.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, March 26, 2010

Kesiannya Azean.. Benjy Ditahan Semula..

Salam.. rasernyer satu Malaysia dah tau kisah anak pelakon veteren Azean Irdawaty yang sangat aku minati lakonannya ini ditahan semula setelah beberapa minit dibebaskan atas ikat jamin ibunya..

Sesungguhnya aku dan seluruh rakyat Malaysia rasanya terkejut ketika pertama kali diumumkan di kaca TV berkenaan penangkapan Benjy kerana terlibat dengan dadah.. pagi tu kami sedang bersiap untuk ke tempat kerja seperti biasa sambil² mendengar summary berita² di akhbar hari itu di TV3.. aku ingatkan aku tersilap dengar sebetulnya... dan hari itu jugak sibuk menggodek internet mengenai kesahihan berita yang aku dengar... dan.. aku juga kecewa apabila membaca faktanya.. kes masih dalam siasatan.. ibu maner yg tak sayangkan anak... bayangkan perkara yang sama menimpa ahli keluarga kita.. nauzubillah... sudah tentu kita tak senang duduk... risaukan keadaan orang yang kita sayang di penjara... sangat menyiksakan.. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..


Semasa menyaksikan Kak Yan ditemubual dalam rancangan TERJAH.. aku turut mengalirkan air mata apabila menyaksikan Kak Yan menangis.. begitu kasih seorang ibu.. kepercayaannya terhadap anak tidak berbelah bagi... mendoakan yang terbaik tidak kira dalam apa jua keadaan..


Lakonan menyentuh perasaan Benjy dalam Kerana Cintaku Saerah mmg meninggalkan kesan kepada sesiapa sahaja yang menontonnya..

Personally.. aku berharap Benjy dibuktikan tidak bersalah sekiranya dia betul² teraniaya.. sesungguhnya Allah menduga manusia melalui pelbagai cara... hikmah apa tersembunyi di sebaliknya tak dapat kita tentukan... aku doakan agar Azean.. tetap tabah berdiri di belakang anaknya tidak kira beliau bersalah atau tidak... kerana saat² seperti ini kasih sayang ibulah penguat semangat si anak...

Jangan sesekali kita seronok melihat org lain ditimpa musibah.. berdoalah utk kebaikan dan kesejahteraan bersama.. sesungguhnya kita tidak tahu.. ujian apakah pula disediakan Allah untuk kita..
Siapalah kita hendak menghukum orang...

2 comments:

Ena said...

tu la kan.. cam x percaye jer bace cerita pasal benjy nie..

aiDieNa said...

Apa²pon kita harapkan yg terbaik... yg baik jadikan tauladan.. yg buruk kita sempadankan...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails