.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Tuesday, June 29, 2010

Apa Nak BuAt BiLa KeReTa KeNa CuRi??

Artikel dari email di bawah aku rasakan sangat² berguna untuk dikongsikan bersama pengunjung setia blog aku.. aku kan sayang korang.. tibe² hehehe.. sharing is caring.. aku yakin ramai yang tak tau nak buat apa kalau lar kan.. aku bilang kalau perkara 'kehilangan kereta' nie benar² dialami.. (selisih malaikat.. my car is my leg and my hubby too.. kami mesekin ada satu keta jer pon.. huhu).. jadinya.. beringat sebelum kena dan elok sangat kita belajar dari pengalaman orang lain kan.. Ohh email nie dikirim oleh En.Ibrahim Shah dan aku tak pasti ini pengalaman beliau sendiri atau beliau forward untuk sharing bersama..

*****************************

Berdasarkan pengalaman sendiri saya nak bagi panduan step by step apa yang perlu di lakukan kalau kereta hilang.

1. Kena buat report polis secepat mungkin,call bank yang kita berhutang kereta dah hilang.

2. Call syarikat insuran berhubung terus pengawai yg mengurus bhgn claim tersebut dan tanya dokumen apa yg diperlukan, macam saya dia nak gran, polisi insuran,repot polis berserta resit, saya minta alamat email beliau dan hantar salinan scan gran, insuran dan salinan report polis beserta resit terus ke emailnya, kemudian lepas sejam call balik bertanya dapat tak dokumen saya tu, dia kata dah dapat..kalau dia tak ada email boleh terus poskan direct kepadanya, bila pos lambat sikitlah sampai ke mejanya lebih baik jumpa terus pegawai tu kalau pejabatnya dekat dengan tempat kita tinggal.


3. Lepas seminggu ada adjuster akan call nak jumpa untuk temuramah dan kita kena bawa ke lokasi tempat kereta hilang dia akan ambil gambar dan akan bertanya beberapa soalan, dokumen yg adjuster minta adalah salinan gran, salinan perjanjian dgn bank, lesen, kunci kereta kena tunjuk untuk dia ambil gambar.

(untuk makluman anda, adjuster yg akan nilaikan berapa harga kereta terkini kita yg hilang tu, nilai insuran kereta saya lebih tinggi 15% dari harga kereta dipasaran petunjuk harga mereka antaranya dari auto trader, paper star dll..biasanya mereka ikut harga terkini tetapi tak melebihi nilai insuran...saya bertuah sikit sebab dapat 97% dari nilai insuran sedangkan rata2 harga pasaran adalah 85% drpd nilai yg saya insurankan..alhamdullilah.

Kalau saya tak dapat setinggi tu pening gak nak settle bank maklumlah masa beli dulu tak bayar deposit, jadi nilai kereta dan hutang bank sama ajerla...dengan nilai yg saya dapat tu hanya top up RM80 selesai hutang bank)

4. Lebih kurang 2 minggu lepas adjuster jumpa kita surat dari company insurans akan offer berapa mereka nak bagi beserta beberapa surat yg perlu kita isi antaranya surat yg perlu dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah pergi mahkamah murah RM4.00 je (tapi masa jumpa pesuruhjaya sumpah bawalah sekali salinan repot polis berserta dokumen2 yg telah dan sedang kita berurusan sebab ada pesuruhjaya yg protokol sikit macam saya tunjukkan dokumen offer berserta surat2 yg akan dihantar kembali ke syarikat insuran berserta salinan repot polis), setem hasil RM10.00, isi borang JPJK3, borang yg perlu di sain & cop bank yg kita hutang berserta gran (jika dipegang oleh kita) dan kunci kereta semua di pos ke pegawai yg mula2 kita berhubung tu atau kalau dekat pergi terus ke syarikat insuran tersebut jumpa beliau personally, saya guna pos laju lepas seminggu saya call diorang surat dah sampai ke belum kemudian kena follow up mereka akan hantar ke department yg uruskan cek pula, tu pun saya dapatkan no direct call pegawai tu pula bila nak keluar cek, katanya seminggu yg akan di bayar terus kepada bank kita berhutang dengan cek tapi diorang guna pos juga dan memang benar lepas seminggu bank dah terima cek (tapi kena tunggu gaklah 3 hari cek clear pulak), lepas ni kita berurusan pula dengan bank untuk selesaikan baki yg ada, semua ni saya berurusan melalui phone sahaja makumlah dah pindah negeri, kalau tinggal dekat saya pergi direct sahaja.

Jadi inilah pengalaman sendiri saya berurusan claim insuran untuk kereta hilang dari syarikat insuran etiqa, mungkin syarikat lain sikit caranya, tapi bagi saya etiqa the best sebab tolong cepatkan claim tapi kitapun kena selalu follow up juga.

3 comments:

.::WaNiE::. said...

Ini sangat berguna

Myvitrd said...

jangan sebut ooo..itu je satu2 harta yang ada ..huhuu

baca entri sini

Berhati2 Bila Memakan Produk Ini http://innit.nuffnang.com/view.php?id=241775

Zaidah said...

info yang bagus...sbagai panduan...beringat sebelum kena..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails