.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Tuesday, June 29, 2010

KoRaNG DaH TeRMiNaTe KaD UtANG??


Aku baru terima statement dari Citibank.. setelah lebih 2 tahun tak gunakan kad itu.. billing aper pulak eak.. teng! Teng! Teng!! Ohhh TIDAK cukai kerajaan dah kena charged!! RM50.00 tu.. bukan sikit banyak beb! Lepas beli susu or diapers anak tuuu.. hurmmm.. aku ada 5 kredit kad sekarang... 5 x 50 = 250.. giller ko.. dan tak semuanya aku pakai... yg aku aktif cuma dua... yg lain kena terminate.. harus.. walaupon sayang kan.. cheh ada lagi perasaan sayang tuuu.. hihihi.. kad citibank tu kredit kad aku yg pertama.. dan yg paling lama aku pakai.. goldcard sebab aku 'Pay Master' bukan sebab gaji banyak kay! Sebab aku punya habit tak suka berhutang.. pakai kad hutang sebab memudahkan keje aku.. boleh dikatakan sumer monthly expenditures aku tak gunakan tunai.. sumer guna kad plastik.. ujung bln statement sampai aku lump sum kan jer sumer guna online banking dari akaun masuk gaji... so.. kat situ aku raser lebih selamat tak perlu carry duit tunai di tangan banyak²..

Kredit kad nie ada lebih.. ada kurangnya.. memudahkan seperti yg aku nyatakan kat atas.. juga sangat berguna di kala emergency.. yelah.. kot tetengah malam.. sakit.. tak der tunai kat tangan... atm machine pon tak jumper.. bleh lar guna kad plastik tu kan.. dan lagie.. kot lar kan gaji masuk lewat bulan tu.. bleh lar belanja advance dulu guna credit card tu kan.. dan satu lagi.. guna kad nie pon mudahkan kita nak beli produk online.. booking flight.. booking hotel.. etc.. tapi ujung bulan must make sure bayar kasik licin.. jangan jadikan habit bayar minimum payment.. itu akan menjerat diri dengan bunga² cinta sepanjang tahun... bayaran tak pernah surut asyik dok tanggung interest jer... dengan adanya credit card nie juga memudahkan kita nak beli barang ansuran.. pilih lar yg easy payment.. yg telah di-set-kan tempoh bayar baliknya.. dan tidak dikenakan langsung interest... macam kita kumpul duit lar nak beli barang tu.. tapi barang kita dah dapat dulu.. hehehe.. pokoknyer.. nak guna kad plastik nie.. kena bijak... kena paham how it works.. kalau belanjer membuta tuli.. tu yang semput dada bila dapat bil... cam tak cayer laks.. saper yg banjer sumer tu.. and make sure.. every transaction yg korang buat.. rekod... supaya tidak keliru di kemudian hari..

Okeh kepada pengumpul credit card berhemah.. sila lupakan hobi anda sekarang.. terminate lar mana² kad yg korang tak pakai tu.. sebelum korang di-bil-kan dengan cukai RM50.00 itue... :)

***********************************************

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Pemegang kad kredit boleh menjangka melihat jumlah cukai perkhidmatan yang patut dibayar dalam penyata mereka secara berasingan, yang mana dikenakan cukai semasa pengeluaran, pada tempoh genap setahunnya, atau semasa diperbaharui.

Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) berkata sekiranya kad kredit baru dikeluarkan tahun depan sah bagi satu tahun, cukai perkhidmatan RM50 akan dikenakan pada tarikh ia dikeluarkan.

Bagaimanapun, jika kad baru dikeluarkan bagi tempoh lima tahun, cukai perkhidmatan akan dikenakan pada tarikh pengeluaran dan setiap tarikh genap setahun berikutnya.

Bagi kad sedia ada yang sah untuk lima tahun, cukai perkhidmatan akan dikenakan pada tarikh genap setahun pengeluaran bermula 2010.

Ini kerana cukai perkhidmatan RM50 yang akan dikenakan bagi setiap kad utama dan RM25 ke atas setiap kad tambahan hanya berkuat kuasa pada 1 Jan tahun depan, seperti yang diumumkan dalam Bajet 2010.

Persatuan itu berkata cukai perkhidmatan tersebut tidak terpakai bagi kad-kad lain termasuk kad debit, kad petrol, kad caj, kad kesetiaan dan e-wang seperti "Touch n' Go".


2 comments:

.::WaNiE::. said...

Wani xde kredit kad tak berani nak apply pun :p huhuhu

Ena said...

yerla kak.. memg perlu tapi kena pandai guna.. kalo tak... sendiri mau ingat la kan.. tapi jawnag pun pakai.. yerla nama pun bile perlu..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails