.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Thursday, June 24, 2010

..Mohon BONUS 2 Bulan..


ALOR GAJAH: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tetap kemukakan permohonan kepada kerajaan bagi menimbangkan pemberian bonus kepada kakitangan awam menjelang pembentangan Bajet 2011, Oktober depan.


Presidennya, Omar Osman berkata, tahun lalu, pihaknya akur tiada bonus kepada kakitangan awam kerana ekonomi tidak menentu.

Katanya, selepas setahu keadaan ekonomi semakin pulih, Cuepacs akan buat permohonan sekali lagi.

"Kami tetap dengan permohonan mendapatkan bonus dua bulan untuk semua kakitangan awam dan berharap permohonan ini diluluskan kerajaan pada Bajet 2011 nanti," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Auditorium Bangunan Canselori, Kampus Induk Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), dekat sini, semalam.

Hadir sama Penasihat Khas kepada Menteri Pengajian Tinggi, Prof Dr. Raduan Che Ros dan Presiden persatuan Pegawai Akademik UTeM (UTeMASA), Prof Madya Dr. Raja Roslan Raja Rahman.

Terdahulu, beliau menjadi ahli panel bagi forum anjuran UTeMASA sempena Mesyuarat Agung UTeMASA ketiga.

Mengulas lanjut, Omar berkata, pihaknya tetap berharap 'berita gembira' untuk kakitangan awam yang kali terakhir memperoleh bonus pada 2008.

"Cuepacs akan berusaha membuat permohonan itu kepada kerajaan sebelum pembentangan bajet nanti," katanya.

Ketika ini, terdapat 206 ahli persatuan UTeMASA terdiri profesor, jurutera pengajar, pensyarah, tutor dan guru bahasa.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga akan membuat permohonan kepada kerajaan bagi menaikkan bantuan kemudahan pengurusan jenazah daripada RM1,000 kepada RM3,000.

-Harian Metro/Setempat/36 A/Khamis/ 24 Jun 2010

**************************************

Aku: Kalaulah dapat bonus tu kan... hurm lega sikit nak belanja ujung tahun nie kan.. macam² nak buat.. Alyaa nak masuk tadika.. Insurans Road Tax keta... pendek kata macam² lar nak diguna.. panjang jangan kata apa² okeh!


4 comments:

~aSHa~ said...

amin...semoga berjaya permohonan itu..

Ena said...

syoknyer kalo dapat..

aiDieNa said...

~aSHa~,
Amiiiiiiiiiiiiiiiinnnnnnn... ramai² kita aminkan...

ita cutevirus said...

aminnnnn....
harap PM tak kedekut..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails