.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Monday, April 5, 2010

“My Date Night”

Hmmm.. sudah terlewatkah untuk aku post entri inie?? Hurrmmm.. tak per larr.. the main point is to share the memory dengan kamu.. kamu semua yang sudi membaca.. iyer dak... okeh..

Ketika aku baca sinopsis filem ini.. di
nuffnang aku terus terbayangkan plot2 menarik yang diceritakan dilakonkan pasangan Steve Carell dan Tina Fey pemegang watak utama filem ini.. Tajuk filem ini sahaja cukup untuk mengundang perasaan ingin tahu orang yang mendengarnya.. "Date Night" Citer aper tuh? Keterujaan yang menyala bertambah baranya bilamaner aku dapat tau En. Nuffnang yang baik hati akan memberi 2 tempat percuma untuk menyaksikan "Special Screening" filem ini bagi 90 Nuffnanger bertuah yang dipilih atas ikhsan Twentieth Century Fox.. wayang free.. saper nak tolak weiiii... tapi... :(.. :(( aku agak sedeh kerana pada hemat aku yang tak beraper arif inie... rasernyer kesemua 90 tempat tersebut telah terisi... yerlah.. promosi pasal free screening nie dah release dari 10 Mac... tapi aku baru tahu tadi... huhuhu.... masih adakah harapan untukku menyambut 2 jemputan percuma itue.... tapi pantang Kakpah menyerah sebelum kalah.... kalau takot jangan pegi berperang wehhh.... walaupon tinggal baper hari jer lagi... tak salah kalau dicuba kan!

Kisah diimbau sekitar tahun 2003... ketika aku dengan En. Ady masih berkawan² setelah secara rasminya men-declare-kan diri sebagai sepasang couple yg dalam percubaan mengenali hati dan budi masing²... dalam probation period itu.. hubungan ini akan dinilai samada sesuwai atau tidak untuk diteruskan... terus terang cakap aku tak pernah keluar merewang balik malam sebelum mengenali En. Ady.. bukanlah bermaksud dengan mengenali En. Ady telah membuatkan aku yang jujur lagi naif ini ditarik unsur negatif lalu menjadik kupu² jadian.. yang bertenggek tak kenal siang dan malam.. TIDAK...

Seingat aku sepanjang declared COUPLE.. tidak pernah sekali pon kami berpegangan tangan... tidak pernah sekali pon kami menaiki motor bersama... walaupon ketika itu sangat geram melihat skuter bontot besar En. Ady itu... demi menjaga maruah rela aku menaiki teksi... atau pon pengangkutan awam untuk kemana²... awal² perkenalan.. perkara ini telah kutegaskan awal²... aku tidak suka diriku dicemari sebelum sah dimiliki... cheeewahhhh!

Arakian di suatu hari... En. Ady selaku seorang pakwe yg gentleman telah ke rumah aku... untuk mengundang aku keluar.. mak sangat tegas dalam pendirian tentang hubungan couple sebelum nikah... mesti.. harus dikenalkan dengan famili... sapa yg berminat dengan anak dara dia.. harus berani berdepan dengannya... supaya kalau apa² jadik.. mak kata senang nak suh hulubalang dia cari.. (adik badik lelaki aku lar tu) hehehe...

Setelah meminta permision bagai... memahami arahan dan peraturan yg ditetapkan mak aku.. cinderella harus pulang sebelum jam berdetak ke detik 10 malam... itu waktu paling lewat yg mak benarkan.. (sebenarnya kami dedua telah dilantik sebagai AJK komuniti siber untuk menjayakan satu majlis gathering) kami pon kuar untuk menyiapkan tugasan bersama² ahli AJK yang lain... usai perjumpaan beramai²... bagi menyudahkan kerja yang tertunda dan harus diselesaikan segera.. En. Ady telah mengajak aku ke office-nya yg ketika itu masih ada petugas² yg masih bekerja.. (Kalau orang lain yang ajak aku tak ikut weeiii... takott.. tapi En. Ady aku rasa selamat sebab dia tak nampak macam lelaki gatai yang nak amik kesempatan) berkenalan aku dengan rakan sekerja Ady yang ramah tamah.. selesai tugas.. bila berdua.. masa berlalu tidak teraser.. aku membelek² work station En. Ady.. membuat serba sedikit kerja yg harus disiapkan.. akhirnya tidak disedari jam telah pon menginjak 9.30 malam.. kami keluar dari bangunan office dengan niat utk cepat sampai ke rumah.. En. Ady membawa aku ke perhentian teksi.. untuk mengotakan janjinya dengan emak..

Malangnya... setengah jam berlalu... tiada satu teksi pon yang lalu di situ... kami kemudian menapak pula ke stesyen bas yang agak jauh dari situ.. berjalan dengan hati yg gelisah... jarum jam yang semakin lewat.. dan alasan apakah terbaik untuk diberikan kepada emak.. kekalutan ini tidak dijumpai jalan keluarnya apabila bas yang diharapkan tiba juga tidak sudi menunjukkan rupanya... sangat² tertekan.. dan aku mula merasakan diri seperti seorang gadis yang nakal dan jahat.. tidak mendengar kata dan suka pulang lewat malam.... aku takut pada pandangan orang.. En. Ady pula ketika itu amat sukar menyembunyikan perasaan bersalahnya... kalau aku risau.. dia apatah lagi.. kerana telah mengingkari janji dengan emak... apa persepsi yang akan emak berikan nanti... bagaikan mengerti dan menjawab doa kami... akhirnya.. sebuah teksi lalu... dan tanpa berfikir panjang kami terus mengarahkan tempat yang ingin dituju...

Sampai di depan pintu rumah... emak telah menanti di depan pintu... tak tahu apa hendak dikata.. memang masak En. Ady kena bambu... bukan dengan penyapu... bukan emak aku tidak seteruk itu... mak marah sebab tak tepati janji... pulang terlalu lewat dari masa yg telah ditetapkan... terkebil² En. Ady menahan telinga mengaku kesilapannya... rasa bersalah dan sedia dihukum terpancar di wajahnya... kesian... sesudah En. Ady pamitan pulang.. kuceritakan semuanya kepada emak.. aku tahu emak mempercayai kata²ku kerana aku tidak pernah berbohong... tidak pandai pon... nasib baik marah mak tak lama.... dan bermula detik itu.. kami serik untuk keluar ke tempat² yg payah mendapatkan public transport... tobatttt...

Itulah kenangan dating waktu malam yang paling tidak dapat aku lupakan.. pertama kali En. Ady kena marah dengan bakal Mak Mertua... sib baik jadi kan... hahaha!! Moral of the story... jangan dating kat tempat tak der transpot nak bawak balik.... ;)

Entri ini aku hantar dengan harapan masih ada tempat kosong untuk aku & En. Ady menonton adventure Phil (Carell) dan Claire Foster (Fey) melalui date night mereka yang tak dijangka...

Ada lagi ker yg minat nak join?? Kalau tak cuba mana nak tau dapat tak dapat kan.. jom submit entri korang.... klik poster kat atas nie kay!

2 comments:

Unknown said...

wah sungguh suci cinta itu =D gud luck kak ye..

aiDieNa said...

Ohoho.. mekasih Adlina.. harap² ler kan... ;;)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails