.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Wednesday, March 31, 2010

Din BeRaMBOi MaSuK ICU!!

Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
ahmadtajol@hmetro.com.my
2010/03/31

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon, Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali Din Beramboi (gambar), 43, kini dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di Bahagian Kecemasan Hospital Selayang (HS), di sini, selepas mengadu mengalami demam kuat dipercayai akibat jangkitan virus kencing tikus, kelmarin.

Malah, pihak hospital menjelaskan pelakon ‘Wakenabeb’ di ntv7 itu memerlukan darah jenis O dengan segera dan merayu sumbangan darah daripada orang ramai dalam tempoh masa 24 jam.

Sebelum terlantar di HS, Din Beramboi yang juga deejay di Radio Era dipercayai mengalami demam sebelum mendapatkan rawatan di sebuah pusat kesihatan berhampiran kediamannya di Rawang, dekat sini.

Bagaimanapun, selepas menjalani pemeriksaan kira-kira jam 9 pagi, beliau yang turut menjadi juri dalam rancangan Raja Lawak kemudian dirujuk ke HS untuk pemeriksaan susulan kira-kira jam 3.30 petang.

Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran, memberitahu ini kali pertama Din Beramboi mengalami masalah kesihatan agak serius sedangkan sebelum ini, dia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam urusan kerja malah sanggup datang bertugas di konti meskipun demam.

“Bagaimanapun, beberapa hari sebelum kejadian, dia ada mengadu kepada saya mengatakan tidak boleh tidur dan demam menerusi SMS.

“Keadaannya semakin serius semalam (kelmarin) sebelum dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Nazri berkata, Din Beramboi kini dipantau doktor yang menjaganya malah turut ‘ditidurkan’ bagi menjalani pemeriksaan lanjut di hospital berkenaan.

Difahamkan sebelum kejadian, Din Beramboi menggantikan tugas seorang pelakon lain ketika menjalani penggambaran di sebuah zoo di ibu negara.

Bagaimanapun, sejurus selepas selesai penggambaran, pelawak itu mengadu mengalami lemah badan dan kurang sihat kepada isterinya, Suhaini Che Man, berusia lewat 30-an.

Sementara itu, jurucakap HS ketika dihubungi menyatakan, keadaan pelakon itu kini agak kritikal dan sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

*********************************

Petikan berita di atas aku ambil dari MyMetro Online. Berita nie rasernyer mengejutkan banyak pihak.. sebab aku pon terkejut.. dari semalam lagi... sebab dah ada blogger yg blog pasal nie.. ingat ker lawak ker aper ker.. rupa²nyer betul biler tgk TV3 nyer news highlight pagi tadi... dan bacer sendiri berita ini di muka² depan akhbar utama... segala yang berlaku tidak terduga.. kesihatan harta paling mahal di dunia nie.. kesihatan adalah nikmat dari Allah... dan Allah boleh menariknya bila² sahaja... hari ini kita sihat.. kuat.. bergurau gelak ketawa... esok lusa kita sakit.. terlantar.. siapa yang sangka... sama lah juga dengan pepatah yang mengatakan malang tidak berbau... kita tidak pernah mengharapkan ditimpa musibah² yang terjadi... tapi kita juga tidak mampu menghalangnya... hargailah apa yang kita ada... bersyukur dan pelihara amanah diberikan Allah kepada kita... segalanya hanyalah pinjaman... suatu hari harus dipulangkan..

Selalu ingatkan diri dengan segala yang terjadi di sekeliling kita... Allah turunkan musibah sebagai ujian juga peringatan buat kita yg selalu alpa mengingati 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara... muda sebelum tua.. lapang sebelum sibuk.. kaya sebelum miskin.. sihat sebelum sakit dan hidup sebelum mati... aku juga kamu... insan biasa... kita selalu lupa..

Virus Air Kencing Tikus... dikatakan mungkin punca utama Din kritikal dan dimasukkan ke ICU.. Bagaimana virus itu boleh menjangkiti manusia?? Virus ini dikatakan sangat bahaya dan penting bagi kita mendalami penyakit ini... di bawah aku copy artikel juga pengalaman² mereka yang pernah berdepan dengan penyakit ini.. mudah²an bermanfaat buat kita semua...

*********************************

Di Jakarta atau di Indonesia pada umunya, penyakit ini sering muncul setelah banjir. Genangan air merupakan salah satu media penyebar bakteri leptospira yang dikeluarkan oleh tikus lewat air kencingnya. Apabila kulit terluka dan terkena genangan air yang terkontaminasi bakteri leptospira, maka proses penularan penyakit ini mulai terjadi

Leptospirosis merupakan salah satu penyakit zoonosis, yang bisa menular dari hewan ke manusia. Ada banyak serovar dilapangan diantaranya Leptospira canicola, L. pomona. L. icterohaemorrhagiae, L. bataviae, L. harjo dan L. javanica. Pengobatannya sebenarnya relatif cukup mudah, namun apabila terlambat dapat berakibat sangat fatal. Organ yang diserang terutama adalah ginjal. Hati, paru-paru, sistem pembuluh darah dan syaraf juga merupakan target serangan bakteri leptospira ini.

Pada hewan hampir semua jenis hewan dapat terserang leptospirosis, terutama anjing. Masa inkubasi antara 4 – 7 hari. Gejala awal biasanya anjing tidak mau makan, tampak lesu, kemudian diikuti demam, muntah dan dehidrasi. Kadang diare berdarah, sesak nafas dan selaput lendir kekuningan (icterus). Air kencing sangat kuning dan pekat, kadang berdarah . Apabila kerusakan ginjal cukup parah ( bisa dideteksi dengan pemeriksaan laboratorium terhadap fungsi ginjal yaitu ureum kreatinin ) biasanya sangat sulit diatasi, dan anjing penderita akan mati.

Apabila penyakit ini terdeteksi sejak dini, pengobatan dengan antibiotika golongan penicillin masih cukup efektif dan bisa sembuh. Namun biasanya pemilik terlambat membawa anjing penderita ke dokter, sehingga pengobatan pun lambat diberikan. Vaksinasi sebenarnya salah satu cara efektif untuk pencegahan. Namun sayangnya vaksin yang tersedia hanya mengandung 2 – 3 jenis leptospira ( L. canicola & L. icterohaemorrhagiae ), sementara serovar di lapangan tak kurang dari 16 serovar. Dan jenis bakteri yang sering ditemukan dilapangan adalah L. bataviae, L. javanica, L canicola dan L. icterohaemorrhagiae.

Jadi walaupun anjing anda sudah diberikan vaksinasi terhadap leptospirosis, anda harus tetap waspada terhadap leptospirosis ini. Dan yang penting anda harus lebih waspada lagi karena penyakit ini dapat menular ke manusia dan bisa berakibat fatal. Membasmi tikus dan menghindari genangan air adalah salah satu trik pencegahan leptospirosis selain vaksinasi tentunya. (Drh. Amir Mahmud - KlinikHewan.com)

*********************************

Kisah Pertama:

"Tiga tahun lalu ketika pregnant anak sulung, saya berada di semester akhir di Universiti. Ketika kandungan berusia berusia 5 bulan lebih Doktor dapati kelainan pada perut saya dan di refer ke GH di Klang. Setelah di scan didapati hati dan limpa saya membengkak dan Dr suspect hepatitis. Kemudian kerana tak selesa dengan keadaan di hospital itu saya berjumpa Dr Hamid Arshat dan buat pemeriksaan darah. Sebulan selepas itu saya mendapat demam panas selama seminggu dan suatu hari saya merasa sakit dan sukar bernafas. Lalu saya minta untuk ditahan di hospital swasta di Bangsar. Ketika itu kandungan masih baik dan bergerak. Selepas di X-ray saya ditahan di ICU. Keesokan harinya saya merasa begitu sukar bernafas dan anak tidak bergerak lagi dalam perut. Saya merasakan seperti Allah ingin mengambil nyawa dan sempat meminta ampun kepada ayah dan suami yang ada berhampiran. Doktor terpaksa komakan saya kerana kesukaran bernafas dan saya tidak sedar selama 8 hari. Hari ketiga dimasukkan ke hospital. Dr Hamid dapati kandungan sudah turun dan beliau mengeluarkan bayi secara forcep dan menurut beliau bayi saya masih panas bermakna baru meninggal. Ketika itu kandungan berusia 29 minggu. Saya mengalami pendarahan yang teruk dimana darah keluar melalui salur peranakan, mulut dan hidung. Darah baru terpaksa dimasukkan hingga berpuluh-puluh pain mujur ramai datang derma hingga terlebih.

Doktor tidak tahu virus apa yg menyerang. Pada mulanya suspek denggi dan ada sorang Doktor pula dengan yakin telah memberitahu famili saya bahawa saya mengalami leukimia peringkat teruk dan harap keluarga bersedia untuk pemindahan sum-sum. Kami cukup kecewa dengan sikap doktor tersebut yang memberitahu wlaupun belum pasti dan tanpa memikirkan perasaan keluarga saya ketika itu. Esoknya dia kata bukan pula. Keadaan saya ketika itu memang teruk dan temperature memang tinggi. Ramai pelawat yg menitiskan airmata melihat keadaan saya. Kerana terlalu ramai pelawat saya dipindahkan dari katil yg dipisahkan dengan langsir kepada bilik yg pelawat hanya buleh lihat dari tingkap kaca..suami dan ibu hanya dibenarkan masuk..bilik itu memang mahal (ICU)..kerana Dr tak dapat pastikan kuman itu datang dari mana (mungkin dari pelawat ker)... selepas 8 hari saya sedar dan dapati kandungan sudah tiada...ketika itu temperature demam saya naik semula dengan tinggi.

Saya amat lemah ketika itu dan tak berupaya nak bergerak dan tidak selesa dengan darah-darah kering pada hidung dan dalam mulut. Selepas itu banyak hari juga saya langsung tidak dapat melelapkan mata mungkin terlalu lama tak sedar diri. Walaupun sudah 16 hari di ICU ...punca penyakit masih tidak diketahui...Apabila demam sudah kurang Lalu saya dipindahkan ke wad (ketika itu disuruh duduk pun saya akan terlentuk jatuh) dan masih dikawal rapi. Tiada sebarang pelawat dibenarkan masuk kebilik saya (kecuali suami dan ibubapa) dan mereka perlu memakai penutup hidungdan mulut (takut saya kena virus dari pelawat).

Saya ditahan lagi selama 10 hari utk dimasukkan antibiotik (ketika itu memang seksa). Akhirnya doktor mengatakan bahawa saya diserang virus Laptospirosis (virus kencing tikus) yang buleh merosakkan hati limpa, buah pinggang dan jika sampai ke otak buleh membawa maut.Ia masuk ke salur darah. Tidak tahu mana saya terkena virus itu.Tapi selepas saya keluar ada beberapa orang yang kena begitu. Ketika itu juga virus itu sedang merebak di Thailand.

Selama hampir sebulan di tahan dihospital saya terpaksa menahan perasaan sedih kerana kehilangan anak. Saya kena kuatkan semangat untuk cepat sembuh dan keluar dari hospital. Suami saya juga selama itu juga dia berumah-tangga di hospital. Saya tak dapat bayangkan perasaan dia dan keluarga. Kami baru saja 10 bulan berkahwin.

Kerana kemasukkan darah baru juga terlantar lama atas katil serta kehilangan berat badan yg banyak menyebabkan saya lemah untuk berjalan... Saya terpaksa belajar berjalan semula dan berusaha agar tidak mengikut perasaan yang sedih. Saya juga terpaksa menangguhkan study ke semester depan.

Bil hospital pun begitu mengejutkan kami ...dengan bil itu kami hampir boleh memiliki sebuah Proton Waja. Saya tidak melakukan sebarang pembedahan tetapi Ini kerana saya ditempatkan di bilik waktu di ICU dan juga menggunakan alat yg mahal bagi pernafasan . Doktor ada mengesyorkan utk berpindah ke hospital lain ketika itu..tapi keluarga saya mengatakan duit boleh diusahakan tapi nyawa.... Doktor Hamid menyifatkan saya seperti mati hidup semula dan menasihatkan agar tunggu setahun utk pregnant semula kerana keadaan saya yang memang teruk...

Doktor2 yang merawat pun sedih melihat diri saya. Dengan takdir Allah selepas hati, limpa saya mengecut ke saiz asal dan darah sudah stabil , lapan bulan selepas itu saya pregnant. Kini anak kedua saya (lelaki) sudah berusia 2 tahun 4 bulan dan amat lasak. Anak sulung saya yang meninggal itu bayi perempuan.

Selepas kejadian itu saya cukup lagi terkena kerana sudah imun dengan virus itu. Dengan itu berjaga-jagalah dengan haiwan itu dan juga kucing(kencing kucing pun bahaya)."

*********************************

Kisah Kedua:

Baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang kawan saya di Bangi untuk berbual kerana dah lama tak berjumpa. Dia bagitahu yang dia baru jer balik dari menguruskan jenazah di negeri di selatan tanahair kerana salah seorang bapa kawannya telah meninggal dunia kerana disyaki keradangan otak.

Menurut beliau sukar dia nak percaya kejadian yang berlaku kepada arwah kawan bapanya. Kerana arwah nie sihat sepanjang hari sebelum meninggal.

Tiba-tiba jer kena macam strok masa kat umah dia. Terus jatuh pengsan tak sedarkan diri sehinggalah ke akhir hayat beliau.

Keluarga arwah pun bawa ler bapanyer tu ker klinik. Doktor yang periksa arwah nie bagi tahu dia kena strok. Dia terus refer kes ni ke hospital besar. Sampai jer ke hospital terus kes nie dirujuk ke bahagian ER. Doktor yang pekse arwah nie cakap takdelah pulak tanda-tanda kena strok. Bila buat pemeriksaan CT pada bahagian kepala arwah doktor kat situ semua terkejut sebab ada sesuatu kat dalam sistem otak arwah. Bila diaorang check pun check diaorang dapati ada sejenis cairan di dalam otak arwah.

Doktor amik sample apa yang patut pada arwah. Tapi saya tak pasti samada dia amik kat kepala jer atau kat bahagian lain. Bila dibuat ujikaji di makmal doktor kat makmal tu heran macam mana cairan sample yang dia amik tu mengandungi peratusan tertinggi kandungan asid yang sering terdapat pada air KENCING TIKUS.

Semua orang heran macam mana kencing tikus nie boleh ada pada sistem otak arwah. Doktor bertanya dengan family arwah ada ke arwah ambil apa-apa makanan di luar rumah baru-baru nie.

Mengikut family arwah, arwah nie bukan lah jenis yang suka makan kat luar. Dia nie suka makan apa yang masak oleh isterinya jer.Tikus pun tak penah nak ada dalam umah diaorang. Bila diselidik semula barulah family arwah nie teringat yang arwah baru-baru nie ada beli beberapa air minuman dalam tin. kalau tak silap saya air tin bergas. Doktor minta pagawainya ke umah arwah bawa sample dalam air tin tu untuk diuji.

Setelah diuji, kandungan air dalam tin tu tak menunjukkan apa-apa tanda ada kesan air kencing. AKAN TETAPI pegawai makmal menguji sampel padapermukaan air tin tu. Doktor pun dapatlah jawapan macam mana arwah nie kena jangkitan pada otaknya.

Rupa-rupanya air dalam tin tak tercemar, yang tercemarnya adalah permukaan air tin tue jer. Mengikut doktor tu mungkin tikus telahmerayap pada air tin tu sebelum tikus tu kencing pada air tin yang arwah beli.

Kalau dilihat secara fizikal manalah mata kasar kita nie bolehnampak kesan air kencing tikus nie kalau air kencing tu dah kering.

Jadi kepada semua rakyat malaysia, berhati-hatilah bila saudara dan saudari membeli mana-mana barangan jenis tin atau berbentuk makanan yang dipack dari mana-mana kedai atau supermarket kerana dikhuatiri perkara nie berulang. Pasti bekas tin atau makanan dipack yang dibeli dicuci sebelum digunakan atau diminum atau dimakan.

Kita semua pun tahu bahawa tikus nie keje dia merayap kita tak boleh nak salahkan dia dah fitrah dia macam tu.....dan kita pun tahu yang tikus nie membawa pelbagai penyakit. Jadi kita kenalah berhati-hatilah ketika membeli barangan untuk keperluan nutrien dan diet kita seharian.

Akhir sekali kita sedekahkanlah Al-Fatihah kepada arwah semoga roh arwah dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman.

*********************************

Doakan yang terbaik buat Din Beramboi... dia selalu menggembirakan hati orang... menggembirakan hati orang satu perbuatan yang mulia... orang yang suka menggembirakan hati orang lain tidak suka melihat orang lain bersedih... justeru kita harapkan agar keluarga Din tabah dan kuat menghadapi ujian ini... semoga Din Beramboi kuat melawan penyakit yg dideritai dan kembali sihat seperti sediakala... Amin....






4 comments:

illafira said...

kisah din beramboi dah tau ptg smlm .. tu pun dr facebook.. harap2 dia pulih seperti sediakala.. n ramai menderma darah untuk dia. Maklumlah darah jenis O ssh nak didapati..

Ena said...

Panjang n3 akak nie.. tp katam la juge.. sudahnyer abis basah pipi ku ini..hu3x.. cerita yg pertama tu..buat ena x tahan.. syahdu semacam pulak.. taip nie masih meleh lg..hohohohh..

Moga Din beramboi cepat sembuh la kan!.. tu la selalu tiap2 pg dengar celoteh dier..tp klu naik kete la.. hehehe.. sgt mengejutkan kan!
ena darah jebis o tp berat badan x cukup utk derma kat org.. rase mcm dah naik da berat nie.. tp x melepasi had yg dorg tetap kan.. huhu

.::WaNiE::. said...

thanks beb masah kisah2 tu, sebab aku dok ingat gak penah terbaca pasal virus ni.

need 2 b more careful kan :)

aiDieNa said...

illafira.. saya pon berdarah O.. satu family saya n adik beradik darah sama..

Ena.. katam jgk eak.. mmg sedih dedua kisah tu.. update terbaru kata keadaan dia dah stabil.. dan darah dah mencukupi sebab ramai yg turun derma.. so tak apa² kot Ena tak derma.. yg penting niat tu ada..

WaNie.. mmg saya pon pernah terbaca pasal virus nie lamer dulu.. godek² dalam folder² yg saya save.. tapi tak jumpa.. artikel yg tu mmg sgt berguna.. yg saya igt dia ada cakap kalau boleh elakkan minum air tebu.. sebab batang tebu berfungsi kuat menyerap sumer bendasing di sekeliling dia.. bayangkan kalau ada air kencing tikus kat situ...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails