.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Sunday, June 13, 2010

JuAL SuSu BaDaN..??

Banyak sangat benda pelik2 orang buat sekarang nie.. agak terkejut pon ada maser bacer berita nie kat Harian Metro bahagian Global.. bagi yang dah baca mungkin dah tau.. yg blom baca.. boleh baca kat sini... Susu Ibu memang yang terbaik untuk bayi... tapi.. kalau dijual sebagai produk komersial... macam mana tu... dlm Islam.. aku yakin adalah menyalahi nasab keturunan.. bayi yang disusukan hingga tiga kali kenyang sudah dianggap anak susuan dan tidak boleh berkahwin dengan anak2 ibu susuan sama seperti anak2 ibunya sendiri..

***********************************

LONDON: Jika sesetengah ibu terpaksa berikhtiar untuk meningkatkan kandungan susu bagi bayinya, berlainan pula keadaan TOni Ebdon.

Apabila Toni bersalin baru-baru ini, dia mendapati susunya terlalu banyak sehingga mencetuskan idea untuk membotolkannya dan menjual produk itu secara komersial di internet.

Katanya, dia mendapat ilham memasarkan susu badannya selepas seorang rakannya bergurau menyuruhnya membuka pusat penghasilan susu besar-besaran.

"Walaupun ia sekadar gurauan, saya menerimanya dan mula menawarkan susu di internet." katanya.

Tiga bulan kemudian, Toni menjual 850 gram susunya dengan harga kira RM72.47 bagi botol 237 mililiter.

Kata Toni, 26, walaupun ia tidak begitu lumayan, dia bercadang terus menjual susunya sehingga ia habis.

Toni mengalami fenomena luar biasa itu selepas melahirkan anak lelakinya, David, Mac lalu.

"Selepas bersalin, buah dada saya mengeluarkan terlalu banyak susu sehingga ia menyebabkan rasa sakit dan berat."

"Mula-mula saya gunakan pam untuk mengeluarkan susu berlebihan dan menyimpannya dalam peti sejuk sebelum mengiklankannya di laman web," katanya.

Pada peringkat awal, katanya, dia terkejut apabila turut menerima e-mel daripada pelanggan lelaki tetapi dia tidak tahu mengapa mereka berminat kepada susunya.

"Saya tak berminat bertanya banyak soalan peribadi dan seua komunikasi berlaku melalui e-mel.

"Apabila bersetuju, saya bertemu mereka untuk menyerahkan susu." katanya.

Dalam keadaan biasa, susu itu boleh diminum terus atau disimpan dalam peti sejuk sehingga sebulan.

Sementara itu, kebanyakkan lelaki berkata, mereka meminum susu waita untuk mengekalkan kecergasan dan menjauhi penyakit.

Kajian menunjukkan susu badan boleh menjadi penawar pelbagai penyakit, termasuk kanser dan diabetes.

Ketika ini, kata Toni, dia sukar memenuhi tempahan kerana sambutan diterima amat menggalakkan.

"Untuk menghasilkan 28 gram susu, saya terpaksa memerahnya selama 15 minit sehingga satu jam." Katanya.
-Agensi.

Hurrrmmmmm.... tak mustahil satu hari nanti pengkomersialan susu ibu menjadi lebih meluas.. bayangkan kalau dipasarkan di kalangan pengguna Islam.. iksss... sangat membahayakan nasab keturunan... tak tau nak cakap apa... komen korang??

7 comments:

ZR said...

diorang nie makin lama makin cam tak betui dahhh

Srifairus said...

susu ibu memangla yang terbaik.. sebab tu skrng ni lebih ramai ibu-ibu kat malaysia sanggup buat apa saja untuk menyusukan anak mereka selama mungkin.. mungkin kesedaran dah makin tinggi dikalangan ibu-ibu... tp tidak la untuk dijual.. macam2 la diorg nie..

Zaidah said...

gila ker ape...bleh plak nak jual susu badan...melampau betul

♥cikmOt♥ said...

wahhh...tak sanggup...

~aSHa~ said...

tak sesuai dibuat oleh org Islam..sib baik bukan islam...so takde la istilah kenyang tak kenyang ke..jadi adik susuan atau anak susuan ke

aiDieNa said...

Kazaztan..
Betul tu.. sangat merapu!

Sri..
Tu lar pasal kan.. jgn orang kat Malaysia nie buat camtu sudah lar..

Zaidah..
Bagi dorang itu tak jadik hal.. bab dowang bukan Islam..

iz-AnN..
Tak sanggup jugak..

aSHa..
Semoga tidak menular di kalangan Islam.. tak salah jadik ibu susuan.. cuma perlu faham syarat dan ikut hukum syarak..

aiDieNa said...

Tadi ada satu komen lagi.. tak sempat nak bacer.. terdelete.. dari Anin tak silap.. sowii.. nak recover balik dah tokleh... :(


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails