.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Thursday, April 22, 2010

Pensel 8 Hari Dalam Alat Sulit!!

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/04/22


GOMBAK: Seorang remaja lelaki bukan sekadar merogol rakan sebayanya, malah turut menyumbat sebatang pensel ke dalam kemaluan mangsa dipercayai bagi tujuan suka-suka.

Tindakan terbabit hanya terbongkar selepas doktor menemui pensel sepanjang empat sentimeter itu yang masih ‘tertanam’ dalam kemaluan mangsa.

Difahamkan, mangsa berusia 14 tahun berkenaan tidak menyedari kewujudan pensel itu yang dicucuk suspek ke dalam kemaluannya sejurus selepas memperkosanya dalam kelas pada 13 April lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosli Hassan, berkata mangsa yang juga anak terbuang dan tinggal di rumah kebajikan sebelum ini dilaporkan menjadi mangsa rogol yang berlaku dalam kelasnya di sebuah sekolah di Rawang di sini.

Menurutnya, dalam kejadian terbabit mangsa dirogol ketika waktu rehat ketika kebanyakan pelajar kelas berkenaan keluar untuk makan di kantin.

“Namun berdasarkan siasatan, suspek turut ditemani beberapa rakan lelaki lain yang bertindak sebagai ‘penjaga’ yang berkawal di pintu kelas. “Rakannya itu dipercayai menutup pandangan dari luar supaya perbuatan rogol terbabit selama lima minit tidak dilihat sesiapa.

“Rakan suspek dipercayai sengaja bersubahat dan polis akan memberkas beberapa lagi pelajar lain dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Menurutnya, mangsa yang diperkosa suspek dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

“Agak mengejutkan apabila mangsa tidak menyedari kewujudan pensel yang dimasukkan suspek ke dalam kemaluannya sejak lapan hari lalu. Doktor yang melakukan pemeriksaan mengeluarkan pensel itu.

“Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati mangsa sudah mengandung sebulan. Ini sekali gus membuktikan mangsa pernah diperkosa sebelum ini,” katanya.

Ditanya sama ada mangsa dirogol suspek sama, beliau bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu berikutan pegawai penyiasat belum mengambil keterangan kali kedua daripada mangsa.

“Fakta terbaru ini mungkin menjadi petunjuk baru mangsa pernah diperkosa di lokasi lain di sekolah sama. Setakat ini, suspek pelajar lelaki itu direman enam hari untuk membantu siasatan,” katanya.

**************************

Apa nak jadik eak budak² sekarang nie.. kecik² dah berperangai macam !###$&^%*&^&*.. aduhhh.. aku tak tau lar nak cakap apa... memang kesian sangat kat budak pompuan tu.. hidup di rumah kebajikan.. nasib tak terbela.. didera pulak rakan sekelas.. nilai diri hancur.. masa depan entahkan cerah entahkan gelap... agaknya apa hukuman setimpal layak diberi kepada budak² jantan yg tak sedar diuntung tue?? Kalau hukuman Hudud rasernyer dah kena 100 sebatan.. dia dah baligh kan... kalau hukum sivil?? Aku raser kesalahan dilakukan memang berat.. dia telah musnahkan masa depan seorang gadis.... apa haknya berbuat begitu... nilai apa harus dibayar utk menggantikan maruah yg telah dicalar??

Aku sangat risau... sebab aku juga punya anak perempuan.. satu hari kelak akan besar.. jadi anak dara... aku tidak sesekali rela anak²ku atau kaum sejantinaku diperlakukan sedemikian rupa!!


5 comments:

Unknown said...

ish kalau ku jadi polis tu, ku pulas pulas anu suspek tu

.::WaNiE::. said...

kene rogol 13 april

tapi dah mengandung sebulan

camne tu

aduihhhhh

eB ezrin said...

sgt2 menakutkan... adoi... nauzubillah....

aiDieNa said...

Adlina.. kat Arab pernah tgk video dorang potong anu sorang lelaki atas kesalahan merogol... haa kau seumur hidup tak bleh merogol dah.. tapi kan kalau anu lelaki dah dipotong.. bleh idup lagi ker.. ermmm kalau tak takkan ada sida²... dorang tu dikasi sebelum utk berkhidmat di istana cina dulu²..

Wanie.. sbb dah ngandung sebulan tu lar budak tu disyaki telah lama dirogol dan didera...

aiDieNa said...

mamaaerish.. mmg sangat menakotkan bagi kita yg ada anak² pompuan nieh!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails