.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Monday, June 14, 2010

HaPPiee FoURtH BiRtHDaY!!

Empat tahun nan lalu ketika ini.. di waktu ini.. aku sedang bertarung nyawa di dalam labour room... mengerah seluruh tenaga yg tersisa... pushhhh... pushhh.. pushhh.... bagai terputus nafas.. kepala bayi yg hampir keluar.. disedut kembali ketika kesekian kalinya aku menaik nafas... mencari kekuatan menamatkan perjuangan ini... ironinya... ketika itu seperti hari ini demam piala dunia sedang melanda...

Masih kuingat.. tak mungkin kulupa... "Sharifah... saya bagi awak peluang terakhir.. kalau tidak saya terpaksa guna vacuum.. masa tu sebarang risiko tanggung sendiri.." perghhh.. sangat psiko doktor itu... dan selepas mendengar kata2nya yang mencabar kewibawaanku.. dengan segala kudrat yg ada Alyaa aku keluarkan dengan teranan yang terakhir... dan... sorakan para nurse juga doktor.. 6 orang semua di depanku bergema seolah melihat jaringan gol.... Alhamdulillah... seolah tidak percaya aku telah bergelar ibu ketika itu...

Bukan mudah melahirkan anak yang pertama... tanpa pengalaman dan hanya berbekalkan sedikit pengetahuan yang gigih kukutip sepanjang membawa kandungan.. cerita2 pengalaman melahirkan yang mengerikan.. segalanya telah kulalui.. hakikatnya.. pengalaman mengandung dan melahirkan rezeki masing2.. ada yang mudah.. ada yang payah... aku?? Rasanya tidaklah sengeri yang diceritakan... mungkin disebabkan itulah aku mengandung tahun demi tahun... kerana perasaan membawa kandungan itu sangat indah sehingga aku selalu merinduinya...

Ketika sakit bersalin itu masih terasa... hatiku cair mendengarkan tangisan pertama dari mulut Alyaa... she is so sweet... sukar kupercayai makhluk kecil inilah yang berdamping denganku selama sembilan bulan... Allah Maha Besar.. mengurniakan kami nikmat mempunyai anak..

Alyaa... Bonda sangat sayangkan Alyaa.. buah hati pertama Bonda dan Ayah... semoga Alyaa terus membesar sihat dan cerdas... menjadi idola dan teladan yang baik buat adik2.. menjadi anak yang solehah.. tongkat Bonda dan Ayah ketika hayat kami masih tersisa... semoga Alyaa menjadi serikandi dunia juga pelita kami di akhirat... Aminnn...

.. HaPpY 4tH BiRThDaY PuTRi ALyAa SaFiAH..



3 comments:

Ena said...

owh.. arini birthday alya ker?

happy birthday!! memg alya seorang yg sangat petah & bijak!! ena pun kagum dengannya.. :)

::Kak Sambal:: said...

Hepi Besday Alya... Kak ina, alya ni cam copy paste muka kak ina jer..

sekadar satu coretan said...

hepy b'day alya....semoga jadi anak yg solehah & bestari...menghormati ibubapa dan mentaati perintah allah
aminnn....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails