.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Tuesday, April 6, 2010

AkU SaNGaT TiDaK PaNDai MeKaP!!!

Korang tau... aku kalau p keje.. mekap yg sempoi jer.. orang kata asal muka tak lesi cam hantu kubur dah lerrr... aku suker beli barang mekap.. tapi tak pandai pon mekap... kalau mekap lelebih.. dah transform jadik cam anak menakan James Bond kat dlm zoo tu... alarr yg badan bulu2 muker warna warni tu... jap aku google gambor natang tu ader tak... haa.. macam yang nie.. hihihi... hushhhh.. tu yg maleh nak mekap beria tueeee...

Ahad baru nie.. adik aku Natun datang rumah.. dia dok jadik businesswoman bergerak pulak sekarang.. juai barang kosmetik... niat di hati aku yg suka beli barang mekap tp tak pandai mekap nie nak rembat satu set pakej kosmetik yg dia juai tu.. harga tak ler mahai sangat.. boleh ler org² bergaji marhain cam aku nie beli.. orang kata masih dalam range lagi ler... adik aku si Natul nie secara tak langsung dok lar tenyeh² muka aku ngan macam² alat mekap tuh... nak bagi aku rasa feel pakai produk kosmetik tu... Kat bawah nie lar dia jenama & gambor barang kosmetik yg adik aku juai tuu.. produk dijamin kehalalan dan toyyibannyer.. origin from Istanbul juga Turki.. orang Arab dok pakai mekap nie lar (siap ada laminate cert lagie.. satgi korang tgk cert dia aku sertakan kat bawah nieh!).. dan tiada side effect.. adik aku kata lar kan.. sebab produk nie keluaran farmacy... farmasi kan dok juai ubat besan kita dengar kan.. barang kosmetik dia macam barang ubat jgk lar kot.. aku cakap berdasarkan nama produk nie.. hahaha!!



Okeh.. nie artikel dari KOSMO Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR(khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my)untuk kita kenali produk ini bagi mereka yg tak kenai lagi cam aku nie larrr... hehehe

KOSMETIK FARMASI DARI TURKI

Kosmetik dari Istanbul, Turki ini mampu menambat hati pengguna wanita dengan variasi yang ditawarkan.

Lambakan pelbagai jenis alat kosmetik di pasaran membuatkan ramai pengguna rambang mata untuk memilih produk yang sesuai untuk mereka.

Bagi yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh, sudah pasti tiada masalah untuk mendapatkan produk berjenama yang dijual pada harga yang tinggi. Namun, tidak semua individu mampu memiliki produk kosmetik import.

Menyedari perkara itu, maka lahirlah Farmasi Colour Cosmetics, satu jenama alat solek yang diimport dari Turki dan dipasarkan oleh Naturalife Solution Sdn. Bhd. milik gadis muda berusia 23 tahun, Ili Zawani Datuk Ismail.

Menurut Ili yang lebih gemar membahasakan dirinya sebagai Wani, kebanyakkan jenama kosmetik yang terdapat di pasaran Malaysia berasal dari Eropah dan negara-negara Barat yang lain.

“Oleh itu, apabila merancang untuk melibatkan diri dalam bidang kecantikan seperti ini, saya memilih untuk memasarkan produk Farmasi Colour Cosmetics yang mempunyai keistimewaan tersendiri.

“Di samping itu, saya ingin membawa kelainan kepada pengguna wanita dengan menawarkan kosmetik ini yang disahkan halal oleh Kementerian Kesihatan Turki. Ini kerana ia tidak mengandungi lemak atau gelatin haiwan serta alkohol,” jelas Wani selepas majlis pelancaran rasmi produk tersebut di Sunway Resort Hotel & Spa, Bandar Sunway baru-baru ini.

WANI (kiri) ketika melancarkan kosmetik jenama Farmasi di Bandar Sunway, Selangor.

Dengan tagline "It's Sexy, It’s Glam, It’s FARMASI…" ternyata kosmetik itu berjaya menarik perhatian masyarakat Malaysia apabila menerima sambutan menggalakkan meskipun baru setahun berada di pasaran tempatan.

Bagaimanapun, untuk produk seperti semburan pewangi, krim mandian, minyak dan krim badan pula, ia telah mula dipasarkan sejak 2006.

Tambah Wani, kosmetik Farmasi yang boleh dipakai ketika bersolat ini mula dicipta sejak 200 tahun dahulu untuk golongan kerabat diraja di Turki. Ketika itu, ia hanya mampu digunakan oleh golongan bangsawan sahaja.

Namun, seiring dengan peredaran zaman, kosmetik Farmasi mula direka untuk membolehkan ia dipakai oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira pangkat atau darjat.

Kini, rangkaian produk itu mempunyai lebih daripada 500 variasi yang boleh didapati di kaunter-kaunter jualan di pusat beli-belah termasuk Jusco dan Parkson pada harga RM8.90 sehingga RM59.90. Ternyata ia harga yang mampu dimiliki semua pihak.

Ujar Wani lagi, berdasarkan respons daripada rakan-rakan dan pengguna, pihaknya mendapati bedak asas menjadi antara produk yang menjadi kegemaran pelanggan.

Perkara ini diakui oleh pelakon dan pengacara Sazzy Falak yang berkata, bedak asas keluaran kosmetik Farmasi mempunyai keistimewaan tersendiri.

“Apabila pertama kali memakainya, saya dapat rasakan kelainan produk ini. Malah, boleh dikatakan saya jatuh cinta dengan bedak asas Farmasi. Tambahan pula, harganya amat berpatutan,” kata Sazzy yang menjadi pengacara majlis pelancaran produk itu.

Sementara itu, rata-rata jurusolek profesional seperti Nurul Shukor, Saidatul Nisa, Tia Zainal, Dik Sha dan Ezral yang ditugaskan menata rias wajah-wajah artis yang hadir pada pelancaran produk tersebut menggemari variasi yang ditawarkan oleh kosmetik ini.

“Saya bersikap terbuka dengan menjemput juru solek artis terkenal untuk mencuba jenama ini dan memberi komen seandainya ada kekurangan. Dengan komen-komen itu, kami boleh menambahbaik produk agar sesuai digunakan oleh wanita di Malaysia.

“Selepas diberi pilihan untuk menggunakan apa sahaja alat solek di bawah jenama Farmasi, ramai jurusolek profesional memberi reaksi positif terhadap produk kami. Ia satu khabar gembira dan kami amat berharap jenama kosmetik Farmasi akan setanding dengan jenama lain yang telah terkenal,” tutur Wani sambil tersenyum.

Mensasarkan jualan sebanyak RM6 juta bagi tahun ini, Wani berkata, matlamat itu akan dilakukan seiring dengan promosi secara besar-besaran di media cetak dan elektronik.

Selain itu, Wani menambah, pihaknya juga merancang untuk meluaskan pasaran kosmetik Farmasi di Indonesia dan seterusnya menjadi pengedar tunggal jenama Farmasi di rantau Asia Tenggara.
****************************
Ammacam?? Menarik kan... aku akan update produk² keluaran Farmasi nie dari masa ke semasa.. so kepada sapa² yang berminat.. boleh lah msg kat blog ini atau direct email to me via aidiena@gmail.com untuk sebarang pertanyaan... adik aku bleh turun tempat korang utk deliver & bagi sedikit advice pasal barang mekap nie... aku tak pandai mekap.. tapi dia pandai... ntah maner dia belajar aku pon tak tau.. pokok pangkal tangan kena berseni jgk nak mekap cantik² nieh!

Nie gambaq aku yg dah di-make over kan si Natul... ahahahahha!!!!




Ok tak?? Hihihi... ;)


7 comments:

Adlina Husaini said...

eh ok sangat =D mahal tak produk dia? penah baca pasal founder tu..sangat muda,tapi best betul la sebab dah ada comp sendiri..sdn bhd pulak tu..

aenareal said...

phewitt..hihi..

aiDieNa said...

Ina.. harga dia tak lar mahal mana.. org kata harga mampu milik.. hehehe.. produk dia pon ada kualiti..

aenareal.. maluuuu aiiii... ;;) ;P

MaiRa_AiNas said...

welcome to my club..my dear!!!nampak muda & ceria spt 10 tahun lps....

aiDieNa said...

Sietah.. hang kan terror mekap.. aku mana lar layak join kelab hang.. macam mana keadaan ko skrg... Ok? Ur tough rite.. ;)

azura azimi said...

dia punya bedak tu ada SPF tak kak pah??

aiDieNa said...

Rasanya ada lar... cubalah.. feedback org yg pakai kata bedak dia mmg best!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails