.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, March 5, 2010

Masyarakat Sudah Tenat.. Pesakit Mental di Mana²..

Gambar dr google image


Salam... aku yakin mesti ramai yang dah naik darah tingginya.. sakit jantungnya.. pilu hatinya dengan isu yang menjadi² dlm masyarakat kita sekarang... isu penderaan kanak²... biler barah penderaan ini akan berakhir??? Aku sudah tidak tahan mendengarnya... membacanya... sakit hati iniiiiii.... mengapa dijadikan mereka manusia sekiranya hati mengalahkan binatang!!

Aku punya tiga anak... bukan mudah untuk melahir dan membesarkan mereka... bukan mudah untuk melihat mereka sakit... inikan pulak jika melihat mereka terseksa didera! Aku benci!! Aku benci!!! Aku BENCIIII!!!! Tolong asingkan mereka pendera² berhati HITAM dari menjadi barah dalam masyarakat ini... kehadirannya tidak dirasai... kesakitan diberikan membawa MATI!!

Belum pon reda berita kematian adik Syafiah Humairah diterajang dengan boot bola.. timbul pula kisah bayi 18 bulan adik Haresvarra dipijak jirannya sampai mati! Sebelum 2 kes ini korang mesti ingat lagi kes bayi lima bulan yang mati didera dan diliwat awal tahun ini...

Ini semua kerja gila.. gilaaa... hanya org yang tidak waras sahaja sanggup lakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan seperti ini.. apa yang mendorang pelaku bertindak demikian? Cara bagaimanakah kita selaku manusia normal menghalang kejadian² begini dari berulang........ dunia kini sungguh menyedihkan...

Sebagai seorang yg beragama... praktik dan amalkanlah ajaran yang kita anuti.. isi kekosongan rohani dengan amalan ibadah kepada yang Esa.. sesungguhnya sembahyang yang diterima Allah menjadi benteng kita dari melakukan kejahatan..

Sebagai seorang insan bermaruah... jaga adab dan kesopanan.. batas dlm pergaulan.. jauhi maksiat.. elak zina... maka tidak akan lahir anak² tidak berdosa yang dibuang di merata²... jangan kerana kenikmatan sesaat kita menanggung sesalan sepanjang hayat... menggugurkan bayi/membuang anak yang dilahirkan itu satu dosa yg besar... tiada bezanya anda dengan pembunuh..... dan lebih dahsyat lagi membunuh zuriat sendiri! Berzina itu satu dosa!.. sudah terlanjur? Bertaubatlah.. bertekad untuk berubah.. jangan gugurkan.. buang.. bunuh.. hasil kerakusan nafsumu... anak itu dihantar sebagai peringatan.. Allah mengetahui perbuatanmu... supaya kamu berhenti menganiaya diri sendiri... sejahat² kamu tentu sekali tidak kamu sanggup memegang tiket percuma untuk ke neraka..

Sebagai ibu dan ayah.. sekiranya kedua²nya bekerja.. pastikan anak anda di bawah jagaan orang yang boleh dipercayai.. jika menggunakan pembantu rumah.. jangan menaruh sepenuh kepercayaan.. keselamatan anak di atas tangan kita bukan pembantu rumah... jika dihantar kepada pengasuh... pastikan dulu latar belakang orang yang kita harapkan untuk menjaga anak kita itu... dan oleh semua sebab di atas.. aku merasa amat bersyukur dapat bekerja dengan tenang disebabkan emak sudi menjaga anak²ku... terima kasih emak... kerana menyayangi cucu²mu...

Sebagai seorang individu... pilih lah pasangan yang betul² terserlah daya kepimpinannya.. yang penuh dengan kasih sayang.. teman yg mempunyai nilai suami atau isteri gred A... yang dapat membentuk zuriat anda dengan kasih sayang... jika terserlah buruk perangai jangan dipilih juga dengan harapan si dia berubah.. bila?? Secara tidak langsung... anda telah memperjudikan nasib anda anak beranak.. berdoa selalu kepada yang Esa... membentuk seseorang perlukan kekuatan Jiwa orang yang membentuknya...

Sebagai masyarakat... jadilah rangkaian individu yang bertanggungjawab.. prihatin dan sensitif dengan setiap isu semasa dan perubahan yg berlaku di sekeliling anda.. sekiranya anda tunggul dan kayu sekalipun... anda masih boleh bertindak... laporkan setiap perkara yang tidak patut terjadi di kawasan kejiranan anda kepada pihak berwajib... setidak²nya anda telah melepaskan tanggungjawab anda kepada mereka yang lebih arif.. jangan berdiam diri!


No comments:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails