.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Thursday, June 10, 2010

My Water Moments

Air dan kehidupan tak dapat dipisahkan.. tak der air.. tak der lar manusia.. binatang.. kehijauan.. kering kontanglah dunia.. hilanglah keindahan.. suramlah pandangan mata.. bagaikan langit tanpa bintang.. bulan tidak berteman.. Begitulah juga halnyer dengan blogger kan.. blogger dan kamera tak dapat dipisahkan.. aper lar makner menulis tanpa 'bahan bukti' bagaikan pompuan tanpa make-up setnyer..

Mempunyai kemera baru azamku tahun ini.. resolusi yg ingin kucapai.. sumer tau kan (ader ker yg tak tau?) Gambar² kat blog nie sumer aku amik guna kemera hp jer.. sebab?? akak tak mampu beli kemera baru.. huhuhu aku menunggu kamera pelbagai fungsi memenuhi citarasa aku yg tinggi seperti ini di pasaran.... cheewaahhh...

Meh aku perkenalkan.. kamera canggih yang berharga RM1499.00 nie diberi nama DSC-TX5. Sebab aper aku kata canggih... sebab kamera lain besar² gedabak.. beli ribu riban tapi tokleh tangkap gambar lam air... kamera TX5 secanggih namanya.. boleh dibawa masuk air.. bleh lar tangkap gambar bawah air bagi berkongsi keindahan di dasarnya dengan yang lain yg tak pernah sampai bawah dari air..

Hmmm.. tengok gambar kat atas nie.. sangat blur kan.. tempat dah cantik.. post pon cantik.. tapi gambar gagal sebab.. tak leh capture moving object.. makanya biler kamera tak ada fungsi seperti ini..

"Anti-motion Blur mode uses six superimposed frames to create one single optimised image with 50% less noise. This means you are able to shoot with high ISO settings in low-light environments, reducing noise and subject blur, giving you clear and sharp images."

Ketikan jarimu di kamera adalah sia²... hurrmmm...


Ini lagi gambar.. detik² bersama air... ehehhh.. tapi bukan aku.. En. Ady dan Alyaa yg sedang seronok bercanda di tepian pool besar di Sunway Lagoon... maner aku?? Aku lah yg mengabadikan detik itu.. terpakser bekorban.. sebab kamera sensitif dengan air.. apatah lagi bila guna hp camera cam aku nie.. sekadar memerhati anak dan ayah ini..

Alangkah bagusnya kalau TX5 ada di tanganku ketika ini.. sebab kamera tahan lasak nie bukan sahaja kalis air.. kalis gegaran.. kalis habuk tapi juga kalis suhu seperti yang dinyatakan di websitenya seperti di bawah:

Water-proof
Dive in with the water-proof Cyber-shot TX5. Capture beautiful underwater shots up to 3m deep for up to 60 minutes*.

Temperature-proof
Keep on shooting even below freezing point up to –10ÂșC** with this tough camera in harsh weather conditions.

Dust-proof
With the superb dust-resistance of the Cyber-shot TX5, you can be assured to always get spotless images whatever the environment is!

Shock-proof
The shock-proof design of the Cyber-shot TX5 allows drops of up to a height of 1.5m*, the usual height we hold the camera for photo-taking.

jadik aku tidak akan lagi menghadapi masalah seperti gambar di bawah ini..

Gambar di Air Terjun Bukit Belacan nie diambil dari jauh.. dan sekali lagi akulah jurugambar itu.. yang tabah mempertahankan diri dari basah.. mengetik jari dari atas untuk mengabadikan kenangan ini bersama keluarga.. tapi.. hasil kurang memuaskan kabur juga tidak jelas..

Pengorbananku sia².. :(

Bagi seorang ibu seperti aku.. setiap moment indah bergelar ibu ingin aku abadikan.. kalau boleh setiap saat inginku kurakamkan.. melihat anak² membesar di hadapan mata adalah memori yang indah dalam ingatan seorang ibu... Ainna sangat suka bermain air.. gambar ini ketika dia dimandikan di dalam sinki di dapur rumahku.. gambar ini tentu lebih indah jika diambil dari lenser kamera TX5 yang mempunyai "Exmor R" CMOS sensor, BIONZ imaging processor, and Carl Zeiss® Lens, the Cyber-shot TX5 yang dapat memaksimumkan kualiti gambar yg ditangkap seperti yang dijelaskan ini..

Beautiful images—even in low light



For low-light environments, the back-illuminated "Exmor R" CMOS sensor delivers stunning performance and increases sensitivity by 2x to reduce noise. Natural and vibrant image

BIONZ Image Processing Engine drastically lowers noise level and achieves high accuracy in auto-focusing, exposure auto-correction and auto white balancing; creating a more natural and vibrant image in different shooting environments.



Di hujung minggu selalu diluangkan bersama anak².. kalau tidak ke playground kami bawa anak² ke tepi tasik.. memberi ikan makan... ini caranya kami rapatkan anak² dengan alam semulajadi... mengajar mereka tentang erti keindahan alam ciptaan tuhan.. keindahan itu juga cuba dirakam... tapi... ianya kamera yg kami gunakan tiada fungsi ini..

Realistic photos with excellent contrast

The Carl Zeiss® Vario-Tessar Lens delivers uncompromised, accurately detailed and realistic photos with excellent contrast.


Makanya hasil yang dikeluarkan tidaklah seindah yang dipandang..

Ini pula gambar anak²ku bermandi-manda di kolam kecil di depan rumah.. tengok betapa gembiranya mereka.. moment² ini tak akan kulepaskan begitu sahaja... kamera itu bagaikan anggota tubuh tambahanku.. setiap ketika.. di mana² sahaja... aku sangat suka mengambil gambar...

Bagiku ciri² gadjet tambahan ini perlulah praktikal.. mudah dikendalikan juga senang untuk dibawa ke mana² sahaja.. (termasuk di dalam air).. kerana kamera bagaikan anggota tubuh yang sentiasa melekat di sisiku.. maka adalah penting ianya ringan... kompak dan comel.. sebab aku pompuan.. pompuan sangat suka benda yang comel... hehehe

Sesuwaiii sangat lar kan kamera DSCTX5 yang didatangkan dalam lima pilihan warna seperti di bawah ini menjadik igauan pompuan mahupun lelaki seperti kamu.. (ehhh.. kamu lelaki ker??)

Cantik kan... tapi aku sangat berkenan yang ini..

Memang sangat sesuwaiii!!

Korang suka warna apa??


Gambar ini kabur.. sebab tempat sejuk.. dengan TX5 gambar nie musti cantik kan.. sebab seperti diterangkan di atas TX5 dilengkapi ciri "Temperature Proof".. tiada apa dapat menghalang untuk menghasilkan gambar yang cantik..


Saper yang kenal aku lama.. musti tau aku nie penggemar aktiviti lasak... yang di gunung.. hutang.. lautan.. tasik.. sumer aku redah.. tapi aku selalu agak seriau bila bergambar di dalam air.. kang gambar tak dapat.. kamera pon hancusss... dah jadik khazanah bawah air kan.. sangat berhati² tiap kali mengambil gambar yang bersangkutan ngan air... sebab kamera nie bukan TX5.. ia tak kalis air...

Gambar adikku Natun dengan anakku si Ainna yang ketakutan dimandikan.. sayang sekali kamera yg aku gunakan untuk amik gambar nie tidak bercirikan 'Anti Motion' seperti TX5.. hasiknya sangat tidak memuaskan..


Aku sangat suka gambar nie... I think it is cute.. kali pertama Aisha berkenalan dengan laut.. merasa air laut yang masin... mesti lagi menarik kalau aku dapat abadikan moment ini menggunakan TX5 yang dapat capture fast action atau moving object dalam 10 keping gambar mampu diambil dalam masa 1 saat.. macam contoh kat bawah nie...

Capture capture fast actions or a moving subject in a sequence of 10 continuous frames per second. This sequence of continuous shots are also grouped to simplify playback as the camera analyses each group in order to locate and display the best shot automatically.


Percubaan mengambil gambar sendiri yang tidak jadi... kualiti sangat out of expectation... sebab tak dak kemera secanggih TX5..


Gambar perkelahan famili yang terbaru.. sangat suka objek yang diambil senario kerjasama yang sangat jelas terzahir.. apa yang penting?? Kerjasama!! Kata Wonderpets kan.. heheh... tapi gambar nie blur berkabus larrr... sangat tak puas hati... kan bagus kamera aku tu TX5.. tidak akan terhasil gambar mengecewakan seperti ini..


En. Ady bersama Alyaa juga anak buahnya Si Zani berseronok di dalam pool.. kami bercuti di Port Dickson masa nie.. mereka sangat seronok.. seperti biasa aku yg ambil gambar.. berdiri di tepi sahaja.. takut kamera basah... kalau TX5 maser tu.. musti aku pon join sekali..


Ini gambar di pantai Port Dickson ketika aku mengandungkan Ainna.. nampak apa di leher aku.. itulah digital camera kami yg paling canggih ketika dibeli.. tapi sekarang.. kamera tu dah bleh masuk muzium.. sangat² outdated.. kamera tu aku gantung di leher sebab takut jatuh... abis lar rosak kan.. tapi kalau TX5 idak ler aku risau... hehehe..


Permandangan matahari terbit atau terbenam mmg sangat cantik kan... panorama ini memang dinanti² setiap manusia yang menghargai keindahan... sbb itu aku abadikannya dalam bentuk gambar.. supaya dapat aku hayati bila² masa... gambar ini diambil ketika menaiki bot untuk ke Pulau Perhentian.. destinasi bulan madu kami... dan alangkah bertambah keindahan gambar ini sekiranya ia diambil menggunakan fungsi'Twilight mode' juga 'Effortless panoramic' yang terdapat di kamera TX5 seperti di bawah..

Capture perfect twilight shots

With Handheld Twilight mode, your images boast 50% less noise because the high sensitivity “Exmor R” CMOS sensor coupled with BIONZ imaging processor allows the camera to superimpose six visual frames to create a single optimised image.

Even when taking a picture at a high ISO setting or without using a tripod, you still enjoy cleaner, sharper images with Handheld Twilight.

Effortless panoramic photos


Enjoy beautiful panoramic shots by sweeping your camera horizontally to create stunning landscape shots, or vertically to capture tall objects. Intelligent Sweep Panorama also recognises faces or subject movement automatically and cleverly stitches the photos together to create a natural-looking panoramic shot.

Bersantai di pantai aktiviti utama berbulan madu.. momen2 indah sepanjang percutian tak mungkin dilupakan.. gambar diabadikan penguat ingatan.. gambar yang menarik dari kamera yang terbaik.. TX5.. kenaper tak ada maser tu??

Lihalah kejernihan air ini menampakkan keindahan coral2 di bawahnya.. tetapi penglihatan dan memori ini terbatas melalui google yg digunakan semasa snorkeling dan gambar yang diambil dari atas sahaja.. alangkah baiknya sekiranya TX5 di tanganku ketika itu... akanku berenang seperti perempuan di bawah ini..

Siapa sangka kamera serbaguna bermutu tinggi tidaklah semahal dahulu lagi.. dengan harga yang ditetapkan.. angan2 kini bukan lagi mimpi.. suatu hari pasti kumiliki.. kumpul.. kumpul duit.. lama2 jadi bukit...


With The World Slimmest water-proof camera Sony Cyber Shot TX5 My Water Moments will never be the same again.. it will now and always be a beautiful memorable experience captured photos to share with everybody..

Untuk maklumat lanjut sila layari url di bawah ini

http://www.sony.com.my/product/dsc-tx5


1 comment:

Ena said...

heheh..

akak sedang menyertai contest nuff tu ye kak.. bagus la akak nie.. ena mcm tak rajin pulak nak buat..

Gd Luck utk akak.. untung2 betul2 akan jadi milik akak nanti.. :)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails