.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Wednesday, June 23, 2010

Ariel 'Peterpan' ditahan Pak POLISI..


JAKARTA - Seorang penyanyi terkenal yang pernah menjadi vokalis band Peterpan, Ariel menyerah diri kepada polis sebelum ditahan semalam berhubung dua klip video lucah yang menampilkan pelakon wajah miripnya bersama dua wanita juga memiliki wajah mirip selebriti Luna Maya dan Cut Tari.

"Ariel menyerah diri pada pukul 3 pagi selepas polis menamakannya sebagai suspek kerana melanggar undang-undang antipornografi.

"Jika dia tidak menyerah diri, kami akan menangkapnya," kata seorang penolong jurucakap polis, Zainuri Lubis.

Ariel sebelum ini berulang kali menafikan terlibat dalam video seks itu.

Dalam klip video seks yang pertama, seorang lelaki mirip Ariel sedang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang memiliki wajah seperti pengacara terkenal, Luna Maya.

Buat masa ini, Luna Maya merupakan kekasih kepada Ariel.


Satu lagi klip video menunjukkan seorang lelaki juga mirip Ariel sedang melakukan hubungan seks dengan seorang lagi wanita yang wajahnya mirip pengacara popular, Cut Tari.

Cut Tari merupakan bekas kekasih Ariel dan kini sudah bersuami.

Ariel berdepan dengan hukuman 12 tahun penjara jika didapati bersalah melanggar undang-undang antipornografi.

Dia juga mungkin akan dihukum penjara sembilan bulan kerana melakukan perzinaan.


Skandal klip video itu telah menggemparkan Indonesia sehingga Ariel digelar sebagai Peterporn di kalangan pengguna-pengguna Internet. - Agensi

***************************

Klip video lucah Ariel dijual RM5.00 diedarkan di kalangan pelajar kolej.

***************************

JAKARTA: Kira-kira 1,000 umat Islan berarak di tengah Jakarta, semalam, bagi menuntut selebriti tempatan yang terbabit dalam aksi seks dihukum rejam.
Sambil melaungkan takdir, anggota dan penyokong Hizbut Tahrir itu turut menaikkan bendera hitam serta sepanduk menggesa vokalis Peterpan, Ariel, ditahan, kerana berzina.
Protes itu berlangsung beberapa jam selepas Ariel menyerah diri kepada polis.
Jurucakap Hizbut Tahrir, Ismail Yusanto, berkata Internet menjadi ancaman terhadap nilai Islam di Indonesia.
Katanya, undang-undang syariah perlu dilaksanakan di seluruh negara itu.
"Penyebaran meluas video seks itu menunjukkan bagaimana teknologi maklumat gagal dikawal dan pasti ia menjadi peruntuh moral paling utama.
"Mengikut peraturan Islam pesalah zina yang berkahwin wajib direjam hingga mati, manakala yang belum bernikah disebat 100 kali," katanya.
Pasangan ranjang Ariel dalam satu daripada klip itu, Cut Tari, sudah bersuami dan boleh dihukum penjara sehingga sembilan bulan kerana berzina.
Sementara itu, penyelaras Hizbut Tahrir Indonesia, Fadilah Karimah, 32, berkata dia mahu melihat sendiri pelaku zina ditanam sehingga paras leher sebelum direjam kerana kesalahan mereka.
"Ia adalah hukuman wajar atas dosan dilakukan mereka," katanya. - AFP
*************************************************************************************
Aku: Dunia sekarang macam².. dah elok glemer kerana bakat dirosakkan juga dengan skandal maksiat.. yang lagi sedeh... pelaku semuanya beragama Islam... artis.. artis.. artis.. di mana² cerita kerosakan moral artis.. agaknya sebab tu orang tua dulu² tak suka anak² mereka bertemu jodoh dengan artis.. macam kisah Kasim Selamat tu... tengoklah.. artis sendiri merosakkan nilai mereka di mata masyarakat... seharusnya sebagai orang ternama dikenali ramai... berikan contoh terbaik.. buktikan pada kami.. artis juga manusia terhormat.. dikenali bukan setakat bakat tapi juga personaliti contoh hebat!

No comments:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails