu.. nak load byk lagi.. tapi server kat opis nie giler nyer slow cam siput sedut... ikhsss... bosan!
nampak seiraslah aidiena...good luck yer...
Iyer ker Zaidah.. hohoho... boleh masuk contest seiras ibuku pasnieh!
Post a Comment