.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Tuesday, June 22, 2010

..SiTi PuN BiDa NoMBoR..


ALOR SETAR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin antara pembida utama nombor pendaftaran kenderaan di negeri ini, KCT 1 yang diumumkan Pengarah Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, tengah hari ini.

Penyanyi itu dikatakan berminat memiliki nombor pendaftaran itu kerana mempunyai gabungan nama beliau dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Siti Nurhaliza dikatakan sanggup membayar jumlah bidaan ditawarkan asalkan dapat memiliki nombor berkenaan.

Sebelum ini, penyanyi berkenaan mempunyai tiga kereta iaitu Nissan X-Trail 2.0L, Proton Waja dan Kia Optima sebagai ganjaran memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

Harian Metro difahamkan, nombor pendaftaran itu seolah-olah pisang goreng panas sebaik tempahan nombor diumumkan JPJ walaupun harga minimum tempahan nombor berkenaan bermula dari RM10,000.

Menurut sumber, bidaan bagi nombor berkenaan sudah dibuat minggu lalu, bagaimanapun mereka yang terpilih mendapatkan nombor KCT 1 diumumkan tengah hari ini. Katanya, golongan paling ramai dan cepat membeli nombor berkenaan ialah ahli perniagaan dan syarikat korporat termasuk artis, malah mereka berusaha mendapatkannya sebelum tempoh 21 hari disyaratkan.

“Kami banyak menerima permohonan bagi nombor berkenaan. Bagaimanapun, ia bergantung kepada bidaan paling tinggi.

“Buat masa ini, kami tidak tahu siapakah pemilik sebenar nombor pendaftaran itu hingga keputusan rasmi dibuat tengah hari ini,” katanya.

Difahamkan, penggemar nombor emas itu sanggup berhabis ratusan ribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan nombor idaman

**************************************
Aku: Seronok kan jadik orang kaya... sumer menda boleh beli... tapi nyawa.. maruah.. kebahagiaan.. berapa pula bidaannya??


2 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

wah, nombor plate keta pun sanggup beli :) ingat beli no ekor td..hehehe

aiDieNa said...

Orang kalau dah banyak duit.. selagi boleh sumer nak dibeli.. rileks jer kan.. duit tak ada masalah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails