Friday, April 30, 2010
WaNiTa iNi Sunggoh HEBAT..
Thursday, April 29, 2010
Contest Seiras Wajah Musim Kedua - Kategori Ayah dan Anak
Nama anak Ayah: Putri Alyaa Safiah binti Ady Putra
Tarikh Lahir: 14 Jun 2006 (dah nak masuk 4 thn)
Contest Seiras Wajah Musim Kedua
Ini aku join untuk kategori ibu dan anak dulu... utk bapa dan anak next entry.. sebab kena buat asing².. senang nak judge yer juri² yg bijaksana... cehhhh.. ayat kipas tak mau mati.. heheh
Kat bawah nie gambar aku ngan Ainna... Muka Ainna nie lain dari yg lain.. macam ayah kata dia nie baby wide screen... jangan besak sok badan wide cam bonda dah lar.. sebab sumernyer lebar... ikut bonda dia.. hahaha
aiSHa tanak minum Susu.. Sangat Risau!
THE FUN THEORY.. Kalau lar Kat M'sia dorang buat macam nie..
Kalaulah stesyen LRT kat Malaysia nie buat camnie... alangkah seronoknyer naik tangga... mesti pastu setiap hari Si Alyaa akan kata kat aku..
"Bonda jomlar kita pegi stesyen LRT.. kakak nak main piano larr.."
Hahaha.. no more playground.. fuhhh.. dasattt.. bukan takat budak².. mak pak budak pon tak sabaq nak p pijak tangga tu..
Wednesday, April 28, 2010
Datok Tok Mana??!
"Tok.. tok... Datok tok mana?".. Bertanya penuh kesungguhan..
"Datok mana??" Mak tak baper paham aper yg cuba ditanyakan si Alyaa..
"Alaaa.. Datok tok tu.. jom lar kita pegi tanah... kita doa² banyak² kasi Datok tok tu hidup.. " Aku mula paham apa yg cuba dimaksudkan.. Alyaa maksudkan Abah aku yang dah meninggal...
"Lailahhaillah budak nie.." Mak mengucap panjang dan kitorang tergelak besar...
Budak² sunggohpon kelakar.. soalan mereka sangat naif dan datang dari hati... dia teringin nak jumpa Tok Abah dia... aku tanya Alyaa dalam keta...
"Kakak.. kalau Datok Tok tu bangun kakak nak buat apa.." ingin kuketahui sejauh mana fikirannya pergi..
"Kalau Datok Tok tu bangun.. kita bawak lar dia jenjalan ngan kita... pegi taman.." Ohh dia nak bawak p jalan²...
"Kakak... Kakak panggil Datok Tok tu Tok Abah... Datok tok tu ayah Bonda.." Aku cuba membetulkan panggilan Alyaa kepada Abahku yg dia tak pernah jumpa...
"Oooo.. Datok Tok tu somi Tok eak.. " Paham pon!
"Haa.. yer larr.. Datok Tok tu dah meninggal..." Kujelaskan lagi biar dia faham...
"Bonda.. kakak tengok kan.. dorang sumer pegi mintak doa.. bila mak bapak dorang meninggal.. dorang doa banyak² dekat tanah (baca:kubur) tu... kita kena doa mak bapak kita kan Bonda" Panjang lebar budak ini berceloteh kalau diajak bersembang...
"Yerlah.. nanti bila Ayah ngan Bonda meninggal kakak kena doa macam tu jugak.." Perbualan terhenti biler Alyaa melayan lagu digemarinya di radio... ikut menyanyi...
PULAU SAH BESAR: Air Terjun Saok
Aku pilih tarikh bercuti pada 17/4 atas sebab hari lain sumer dah fully booked dan juga kerana tarikh 17/4 itu merupakan hari ulangtahun En. Ady yang ku sayang.. Nak dijadikan cerita.. kelam kabut nyer pasal aku bleh terlupa pasal birthday dia... almost half perjalanan baru aku teringat dan wish dia dalam keta.. kira percutian ini sempena meraikan En. Ady lar.. ermmm.. happy birthday yer abg.. semoga dipanjangkan umo diberkati hidup ini dengan limpah dan rahmat dariNya.. tak bleh nak kiss² lam keta... malu lar mak aku ada kan.. hahahah...
Kitorang dah plan baik punya masa untuk dihabiskan pada hari kedua kami di Pulau Sah Besar... xtvt seharusnya yg bersesuaian sbb kami mengelek budak kecik kiri kanan... so.. perkara minimum boleh dibuat... pepagi tu ialah ke Air Terjun Saok... sebenarnya tak sesuai jugak bawak budak kecik ke sini... sbb tempat dia berbukit... (ada tangga) dan batu2 dia licin... takat cuci mata dan mandi2 sikit lar.. mata tak lepas pandang budak2... bahaya.. so idak ler aku enjoy bermandi-manda berendam tak ingat dunia.. bebudak nie cepat sejuk... dan biler dah penat dowang mengantuk... kesian... tak lamer kitorang kat situ... tahan 2 jam jer..
Pepagi tu buat bekal dulu... sandwich sardin, kacang kuda rebus dan air kosong... sangat layan dimakan waktu perut berdenyut kesejukan...
IkHLas TaK MiNta DiBaLaS.. IkHLaSKah KiTa??
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?.......petikan dari Genta Rasa.
Tuesday, April 27, 2010
..TAG dari Zilajai..
************************************
1) pe yg anda akan buat klu member tikam blakang anda?
Aku jadik antu... biar dia tak senang idup.. mati tikam diri sendiri.. uhuuuu.. sangat sadissss! So.. jangan berani tikam belakang aku eh!
2) 6 org di hati anda?
i) Mak aku..
ii)Laki aku..
iii) Anak² aku
iv) Adik beradik aku..
v) Sedara mara aku
vi) Kengkawan dan sahabat handai aku..
3) anda rasa anda comel?
.. entah.. pernah owg kata comel... uwekkk.. uwekkk uwekkk... ehhh pehal laks muntah.. tu maser aku kekecik... kowang tak comel ker kekecik dulu??
4)single or taken?
..taken by En. Ady... anak dah tiga org oiii!
5) blog yg anda suka?
..banyak... tak tersenarai di sini... antaranya blog yg aku senaraikan kat blog aku... ada jugak yg aku tak senarai.. aku bacer dlm diam... syhhhhhhh....
6) adakah bilik anda kemas setiap hari?
..selalunya bangun tido aku susun bantal.. dan pastikan selimut berlipat.. kira kemas lar tu kan... tapi anak² dare En. Ady suka main lompat² atas tu... abis sepah balik...
7) lagu terakhir yg anda dgr ?
Jika kau ubah fikiran.... aku kan setia menanti..... Mila.. kat radio nie haa...
8) last text msg ?
..bos aku yg ngah on the way to Sibu... dia nak carik keta sewa kat sana...
9) last fon call?
..CC kat sini... bagi maklumat pasal seminar setiausaha Jumaat nieh..
10) ari terakhir anda nngis?
..semalam masa nak tido... kenaper.. ermmm... rahsia!
11) list 5 warna kegemaran?
..warna² suam... hahaha.. coklat.. ijo.. merah... biru (eh nie warna sejuk!)...
12) org terakhir anda ber YM ?
..dah lamer tak YM.. kat opis kena blocked.. kat umah tak on pon.. bab ramai org dah off YM kan biler kat umah...
13) game yg anda paling suka ?
..farmville.. tapi dah lamer tak main... sesunggohnyer bertani itu sunggoh melalaikan....
14) adakah anda peminat MCR?
MCR tu haperrr?? hehehe ---> jawapan yg sama jugak lah!
15)ape prasaan anda bila jwb tag ni?
..biler lar nak abes soklan nieh!..
16)anda rase tag ini best?
..boleh ler... biler tak der idea nak update blog..
17) okey tag lagi 10 org?
10??? ramainyer... aku tag sumer yg bacer tag nie... kalau raser nak buat silakan.. ;)
HiDup SeORaNG AlGOJO..
Berbalik kepada hukuman mati ini, ia bukanlah satu proses yang mudah kerana banyak prosedur dan peraturan yang perlu diikuti oleh pihak penjara sebelum dibolehkan melaksanakan hukuman yang menakutkan ini. Untuk itu, Jabatan Penjara Malaysia telah melantik beberapa orang pegawainya untuk menyandang jawatan paling menggerunkan ini yang dinamakan Pegawai Tugas Khas atau `tukang gantung'.Tukang gantung bukanlah satu jawatan yangdiimpikan oleh mana-mana pegawai jabatan ini kerana ia dilihat sebagai satu tugas yang cukup mencabar, baik dari segi fizikal mahupun spirituil.
Memang berat tugasan ini kerana kami boleh diibaratkan sebagai `pencabut nyawa' tetapi kalau bukan kami yang buat kerja tersebut, siapa lagi?'' katanya dalam satu pertemuan baru-baru ini.
Melihat pada fizikalnya sendiri ia sudah cukup menggerunkan. Dengan ketinggian hampir enam kaki dan berat mencecah 100 kilogram, pegawai penjara yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun ini juga mempunyai raut wajah yang cukup garang. Pendek kata, melihat wajahnya sahaja boleh membuatkan banduan `kecut perut'. Pun begitu, beliau mengakui tidak ramai warga Jabatan Penjara waima anaknya sendiri tahu yang di sebalik tugas harian sebagai pegawai penjara, beliau juga sebenarnya menjalankan tugas sebagai tukang gantung. Isteri saya sahaja yang tahu tugas saya ini tetapi kami tidak pernah berbincang mengenainya, saya pun tak pernah bercerita dengan saudara-mara apatah lagi berborak mengenai `kerja' itu di kedai-kedai kopi kerana tiada apa yang perlu dimegahkan dengan tugas ini.
Pendek kata bila bercakap mengenai hukuman mati,semuanya automatik menjadi rahsia... orang tak tahu saya tukang gantung malah saya sendiri pun tidak tahu siapa yang akan saya gantung,'' katanya.Menurut pegawai yang berusia dalam lingkungan 50-an ini, beliau hanya tahu identiti banduan yang akan digantungnya itu kira-kira sehari sebelum hukuman tersebut dilaksanakan.
Katanya, tugas menggantung pesalah selalunya dijalankan pada hari Selasa dan Khamis iaitu di antara pukul 5 hingga 7 pagi.Sejurus sebelum menjalankan tugas tersebut, beliau terlebih dahulu secara berseorangan akan masuk ke bilik banduan yang dimaksudkan sebelum menggari tangan pesalah tersebut ke belakang. Beliau kemudian akan menyarungkan muka pesalah dengan kain hitam dan membawanya keluar dari sel akhir untuk ke bilik gantung sambil dibantu beberapa wadar yang lain.
Sebelum tugas menggantung dilakukan, saya akan mengambil ukuran berat banduan dan ketinggiannya terlebih dahulu... selalunya semakin berat seseorang banduan, semakin pendek tali yang digunakan dan begitulah sebaliknya.Ini penting kerana jika salah perkiraan, ia akan mencederakan leher banduan, silap hari bulan kepala boleh putus dari badan, apa pun saya bersyukur kerana kes seperti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah pelaksanaan hukuman mati di Negara ini,'' katanya. Mengenai keadaan mayat, pegawai tersebut memberitahu, selalunya muka pesalah akan bertukar kebiruan atau kehitaman selepas digantung kerana kekurangan oksigen. Ujarnya, lidah pesalah juga akan terjelir sedikit dan leher akan mengecil hingga sekecil batang penyapu.
Tetapi yang paling menggerunkan, sebaik sahaja ikatan dilonggarkan, selalunya akan kedengaran bunyi`dengusan' daripada mulut mayat berkenaan. Bunyinya seperti ini.... eeeerrrrkkk, ia sebenarnya hasil tindak balas gas dalam badan tetapikalau kita tak biasa, kita mungkin terkejut besar,'' katanya sambil ketawa.
Menurut beliau, sebelum digantung, pesalah akan diminta berdiri di atas sebuah platform. Setelah mendapat isyarat daripada pegawai atasannya, barulah beliau menarik gear' dan platform itu akan terbuka hingga menyebabkan tubuh pesalah jatuh ke bawah. Tidak seperti yang difikirkan oleh kebanyakan orang, sebenarnya tidak ada beban seperti guni pasir atau beg yang diikat di kaki pesalah. Selalunya sebaik sahaja terjatuh ke bawah, tulang leher pesalah akan terus patah atau lari dari kedudukan hingga menyebabkan dia mati serta-merta. Setelah dibiarkan tergantung untuk seketika, mayat akan diturunkan sebelum diperiksa oleh doktor yang bertugas.
Mayat pesalah juga tidak perlu menjalani proses bedah siasat seperti persepsi sesetengah pihak. Ia sekali gus menamatkan cerita-cerita `nakal' kononnya organ pesalah akan diambil untuk dijual dan sebagainya.
Selepas itu, mayat akan diserahkan kepada waris atau keluarga untuk diuruskan pengebumiannya. Kerja-kerja menggantung pesalah akan ilakukan dengan cepat dan pantas... tak sampai beberapa minit pun. Di saat itu tidak ada ruang untuk melakukan kesilapan, semuanya mesti cepat dan sempurna. Kami juga tidak akan bercakap-cakap baik sesama anggota mahupun dengan pesalah dan hanya menumpukan perhatian pada tugasan yang diberi. Matinya pesalah bermakna tugas kami pun selesai, selepas itu kami semua akan kembali menjalankan tugas hakiki masing-masing dan meneruskan kehidupan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku,''katanya.
Mengenai `gangguan' yang diterima sepanjang menjalankan tugas ini, beliau mengakui pernah `dikacau' namun menganggap ia adalah asam garam dalam kehidupan seseorang tukang gantung. Pernah suatu ketika dulu, katanya, ada seorang banduan akhir yang meminta untuk menghisap rokok sejurus sebelum digantung. Pada awalnya beliau bersetuju untuk memenuhi permintaan banduan tersebut tetapi disebabkan faktor masa dan peraturan, beliau terus menjalankan perintah gantung tanpa banyak bicara.
Tiba-tiba suatu malam ketika saya sedang tidur, mayat lelaki yang saya gantung
itu`datang' dalam keadaan terbongkok-bongkok ke bucu katil dan mencuit-cuit tubuh saya. Dia kemudian meletakkan jarinya ke bibir seolah-olah mahukan rokok yang saya janjikan padanya dulu, bagaimanapun dengan hormat saya memintanya pulang' dan dia pun terus menghilangkan diri. Sehingga kini saya tertanya-tanya adakah perkara tersebut memang betul-betul berlaku ataupun cuma mainan tidur semata-mata,'' katanya sambil tersenyum.
Selain itu, beliau mengakui selalunya akan menerima `alamat' beberapa hari sebelum ditugaskan untuk menggantung pesalah di penjara. Antaranya beliau akan rasa panas di belakang leher, berdebar-debar, gelisah dan tidak sedap hati. Selalunya selepas beberapa hari mengalami gangguan tersebut, beliau pasti akan dipanggil oleh ibu pejabat untuk menjalankan tanggungjawabnya. Kalau diikutkan, Jabatan Penjara Malaysia boleh berbangga kerana kita di sini menjalankan tugas dengan seteliti mungkin sehingga tidak ada setitis pun darah yang keluar dari tubuh banduan
yang kita gantung berbanding hukuman tembak dan kerusi elektrik yang dilakukan di penjara-penjara luar negara,'' ujarnya.
Mengenai tali yang digunakan untuk menggantung pesalah, beliau berkata, ia merupakan tali khas yang diimport dari luar negara dan harganya mencecah ribuan ringgit.Ini kerana tali tersebut sangat berkualiti, tahan lasak serta tidak melukakan leher pesalah.Beliau yang mengakui kerap tersentuh hati ketika melaksanakan hukuman gantung menasihati orang ramai supaya menjauhi jenayah kerana ia boleh merosakkan diri sendiri, bangsa, negara dan agama.
Cuma saya minta orang ramai supaya jangan menghina banduan-banduan akhir ini kerana mereka sekurang-kurangnya tahu bila akan mati dan berkemungkinan sudah bertaubat, tetapi bagaimana pula dengan kita? Terus terang saya katakan ada kalanya mayat mereka lebih sempurna daripada mayat orang lain, ada mayat banduan yang saya gantung itu berbau wangi dan ada yang wajahnya berseri-seri serta tersenyum seolah-olah pemergian' mereka dirahmati-Nya,'' ujar beliau.
Sebelum meminta izin untuk berundur diri, beliau berkata kepada penulis:
Saya berharap cerita saya ini dapat memberi keinsafan dan pengajaran kepada kita semua.Ingatlah, seandainya saya sudah menarik `gear' di bilik gantung itu, hanya keajaiban sahaja yang boleh menyelamatkan nyawa banduan tersebut dan sejarah telah membuktikan...keajaiban itu tidak pernah berlaku!''
TeDuNG KePaLa LiMa!!
..orang tu rileks jer.. tak takot pon..
Bantulah Insan Kecil ini...
****************************************************************
Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.
Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.
Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.
Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.
Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.
Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.
2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.
Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.
Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.
Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.
Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.
Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.
Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.
Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.
Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.
Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.
Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.
Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.
***************************
Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.
Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.
Monday, April 26, 2010
Tarian Gelek Nak Dare En. Ady..
Dia Marah Ayah Makan Aiskrim dia..
Maser nie kat Tesco.. semalam seperti biasa beli stok susu budak².. lalu kat belakang tempat R&R kecik tu terdengar lar kata² nie kuar dari mulut si Alyaa..
"Bonda.. nak aiskrim.. nak aiskrim.." Memula aku malas nak beli.. sbb takut cair sbb lama lagi nak p bayar.. sekali dia nak aiskrim cone yg cam jual kat Mc'D tu.. satu singgit.. so.. sebagai Bonda yg mithali.. tentu aku tanak hampakan hati anak aku yg dah mengidam tersangat tu kan.. kitorang pon beli lar sorang satu.. kecuali si Ainna lar.. budak kecik tu suap jer sikit²... dia pandang jer tau org lain sumer dapat aiskrim sorang satu..
Kitorang pon carik lar port untuk lepak sekejap... tempat penuh.. so.. makan sambil berdiri jer.. memula aku suapkan si Ainna.. aku nyer abis.. En. Ady laks sambung suap si kecik tu aiskrim.. ingat ker tak pandai makan... sekali.. korang tgk lar camner marahnyer dia cam video kat atas tu biler ayah lambat suap aiskrim ke mulut dia... ada yg lagi dasat tapi tak sempat nak snap... boleh tahan woo Ainna nie... boleh tahan...
Amitabh Bachchan SAKIT?!
"Lapan tahun lalu ketika melakukan MRI (Imbasan Magnetik Resonan), mereka dapati 25 peratus daripada hati saya telah pun rosak. Oleh itu, saya, secara teknikal atau dalam istilah perubatan, adalah seorang pesakit secara tidak sengaja.
"Seorang pesakit telah menghidap sirosis hati, iaitu keadaan yang lazimnya dikaitkan dengan orang yang suka minum minuman keras. Jadi, inilah saya... seorang yang bukan kaki botol, seorang yang tidak meminum minuman keras, dengan penyakit yang menjangkiti saya menerusi pemindahan darah daripada seorang penderma," Bachchan dipetik sebagai berkata dalam blognya itu. - Bernama (Utusan Online)
*****************************
Sangat sedeh biler kita mendapat penyakit yg tak sepatutnya kita hidapi.. kes Amitabh Bachchan lebih kurang apa yg menimpa abah aku sehingga ke nafas terakhir... abah menghidap liver sirosis akibat pemindahan darah ketika pembedahan tempurung lututnya. Akibat dari pemindahan darah itu abah dijangkita hepetitis C dan seterusnya menderita penyakit itu sehingga ke hujung nyawa.... itulah asbab kematian abah.... :(
Sunday, April 25, 2010
Ada Cawangan Pon Tak Guna!
Jumaat lepas.. aku try login Maybank2u... sekali password aku dah di block.. sebab dah lebih 3 bulan tak pernah login... dan aku call customer service... mintak unlock kan akaun aku.. dia unlock.. tapi due to certain unexplainable factor.. aku masih tak bleh login.. so cara terakhir terpakser pegi ke ATM machine.. buat password baru... so.. keje tu amik maser 2 hari jugak.. aku settlekan lepas aku balik bercuti... and finaly Maybank2u bleh access.. dengan lapang hati aku pon cuba transfer duit yg aku tersalah send ke akaun saving tu untuk bayar credit card.. tapi rupernyer masalah tak settle kat situ... akaun aku freezed.. tak dapat digunakan sebab telah diklasifikasikan sebagai akaun tak aktif... duhhh... gilerrr bengang... aku tepon lagi customer service... dia kata sebab dah lebih 6 bulan tak ada sebarang transaction dibuat melalui akaun tu.. so dia kata aku kena ke cawangan Maybank untuk aktifkan semula akaun tu... buat pengeluaran at least RM10.00... aku tanyer.. memaner cawangan ker? Dia kata yer.. tak kisah cawangan maner pon... ok fine... memandangkan aku keje.. malas lar aku nak buang2 waktu keje semata2 nak p bank aktifkan akaun.. aku pon tunggu lar hari Sabtu.. ada bank yg bukak aritu kan...
Sebelum pegi ke bank.. En. Ady dah surf kan bank cawangan mana yg bukak... nak cari yg sehala utk kami terus ke rumah inlaw nak Puchong... so.. yg terdekat ialah Maybank kat Giant BK.. kitorang pon proceed ke tempat ingin dituju... kelek anak kiri kanan... sampai bank... isi borang... sampai kaunter...
"Maaf Cik.. Hari Sabtu kami cuma terima akaun yang dibuat di cawangan ini sahaja untuk buat sebarang pengeluaran.. kalau cik nak buat transaction di sini cuma pada hari Isnin sampai Jumaat sahaja diterima.." Sangat hampa dengan penjelasan penuh sopan lagi berhemah yang diberikan..
Dalam benak aku tertanya2.. untuk apa yer Maybank membuka begitu banyak cawangan sedangkan untuk uruskan perkara yg mudah macam ni kita terpakser pegi semula ke cawangan asal buku akaun dibuka semata2 sebab hari itu hari Sabtu.. habis buatnya ko bukak akaun dulu kat kg... kat Kedah... ko ada urgent matter nak diuruskan segera... tak kan ko nak kena balik kg... giller!! Pada hemat aku.. penyedia perkhidmatan macam nie sepatutnyer memudahkan orang ramai.. bukan merumitkan lagi keadaan.. ada cawangan pon tak guna... bukan boleh settle keje... buang karan jerrr!
Friday, April 23, 2010
PULAU SAH BESAR: jOM tENGOK BaNGLo..
Hurmmm.. so.. aper yg tak der kat sini... ermmm... satu jer.. tak der sterika.. tapi aku ada tanya En. Alias.. dia kata akan provide upon request.. hurrmmm.. sepanjang tiga hari tu kitorang tak pakai pon sterika.. pakai t-shirt & track jer.. tudung pon yg saruk² tu jer.. senang.. so.. ketiadaan sterika tidak memberi sebarang effect... Ohh yer.. rumah nie juga dilengkapi penyapu.. mob.. baldi dan juga disertakan shower gel dan shampoo kecik utk mandi... yg tak der.. towel (bawak sendiri lar kan).. sabun basuh baju.. kalau ada raser nak membasuh... juga.. yg ketara.. di rumah nie tak der jam... satu pon takder... aku cadangkan BPH sediakan lar jam dinding.. satu pon takper.. nie tetiap kali nak tau waktu.. berlari ke bilik carik hp.. tak pon tanyer laki aku yg pakai jam tangan.. (jam tangan aku rosak.. sampai sekarang tak baiki.. huhuhu..)
Sebelum terlupa.. satu lagi.. RPP BPH nie blogger friendly tau... kat sini wifi zon... so bebas lar bagi blogger tegar untuk berinternet sepanjang berada di sini... tak jadik masalah... no problemo!
Aritu tak tau.. kalau tidak sure bring along the lappy... hehehe
..papan tanda RPP BPH..