.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Wednesday, April 7, 2010

...BeRseDiaLaH WaNiTa....

Sebagai seorang isteri... especially yang meyimpul tali perkahwinan melalui rasa cinta... ramai yang tend to tie your other half to yourself in whatever you do... means... nak buat apa² harus bersama.. sesudah kahwin... kita merasakan amat sukar untuk melepaskan pasangan ke mana² seorang diri... apatah lagi mengetahui dia akan bersuka ria dengan teman²nya dan mengetepikan kita... terasa kah??

Isteri mana yang tidak terasa sekiranya sering ditinggal²kan... dibiarkan terkontang-kanting keseorangan memenuhi rutin kehidupan yang membosankan.. bukankah maksud sesebuah perkahwinan itu berkongsi segalanya di kala suka mahupun duka.... berdukakah??

Perlukah suami meminta keizinan si Isteri untuk keluar berjimba² melepaskan tension bersama teman²nya?? Jika tidak ikut serta teman² lelaki si Suami pasti mengatakan si Suami takut bini... tetapi terfikirkah si Suami.. tidakkah isterinya juga tension melalui tekanan hidup sesudah bergelar isteri...? Isteri dedikasikan kehidupan.. kebebasan.. hobi... kesukaan... tumpuan hanya kepada rumahtangga dan keluarga.... Sinonim seorang wanita setelah berkahwin menutup semua pintu kebebasannya... kerana mengutamakan keluarga... seorang isteri tidak sanggup kemana² sekiranya terpaksa berpisah dengan wajah² kesayangannya... hatta ketika dihantar bekursus atas urusan kerja... si Isteri tidak lena tidur di malam hari terkenangkan anak dan Suami... betapa lemahnya wanita dengan emosi!

Hakikat sebenar kehidupan... seorang lelaki setelah berkahwin... masih mahu punya masa bersendirian.... guys nite or day out... masih mahu masa diluangkan bersama teman²... bersukan.. menonton bola dan sebagainya... tetapi tidakkah si Isteri juga mahu punya masa bersendiri bersama teman² perempuannya?? Mahu.. sudah tentu mahu.. tapi.. kebanyakkan teman² perempuan si Isteri sama seperti dirinya... mendedikasikan diri pada rumahtangga dan keluarga.. kebebasan terbatas terikat tanggungjawab... seorang wanita punya kekangan² yang membataskan pergerakan mereka... mereka tidak seenaknya keluar rumah jika masih punya unfinish business membelenggu fikiran... wanita tidak mudah lepas tangan...


Wanita sentiasa berkompromi... memahami hati dan perasaan si suami... harus rela walau tak suka.. suami berhak menikmati kebebasan hidupnya... jangan dikongkong langkah kakinya... lepaskan... lepaskan... rungkaikan tali... biarkan pergi... Jangan kita digelar Queen Control... setidak²nya kita tahu... Si dia sudah mampu hidup tanpa kita bila² masa.... hatinya mampu tawa gembira tika teman ada bersama... teman boleh mengubat duka laranya... isteri dan anak² hanya pinjaman... tiba masa si Suami jua perlu menghadapi kehilangan... biarlah dia bersedia dengan caranya... kerana kita juga perlu bersedia dengan cara kita.... sentiasa bersedia melepaskan walau di hati rasa sakit... perit.. wanita dikurniakan hati yang tabah... fizikal kami lemah tapi kami hidup dengan gagah... tidak bergantung dengan lelaki.... kerana kami sedar.. satu hari lelaki akan pergi.... samada ketika hidup atau setelah mati..... Kami sedang bersedia............


5 comments:

MaiRa_AiNas said...

enty latest ---u're totally right my dear!jwpn pada pertanyaan----aku..mcm ni larr...kalaulah tangisan boleh bawa ayah semula...just check it out my private blog ok...

Adlina Husaini said...

erm..terkesima..

satu hari lelaki akan pergi.... samada ketika hidup atau setelah mati..... Kami sedang bersedia............

cheq tak sanggup!!! huhu

Ena said...

Mrm..

tu la.. bersediakah yeh? kalo ditinggalkan kerana urusan keje tu...ok la.. tp kalo ditinggalkan kerana perginya tak kembali tu yg belum bersedia lagi.. Tak sanggup rasenyer.. huhu..

aiDieNa said...

Tu larr agaknyer wujud kata² sayangkan anak tangan²kan.. sayangkan bini tinggal²kan... tak suka ditinggalkan.. hidup atau mati... :((

aiDieNa said...

Nanti aku bacer entry ko yer Sietah.. aritu check tak der hapdet..

Adlina.. bicara dari hati.. huhuhu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails