Artikel ini diambil dari Metro 1Klassifieds, Selasa, 2 Mac 2010 dan ditaip semula oleh saya..
Setiap tahun puluhan ribu kemalangan jalan raya dicatatkan, terutama ketika musim perayaan yang bukan saja menyebabkan kehilangan nyawa, malah turut menyebabkan kerugian harta benda, bayaran ganti rugi oelh syarikat insurans, siasatan polis, kes mahkamah serta tekanan emosi di kalangan mangsa.
Sebahagian kemalangan itu boleh dielak jika semua pemandu mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk memastikan keadaan kenderaan sentiasa sempurna, terutama sebelum perjalan jauh, mendapat rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan, bersabar dan mematuhi peraturan lalu lintas.
Kadang-kadang, hanya kerana mahu berjimat atau suka bertangguh, tidak menukar tayar atau pad brek yang sudah haus menjadi punca kemalangan maut, menyebabkan kehilangan orang tersayang.
Berikut ialah sedikit panduan yang diharap dapat membantu pembaca menjadi pemandu berhemah.
1) SENTIASA memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan tegaskan penggunaannya kepada penumpang.
2) JANGAN memandu melebihi had kelajuan. Patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had kelajuan dibenarkan dalam apa jua keadaan.
3) SENTIASA kekalkan jarak selamat antara kereta dengan kenderaan di hadapan. Jika memandu ketika hujan lebat, kekalkan lebih jarak antara kereta dengan kenderaan di hadapan atau belakang.
4) KETIKA memandu, kita tidak dapat menjangkakan ada pemandu lain yang melakukan kesilapan. Jangan bergantung kepada pengguna jalan raya lain untuk memastikan keselamatan anda.
5) JANGAN pandang secara tepat lampu kereta dari arah bertentangan kerana ia menyilaukan mata. Pandu lebih ke bahagian kanan dan menjadikan garisan putih sebagai panduan sehingga kereta bertentangan berlalu.
6) SENTIASA peka dan berhati-hati jika sebuah kereta membelok dengan tiba-tiba untuk mengelakkan lopak air atau lubang besar di jalan rayua atau mengelakkan kon pembahagi jalan atau kereta rosak.
7) MEMANDU dalam keadaan cuaca buruk terutamanya ketika hujan lebat sangat sukar. Tayar kereta mungkin hilang kuasa tarikan pada permukaan jalan basah. Pandulah kereta dengan perlahan jika jalan dibenuhi air.
8) KETIKA memandu di lebuh raya, sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar.
9) JANGAN biarkan emosi menguasai gaya pemanduan anda kerana ia menyebabkan keburukan dari kebaikan. Awasi tahap panas baran ketika menggunakan jalan raya.
10) ELAK memandu jika letih. Jika penat, berhenti dan keluar dari kereta seketika dan lakukan senaman ringan menyegarkan badan atau berhenti menikmati secawan kopi yang pastinya membuatkan diri lebih segar dan peka.
11) ANDA dinasihatkan memandu kenderaan diselenggara dengan baik. Periksa sistem penyejukan, sistem brek, tahap cecair brek, tali sawat, tayar, minyak enjin, lampu dan penggilap cermin sekurang-kurangnya sekali setiap minggu.
12) PERHATIKAN kereta di hadapan selama 15 hingga 20 saat atau lebih untuk melihat dan menyedari sesuatu situasi merbahaya atau sebarang masalah bagi mengelakkannya, supaya anda boleh menekan brek dengan pantas.
13) JIKA anda ingin mengubah lorong, sentiasa pandang ke belakang menerusi cermin supaya mendapat kelegaan dan keyakinan berbuat demikian.
14) PERIKSA keadaan tayar kereta anda. Pastikan tekanan angin mencukupi dan corak tayar masih ada untuk mendapat pemanduan serta cengkaman baik. Ia menjamin keselamatan anda ketika di jalan raya terutama sekali sewaktu memandu dalam cuaca buruk
15) TEMPAT paling selamat untuk kanak-kanak ialah bahagian tengah tempat duduk belakang. Kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah haruslah ditempatkan dalam tempat duduk khas dan dipasangkan tali pinggang keselamatan.
2 comments:
Hehe.. pemandu berhemah akak nie.. sy nie jarang la memandu skrg nie..
tp tips nie memg bagus.. tp wat org laki yg kurg kesedaran termasuk la asben ku itw.. x sesetengah jer la.. x la sumer kan.. teruk nau ler kalau sumer peraturan dilanggar.. ehehehe
Berhemah tu idak ler sangat biler roh Schumacher merasuk lupa diri jugak haku nieh! Hehehe...
Post a Comment