Abah aku telah pergi meninggalkan kami selamanya hampir 12 tahun nan lalu.. dan selama itu jugalah emak memegang title ibu tunggal... its not easy I can say.. I wonder how she manage to do it alone.. berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul.. bukan mudah.. memelihara dan membesarkan 8 orang anak tanpa kehadiran seorang lelaki bergelar suami di sisi... tetapi segalanya tetap diteruskan.. emak tak pernah berhenti menjadi ibu.. kami masih berdiri di sini.. hanya atas satu sebab.. hanya kerana.. emak itu ibu... ibu itu seorang wanita... dan seorang wanita sentiasa tabah mengharungi cabaran mahupun dugaan.. sejarah membuktikan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu...
Ohhh.. bukan itu sebenarnya yg ingin aku ceritakan.. apa2pon.. jasamu emak tetap kukenang.. hanya Allah dapat membalas segalanya...
Ohhh.. bukan itu sebenarnya yg ingin aku ceritakan.. apa2pon.. jasamu emak tetap kukenang.. hanya Allah dapat membalas segalanya...
Budak2 sedang nyenyak tidur di ruang tamu.. En. Ady telah setengah jam berlalu ke tempat kerja.. ohhh... Sabtu Ahad pon keje?? Yaa.. kerana telah dipertanggungjawabkan memastikan kelangsungan dan keperluan IT di "The Asia Oil & Gas Conference" (AOGC) berjalan lancar...sebenarnya segalanya telah bermula sejak hari Jummat aritu.. En. Ady tak dapat pulang melakukan penyediaan conference itu dan aku harus menguruskan anak2 seorang diri..
Sabtu.. kami ke kedai dobi mengambil pakaian En. Ady.. kemudian ke Tesco bertemankan emak membeli keperluan budak2 juga rumah.. kemudian melawat adikku yang dalam pantang.. sangat panjang langkahku hari itu.. kepada orang lain mungkin perkara biasa.. tapi tidak pada aku yang baru pertama kali memandu membawa ketiga2 puteriku seorang diri.. sebelum nie aku cuma bawa paling2 seorang dua itupun sekadar untuk ke pasar malam.. pernah juga drive pulang.. tetapi bersama En. Ady di sisi... tapi... kelmarin dan semalam.. me with the kids on my own... berulang2 kali aku berpesan "Bonda nak drive.. kakak behave.. jaga adik.. jangan bising.. nanti Bonda tak boleh concentrate.." Aku cuma melakukan sesuatu dalam keadaan terpaksa.. keadaan memaksa aku menjadi seorang ibu yang berdikari.. kupasangkan tali pinggang budak2 di belakang.. dan mereka memberi kerjasama sepenuhnya... tidak seperti ketika En. Ady ada bersama.. terkekek2 bergurau di belakang... dan yang paling kelakar..
"Bonda.. Bonda tau ker jalan balik rumah nie..?" Alyaa sendiri ragu2 dengan kebolehanku.. maklumlah.. selama ini hanya ayah memainkan peranan memandu kereta..
Kami menjalani kehidupan seperti biasa... I can actually move around with the car.. tak susah untuk kemana2.. cuma aku yg membataskan diri ketika En. Ady ada... perasaan kebergantungan itu masih melebihi segala... aku sendiri tak paham.. mengapa aku cuma dapat melakukan sesuatu dalam keadaan terpaksa..
En. Ady pulang tido di rumah semalam.. dan petang nanti aku harus menghantarnya ke KLCC untuk meneruskan kerja.. sesampainya ayah di rumah.. Alyaa tidak sabar2 memberi laporan.. "Ayah! Ayah!!.. Bonda tauuu jalan balik"... ahahhaha... sangat kelakar okey... dia fikir selama nie aku tidak memandu kerana aku tidak tahu jalan pulang.. budak kecik.. budak kecik... dan.. semalam... ketika kereta kupandu berhenti di kedai dobi...
"Bonda.. lepas nie kita pegi mana?
"Kita.. balik larrr..."
"Alarr kita tanak cuti ker Bonda.."
"Abis kakak tanak behave.. tanak dengar cakap bonda.. bonda malas lar nak pegi mana2.."
"Kakak behave lar nie bonda.. Bonda.. jom lar kita pegi cuti.."
"Abis..kakak nak pegi mana?"
"Kita pegi lar cuti kat Tesco.." Ahahahaha... Alyaa.. Alyaa.. bagi ko cuti tu pegi Tesco jer ker..? Nampak sangat mak pak asal cuti shopping kat sini... kesian anak aku... huhuhu...
>>> En. Ady akan tido di hotel sampai hari Rabu.. aduhhh... camner lar aku nak melalui hari2 ini.. baru ditinggalkan suami sekejap sudah berlagu gundah.. bayangkan emak yg telah ditinggalkan selamanya...... Ya Allah.. tabahkan diriku setabah ibuku...<<<
2 comments:
Ibu tunggal memang sedih bila difikirkan tetapi mesti hatinya tenang. Ibuku pula ibu tinggal dahla terbeban menyakitkan hati pulak tu.Nasibla....apa-apapun kena tabah.
Ibu tinggal??
Post a Comment