Dah bacer paper?? Hmmm.. seperti biasa.. perkara pertama aku buat biler sampai opis... belek paper setelah on pc & radio.. and bancuh air... salah satu tugas PA kan mengambil suratkhabar untuk bosnyer.. hehehe.. so sebelum bos sampai.. boleh lar belek sikit² kan... Ada berita sensasi.. berita menyedihkan.. berita² pelik pon byk..
Okeh.. highlight yg menarik minat pembaca yg penuh dengan perasaan ingin tahu seperti aku itu ialah..
1) Pergolakkan Perkahwinan Selebriti cantik jelita dengan suaminya yg hensem cam hero filem James Bond... siapa?? Maya Karin dan Muhammad Ali... tak tau banyak dari ringkasan berita nie melainkan kata² suami Maya.. "Ask Maya, No Comment, No divorce," biler ditanya wartawan...
- harap sangat.. jangan lar tambahkan lagi statistik perceraian di kalangan artis nie.. semoga jodoh mereka masih panjang...
2) Rosyam Nor tertekan dituduh penipu.. sebab apa?? Syarikatnya RNG (Rosyam Nor Group) menceburi perniagaan menjual produk kesihatan, Power Impian sebagai caranya membalas sokongan peminat dengan membantu menerusi perniagaan bersama. Janji syarikat memberi wang setiap 2 minggu pada ahli tidak benar kerana Power Impian sebenarnya membayar bonus pada ahli yang layak jika ada pendaftaran ahli baru. Rosyam mengesyaki penyebar email memfitnahnya adalah dari kalangan rakan artis dan akan membuat laporan polis. Dia bersedia disiasat SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) jika dia dikatakan penipu.
- Siasat Rosyam.. siasat.. semoga kebenaran terserlah jua..
3) Pelajar MTD Mati Didera... Pelajar Maktab Tentera Diraja Sungai Besi dibuli pelajar senior mininggal dunia sejurus ditendang dan kepalanya terhantuk di lantai sehingga tidak sedarkan diri... sebelumnya mangsa berusia 16 tahun dipanggil senior menjalani hukuman tekan tubi berulang kali sebelum ditendang.. Ibu mangsa rebah lihat jenazah anak.. kecewa lewat dimaklumkan kematian anaknya.. jenazah telah dikebumikan dan kes ini masih dalam siasatan polis juga Caw. Siasatan Khas ATM.
- Apa nak jadi yer.. mak bapak hantar menuntut ilmu bukan untuk membunuh orang... kes buli nie tidak pernah lenyap... dan perasan tak.. selalu terjadi di sekolah berasrama... dan selalunya di Maktab Tentera... menyedihkan.. mereka yg dilatih di sini dengan harapan dapat membela bangsa dan negara sebaliknya membentuk sifat bercanggah di kalangan mereka...
4) Bakal Tunang DIBUNUH Perompak!.. Jodoh tidak kesampaian.. begitu tersurat.. Noraini Hassan terpaksa menerima realiti kematian tragis bakal tunangnya Mohd Redwan Ali yang ditemui mati dalam keadaan duduk di atas sofa di rumahnya dengan kedua² tangan terikat ke belakang dengan wayar charger telefon bimbit dan mulut ditutup kain. Terdapat dua kesan tikaman di dadanya.
- Penjenayah memang hatinya kering.. binatang di kalangan manusia... sanggup buat apa sahaja asal apa yg dikehendaki dapat dipenuhi.. tidak peduli walau hidup mereka di atas tangisan dan lumuran darah insan lain... hidup mereka ini tidak akan pernah aman dan tenteram.. buat baik dibalas baik.. buat jahat.. sendiri mau ingat... semoga arwah bersemadi dengan aman dan bakan tunangnya itu tabah menghadapi cabaran dan dugaan ini.
5) Suami Lemas, Isteri Hilang.. Keriangan Yuhin Azlan Yusoff menyambut ulangtahun kelahiran berakhir tragedi apabila beliau dijumpai lemas ketika berusaha menyelamatkan isterinya Norita Dahari yang masih belum ditemui ketika mandi manda di pantai Pulau Langkawi. Pasangan ini meninggalkan seorang anak berusia 2 tahun.
- Kesian sangat kat anak pasangan nie... kehilangan kedua² ibu bapa serentak... semoga ibunya yg belum ditemui itu selamat hendaknya... kalau tidak kepada siapalah si kecil itu hendak menumpang sayang... sedeh...
6) Diserang Bapa Pelajar.. seorang guru diserang bapa seorang pelajar tingkatan 1 yang tidak berpuas hati dengan pembongkaran kes kecurian jam tangan yang melibatkan anaknya. Berikutan kejadian itu, guru terbabit menerima beberapa jahitan di kening dan telinga selepas ditumbuk dengan buku lima. Laporan polis dibuat dan bapa murid berkenaan berdepan tindakan tegas bakal diambil atas tindakannya itu.
- Aduhaiii.. mengapa guru yang diserang?? Bagaimana anak hendak dididik jikalau sikap bapanya sendiri begitu??
7) Alat Kesan DNA Babi... teknik terkini mampu mengesan status halal daging atau produk yang dikhuatiri status halalnya dalam hanya tempoh sejam dijangka mampu meningkatkan keberkesanan JAKIM dalam usaha penguatkuasaan di seluruh negara.
- Satu peningkatan teknologi yang sangat berguna untuk kesejahteraan masyarakat Islam dewasa ini yang kerap diperjudikan makan minumnya dengan unsur² tidak suci dan halal..
8) Kaki Ekor Puja Penjara.. sanggup datang ratusan batu ke ibu kota untuk dapatkan serpihan batu runtuhan Penjara Pudu bagi memenuhi syarat upacara 'menurun' bagi mendapatkan nombor ekor menggunakan ilmu hitam. Kaki ekor juga judi bola sanggup lakukan pemujaan di dalam kamar jeriji penjara atau bilik kurungan terakhir yang dianggap 'keras' serta berpenunggu semata² bagi memperolehi apa yang dihajati.
- Pelik.. pelik... macam² perkara pelik dilakukan manusia² pelik... judi itu haram... meminta pada selain Allah itu khurafat.. bertaubatlah....
9) Air Mata Azzurri.. Penyandang Juara Itali tersingkir selepas tewas 3 - 2 kepada Slovakia dalam perlawanan terakhir Kumpulan F, malam tadi. Kekalahan memalukan itu bermakna Itali mengikut jejak Perancis yang turut terkeluar di peringkat kumpulan, kali pertama dua finalis daripada kejohanan sebelum ini gagal mara ke pusingan kalah mati.
- Sajer jer taruk berita nie.. info buat En. Ady.. hehehe
No comments:
Post a Comment