..sekarang saya kat umah Tok Long.. nak tengok Ateh Kawen.. penat tau nak p kenduri nie.. sayer letih tido dalam keta..
Wednesday, June 30, 2010
..Pose DaRiNG NaK DaRe En. ADy..
..sekarang saya kat umah Tok Long.. nak tengok Ateh Kawen.. penat tau nak p kenduri nie.. sayer letih tido dalam keta..
..ToK WaN NyaNyi LaGu JePuN..
Tuesday, June 29, 2010
bUdAk tEciK Nie LaR Yg PaLiNG CeRia PaGie Tue..
Apa Nak BuAt BiLa KeReTa KeNa CuRi??
*****************************
Berdasarkan pengalaman sendiri saya nak bagi panduan step by step apa yang perlu di lakukan kalau kereta hilang.
1. Kena buat report polis secepat mungkin,call bank yang kita berhutang kereta dah hilang.
2. Call syarikat insuran berhubung terus pengawai yg mengurus bhgn claim tersebut dan tanya dokumen apa yg diperlukan, macam saya dia nak gran, polisi insuran,repot polis berserta resit, saya minta alamat email beliau dan hantar salinan scan gran, insuran dan salinan report polis beserta resit terus ke emailnya, kemudian lepas sejam call balik bertanya dapat tak dokumen saya tu, dia kata dah dapat..kalau dia tak ada email boleh terus poskan direct kepadanya, bila pos lambat sikitlah sampai ke mejanya lebih baik jumpa terus pegawai tu kalau pejabatnya dekat dengan tempat kita tinggal.
3. Lepas seminggu ada adjuster akan call nak jumpa untuk temuramah dan kita kena bawa ke lokasi tempat kereta hilang dia akan ambil gambar dan akan bertanya beberapa soalan, dokumen yg adjuster minta adalah salinan gran, salinan perjanjian dgn bank, lesen, kunci kereta kena tunjuk untuk dia ambil gambar.
4. Lebih kurang 2 minggu lepas adjuster jumpa kita surat dari company insurans akan offer berapa mereka nak bagi beserta beberapa surat yg perlu kita isi antaranya surat yg perlu dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah pergi mahkamah murah RM4.00 je (tapi masa jumpa pesuruhjaya sumpah bawalah sekali salinan repot polis berserta dokumen2 yg telah dan sedang kita berurusan sebab ada pesuruhjaya yg protokol sikit macam saya tunjukkan dokumen offer berserta surat2 yg akan dihantar kembali ke syarikat insuran berserta salinan repot polis), setem hasil RM10.00, isi borang JPJK3, borang yg perlu di sain & cop bank yg kita hutang berserta gran (jika dipegang oleh kita) dan kunci kereta semua di pos ke pegawai yg mula2 kita berhubung tu atau kalau dekat pergi terus ke syarikat insuran tersebut jumpa beliau personally, saya guna pos laju lepas seminggu saya call diorang surat dah sampai ke belum kemudian kena follow up mereka akan hantar ke department yg uruskan cek pula, tu pun saya dapatkan no direct call pegawai tu pula bila nak keluar cek, katanya seminggu yg akan di bayar terus kepada bank kita berhutang dengan cek tapi diorang guna pos juga dan memang benar lepas seminggu bank dah terima cek (tapi kena tunggu gaklah 3 hari cek clear pulak), lepas ni kita berurusan pula dengan bank untuk selesaikan baki yg ada, semua ni saya berurusan melalui phone sahaja makumlah dah pindah negeri, kalau tinggal dekat saya pergi direct sahaja.
Jadi inilah pengalaman sendiri saya berurusan claim insuran untuk kereta hilang dari syarikat insuran etiqa, mungkin syarikat lain sikit caranya, tapi bagi saya etiqa the best sebab tolong cepatkan claim tapi kitapun kena selalu follow up juga.
KoRaNG DaH TeRMiNaTe KaD UtANG??
Kredit kad nie ada lebih.. ada kurangnya.. memudahkan seperti yg aku nyatakan kat atas.. juga sangat berguna di kala emergency.. yelah.. kot tetengah malam.. sakit.. tak der tunai kat tangan... atm machine pon tak jumper.. bleh lar guna kad plastik tu kan.. dan lagie.. kot lar kan gaji masuk lewat bulan tu.. bleh lar belanja advance dulu guna credit card tu kan.. dan satu lagi.. guna kad nie pon mudahkan kita nak beli produk online.. booking flight.. booking hotel.. etc.. tapi ujung bulan must make sure bayar kasik licin.. jangan jadikan habit bayar minimum payment.. itu akan menjerat diri dengan bunga² cinta sepanjang tahun... bayaran tak pernah surut asyik dok tanggung interest jer... dengan adanya credit card nie juga memudahkan kita nak beli barang ansuran.. pilih lar yg easy payment.. yg telah di-set-kan tempoh bayar baliknya.. dan tidak dikenakan langsung interest... macam kita kumpul duit lar nak beli barang tu.. tapi barang kita dah dapat dulu.. hehehe.. pokoknyer.. nak guna kad plastik nie.. kena bijak... kena paham how it works.. kalau belanjer membuta tuli.. tu yang semput dada bila dapat bil... cam tak cayer laks.. saper yg banjer sumer tu.. and make sure.. every transaction yg korang buat.. rekod... supaya tidak keliru di kemudian hari..
Okeh kepada pengumpul credit card berhemah.. sila lupakan hobi anda sekarang.. terminate lar mana² kad yg korang tak pakai tu.. sebelum korang di-bil-kan dengan cukai RM50.00 itue... :)
***********************************************
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Pemegang kad kredit boleh menjangka melihat jumlah cukai perkhidmatan yang patut dibayar dalam penyata mereka secara berasingan, yang mana dikenakan cukai semasa pengeluaran, pada tempoh genap setahunnya, atau semasa diperbaharui.
Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) berkata sekiranya kad kredit baru dikeluarkan tahun depan sah bagi satu tahun, cukai perkhidmatan RM50 akan dikenakan pada tarikh ia dikeluarkan.
Bagaimanapun, jika kad baru dikeluarkan bagi tempoh lima tahun, cukai perkhidmatan akan dikenakan pada tarikh pengeluaran dan setiap tarikh genap setahun berikutnya.
Bagi kad sedia ada yang sah untuk lima tahun, cukai perkhidmatan akan dikenakan pada tarikh genap setahun pengeluaran bermula 2010.
Ini kerana cukai perkhidmatan RM50 yang akan dikenakan bagi setiap kad utama dan RM25 ke atas setiap kad tambahan hanya berkuat kuasa pada 1 Jan tahun depan, seperti yang diumumkan dalam Bajet 2010.
Persatuan itu berkata cukai perkhidmatan tersebut tidak terpakai bagi kad-kad lain termasuk kad debit, kad petrol, kad caj, kad kesetiaan dan e-wang seperti "Touch n' Go".
Monday, June 28, 2010
Cuti Arinie..!
Ahhh.. tensi gue.. tadik dah berjela taip.. tapi.. sumer dah ilang.. huhuhu... buang masa.. buat penat kepaler otak dan jari jer berteleku depan lappy yg dah uzur inie... biler panas jer harus sumer tergantung... "hang lar" pastu kena restart... aduhhh.. memang bikin atiiii panas... dah bosan kan nak taip balik... entri lepas rindu tadik bertukar kini sebagai entri melepas gewammm... ohhhh... biler lar nak dapat lappy baru nie.??
Ok lar.. dah dua hari umah kosong.. tuan umah balik kampung lar.. sepupu kita kawen... ingat nak wat schedule entry.. tapi tak sempat.. terkochoh ganyah nak packing segala benda.. nak kemas rumah.. settlekan itu ini sebelum berjalan jauh.. (mmg berat kaki nak langkah keluar rumah kalau ada benda yg tak settle.. sgt tak suka biler balik rumah macam tongkang pecah.. hendaknya selalu balik rumah hati raser tenang.. selayaknya rumahku.. syurgaku.. rumah tempat berehat)..
Hurmmm.. arinie yerr.. tak keje.. dedua laki bini charge balik bateri.. letih woo sesekali outstation nie.. walaupun bukan aku yg memandu... sangat kejung urat saraf nie biler terperuk dalam kereta untuk satu jangka waktu yg lamer.. okeh.. jumpa esok yer!
Friday, June 25, 2010
SUBWAY.. No Way!!
Aritu kan kitowang dapat 2 tiket wayang free Screening Karate Kid.. haaa.. baru tau baper lamerr.. memang lamer kan.. heheh.. citer tu memang best bagi owang yg tak suka pk berat2 cam aku nie.. (iyer ker?? Hikhik) Hurrrmmm.. tapi bukan itu yg aku nak citerkan kat sini... nie haaa... aku nak citer pasal tempat kitorang makan sebelum menonton tayangan percuma itue...
"Abg.. jom kita p makan.. Ayang lapar larr.." Kataku menyuarakan hasrat perut yg minta diisi..
"Okey.. tapi abg nak p toilet dulu.. tak tahan.." En. Ady pula menyuarakan panggilan alam yg tak dapat ditahan²..
Selepas itu..
"Ayang nak makan kat maner?" Dia bertanya..
"Yang dedekat dah lar.. pastu kita cari surau.. senang sikit nak tengok wayang" Sambil mataku liar memerhati keliling.. mencari tempat yg dapat menambat selera.. banyak western stye nyer food... okeh raser cam nak merasa ada kat negeri omputih...
"Bang.. jom kita makan kat situ.." sambul muncung kujuihkan ke tempat yg aku maksudkan.. tanpa menunggu jawapan En. Ady.. kakiku telah lebih dahulu melangkah menuju destinasi... membelek² menu di kaunter... set makanan aku tempah.. dan terus mencari tempat duduk.. berdepan tong sampah.. (jauh sikit lar.. tempat tu kecik jer.. jadik tong sampah tu jelas di pandangan mata kami) Aku lepak di situ sementara En. Ady menunggu menu dipesan utk dibayar.. dan mataku tertancap pada si pelayan restoran ini... dia mengutip semua bekas² makanan juga minuman yg telah ditinggalkan pelanggan yg makan di situ.. bagus... bersihkan cepat dari pandangan mata!
Tapi.. yang buatkan aku agak terkejut... Pelayan tu membuang sampah di atas tray itu sedalam²nya ke dalam tong sampah (yg macam kat fast food restaurant biasa tu.. yg jenis tolak mulut dan sumbat isi sampah tu..).. tak cukup dengan tu.. ditekan²nya sampah tu guna tray dia... OMG.. gelinyer aku..
Makanan baru sampai...
..En. Ady menikmati menunya.. sampai terpejam² mata tu.. nikmatnyer eak dapat isi perut..
..aku juga..
..posed lebey² hehehe..
..moral of the story.. lenkali jgn tengok makanannyer sajer... tengok pengendali makanan tu juga.. take time perati sekeliling.. orang yg beriman itu memilih makanan yg bersih sumber juga penggendaliannya... halalan toyyiban!
..e'ehh terselit pulak gambar nie.. di kaunter pengambilan tiket nuffnang..
..iNtiSaRi BERITA HaRI iNi..
..aDa ApA DaLaM HaTi??..
1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk yang lain.
5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yang diminum tetap tak habis juga...lagipun orang tamak selalu rugi..
** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita.(mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak-banyakkanlah bersabar bila hadapi dugaan..contohnya time kerja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dengan apa yang kita ada...
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. - bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh/solehah...
** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA****
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka Dengan dunia ... buruklahh padahnya...
Thursday, June 24, 2010
..Mohon BONUS 2 Bulan..
..Pesanan seorang Mursyid..
Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.. Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.. Bukan pahala kita dapat tapi bala..
Wednesday, June 23, 2010
..HaPpiiE BiRtHDaY SWeEty CuTiE LiTtLe WaRDiNA..
Wardina nie temmmbaaammm lar sangat.. dia nie sebaya ngan anak aku Ainna dan juga sepupu dia Syed Islam anak adik aku... thn lepas kan mak aku timang cucu 3 sekaligus.. tapi idak ler serentak.. memasing selang dua bulan.. dalam tiga² tu Wardina yg lahir paling kecik.. tapi biler keluar.. maksud aku biler dah membesar.. cam sekarang.. dia lah cucu mak yg paling tembam.. tak cayer tgk lar gambar² kat bawah nieh!
Ini lar untungnyer adik badik ramai.. sesekali sambut parti camnie.. tak perlu ajak orang lain.. kami adik beradik jer.. macam nak pecah tempat tu dibuatnyer... bukan senang nak kumpul camnie.. the more the marrier lar kan... sangat enjoy malam tu..
..yang nie laks Bonda Cik Puan Kechik tadi..