WAN Arif Fadhla Wan Yusof membawa jenazah bayi lelakinya yang berusia sembilan bulan yang meninggal dunia akibat tercekik bebola ikan di Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska), Jalan Cantik, semalam.
TAMPIN 14 April - Seorang bapa tidak menyangka keadaan bayi lelakinya berusia sembilan bulan yang ceria pada pagi ini sebenarnya merupakan detik perpisahan dia dengan anaknya itu.
Kali terakhir Wan Arif Fadhla Wan Yusof, 41, menyaksikan keceriaan anaknya, Wan Nur Alif, adalah semasa menghantarnya ke Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska), Jalan Cantik dekat sini pada pukul 7.30 pagi ini.
Namun tiga jam selepas itu, bayinya, Wan Nur Alif disahkan meninggal dunia akibat tercekik bebola ikan.
"Saya rasa baru saja tinggalkan dia (Wan Nur Alif). Tak sangka pula, pukul 10.30 pagi dia dah meninggal dunia. Kejadian berlaku ketika dia sedang makan bersama kanak-kanak lain antara pukul 9 dan 10.30 pagi.
"Tiba-tiba dia terjatuh dan tubuhnya bertukar menjadi lebam," katanya ketika dihubungi sewaktu dalam perjalanan ke Kampung Pulau Kerengga, Marang, Terengganu, bersama jenazah Wan Nur Alif untuk dikebumikan.
Wan Arif Fadhla yang merupakan kakitangan di Jabatan Penerangan Daerah Rembau berkata, pihak pengasuh membawa anaknya itu ke Hospital Tampin yang jaraknya hanya 50meter dari tempat kejadian.
Tambahnya, anaknya kemudian disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Jelasnya, dia telah dihubungi oleh isterinya, Nur Azita Ibrahim, 31, pada pukul 11.15pagi tadi yang ketika itu sedang mengajar di sebuah sekolah di bandar ini.
"Dia memaklumkan anak saya berada di Hospital Tampin dan seluruh badannya sudah bertukar kebiru-biruan.
"Bila saya tiba di hospital, mereka memberitahu anak saya itu telah meninggal dunia kerana tidak boleh bernafas akibat tercekik bebola ikan," katanya.
Wan Arif Fadhla kesal dengan kecuaian pihak pengasuh yang menyediakan sarapan bercampur bebola ikan kepada bayi yang tidak mampu untuk mengunyah.
Berikutan itu Wan Arif Fadhla telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin kira-kira pukul 12 tengah hari.
"Saya membawa jenazah anak ke kampung isteri untuk dikebumikan lewat petang ini," katanya dalam nada sedih.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Supritendan Wooi Hooi Cheng mengesahkan mengenai kejadian tersebut.
"Kita telah menerima laporan yang dibuat oleh ibu dan bapa bayi malang itu dan pihak polis kini menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.
"Kita telah membuka kertas siasatan dan akan memanggil pengusaha taska terbabit untuk memberi keterangan," ujarnya.
Sumber : Utusan Malaysia Online
***********************************
Aper ker bodoh benor lar pengurusan Taska tu.. masak sarapan bebola ikan utk budak yg tak pandai nak kunyah... ntah2 gigi pon takder... anak aku si Ainna tu pon aku kunyah dulu baru kasi dia makan kalau makanan tu tak di blend... aduhhh... sangat sedeh.. atas kecuaian org lain.. org lain menerima akibatnya... Kawan² yang ada anak kecik... hati² lah memilih tempat anak anda diasuh.... kepada pengasuh... prihatinlah dengan anak² yang dipertanggungjawabkan.. diamanahkan kepada kita... yang kita boleh elakkan... elakkan... tapi takdir Tuhan tak siapa boleh lawan... semoga kejadian ini kita jadikan pengajaran....
4 comments:
itula yang menakutkan kalau taska ni, dia tak perhati betul-betul. main sumbat jek sume :(
ina pun ada buat entry pasal ni..kesal kan sis..kita harap dia jaga anak kita dgn baik, sanggup kita bayar mahal dan tak berkira kalau depa cuti..
takziah utk ibu bapa bayi tersebut, semoga allah berikan kekuatan yang hebat utk mereka dalam menghadapi takdir kematian yang menyakitkan ni..
Memang menakotkan Wanie..
Adlina.. itu mimpi ngeri setiap ibu bapa.. semoga anak² kita dilindungiNya..
yang sebenarnye taska tu nk keje senang..tu pasal lah masak bebola aje...xpayah buat keje dua tiga kali...xkan lah xboleh pk bayi sebesar itu yg xde gigi boleh mengunyah....mak bapak dah byr korang..buat lah keje betul...susah kalo ada sikap buat keje xikhlas ni...depan mak bapak poyo elok jer...pastu masa jaga baby tu amik mudah semuanya...minta dia jauhkan lah terjadi kes mcm ni kepada bayi2 yg x berdosa...ya allah kau lindungi lah bayi2 kecil yg tidak berdosa dari manusia yg tidak ikhlas dalam berkerja...
Post a Comment