.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Thursday, June 3, 2010

KaKaK NaK HooLahOoP!

Birthday Alyaa dah dekat.. aritu satu petang maser aku balik keje.. sedang merehatkan diri di sofa rumah mak..

"Bonda.. kakak nak main macam yang ayah main kat pinggang masa kita pegi Tesco tu.. aritu kakak tengok katun kat tv tuu dia main benda yang main² kat pinggang tu.. haaa kakak nak larr Bonda.." mulut becok berbicara

"Main² kat pinggang?" Aper tu.. walaupon sebenarnya aku dapat tangkap aper yg dia maksudkan.. sebab hari tu kitorang pegi Tesco ada En. Ady dok main mender tu kat pinggang..

"Alaaa... benda yang pusing² kat pinggang tuuu.." Dengan bersungguh² cuba menerangkan..

"Hoolahoop ker?" Aku bertanya.. macam lar dia tau nama mender tu aper..

"Mender tu oolaahooop ker Bonda..?" Bertanya ingin kepastian..

"Yer.. benda tu nama dia hoolaahoop" Sebenarnya aku pon tak pasti apa nama sebenar gegelung yg main kat pinggang tu..

"Kakak nak hoolahoop tu Bonda.." Katanya penuh pengharapan..

"Kakak nak main kat pinggang macam katun tuu.." Merayu lagi..

"Okey.. nanti kakak mintak ngan ayah adiah birthday Kakak.." Aku mengiyakan..

"Beday kakak bukan arinie ke Bonda?" Bertanya lagi..

"Tak lah.. birthday kakak 14/6.. lambat lagie.." Aku menjelaskan..

"Tapi.. hoolahoop tu besar.. mana muat nak masuk kotak.." dia seolah bercakap sendiri..

"Kotak aper laks kakak?" Sajer ingin menduga apa yg difikirkannya..

"Kotak adiah kakak laa! Hadiah beday kakak" Ohooo.. dia tau sumer hadiah mesti dalam kotak..

"Alaa.. tak payah masuk kotak larr.. bagi macam tu jer.." Hikhik.. kelako botol lar anak En. Ady nie...

"Kakak.. kalau kakak nak adiah hoolahoop tu.. kakak kena nyanyi macam nie..." Alyaa memandang aku..

"Bila papa pakai celana.. ulaaa.. ulaahoop... mama geleng kepala.. ulaaaa.. ulaaahooop.. bila mama menari caca.. ulaahoop.. ulaaahooop.. ulalala.. ulaaaahooooppp.. ulahoop.. ulahooop... ulalalalala.. ulaaahooop..!!" Aku sebenarnya tak ingat pon lirik dia.. main hentam jer.. yg aku stresskan part ulaahoop tu.. hehehe... nie lirik lagu tu aku google.. jom nyanyi sama²!!
*********************************

Lagu Bila Mama Pakai Celana ( Versi Rakaman Piring Hitam)
Info: Ciptaan & Gubahan : Allahyarham Tan Sri P.Ramlee AMN
Lirik : S Sudarmaji
Filem: Saudagar Minyak Urat (1959)
Pengarah: Ramon A. Estella

Lirik:-

(Au au au au au au au au au au au au au hula hop)
Bila mama pakai celana (au au au)
Papa garu kepala (au au au)
Bila mama menari cha cha (au au au)
Papa julingkan mata

Bila mama hula hup (au au au)
Bisul papa meletup (au au au)
Bila mama pakai yengki (au au au)
Papa masam sakit gigi

La la la la.. la la
Hu la la la
Hula hup Hula hup
Hula la la la hu la hup
Hula hup Hula hup
Hulla la la la la hup la hup

La la la la.. la la
Hu la la la
Hula hup Hula hup
Hula la la la hu la hup
Hula hup Hula hup
Hula la la la la hup la hup

Bila papa sedang menyanyi (au au au)
Mama menari rock-n-roll (au au au)
Pakai pakai minyak wangi (au au au)
Mama mandi air sabun (au au au)

Papa pakai baju ketat (au au au)
Mama mulai pakai barut (au au au)
Papa potong celana singkat (au au au)
Mama potong rambut kontot

La la la la.. la la
Hu la la la
Hula hup Hula hup
Hula la la la hu la hup
Hula hup Hula hup
Hula la la la la hup la hup
Hu la hop!!

1 comment:

ainnoraini said...

seronokkan melayan kerenah anak2 ni...hilang sket tension bile balik keja tu...tapi kadang2 hilang gak sabarrr..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails