.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Monday, April 26, 2010

Amitabh Bachchan SAKIT?!

NEW DELHI: Bintang Bollywood Amitabh Bachchan mendedahkan kepada peminatnya bahawa beliau menghidap sirosis hati yang berpunca daripada pemindahan darah, yang dijalaninya pada tahun 80-an. Aktor berusia 67 tahun itu menulis dalam blognya bahawa 25 peratus daripada hatinya telah rosak akibat pemindahan darah yang dilakukan pada 1982, selepas kemalangan yang berlaku ketika beliau sedang menjalani penggambaran filem.

"Lapan tahun lalu ketika melakukan MRI (Imbasan Magnetik Resonan), mereka dapati 25 peratus daripada hati saya telah pun rosak. Oleh itu, saya, secara teknikal atau dalam istilah perubatan, adalah seorang pesakit secara tidak sengaja.

"Seorang pesakit telah menghidap sirosis hati, iaitu keadaan yang lazimnya dikaitkan dengan orang yang suka minum minuman keras. Jadi, inilah saya... seorang yang bukan kaki botol, seorang yang tidak meminum minuman keras, dengan penyakit yang menjangkiti saya menerusi pemindahan darah daripada seorang penderma," Bachchan dipetik sebagai berkata dalam blognya itu. - Bernama (Utusan Online)


*****************************

Sangat sedeh biler kita mendapat penyakit yg tak sepatutnya kita hidapi.. kes Amitabh Bachchan lebih kurang apa yg menimpa abah aku sehingga ke nafas terakhir... abah menghidap liver sirosis akibat pemindahan darah ketika pembedahan tempurung lututnya. Akibat dari pemindahan darah itu abah dijangkita hepetitis C dan seterusnya menderita penyakit itu sehingga ke hujung nyawa.... itulah asbab kematian abah.... :(

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails