.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, December 3, 2010

..PerSeDiaAN BuAt AnAK HaDaPi DuNia..

Macam² kisah pelik² masyarakat kita sekarang.. biler bacer akhbar seram sejuk jer badan nie.. dah lar cuaca memang sejuk.. risau macam maner lar keadaan anak² kita akan datang.. kita tak mampu nak jaga dorang sepanjang masa... tak selamanya mereka akan bergantung pada kita.. zaman sekarang.. susah nak percayai sesiapa lagie.. gunting dalam lipatan.. pagar makan padi.. gunting dalam selimut.. benda yang dulunya kita rasakan mustahil dah jadi satu perkara biasa..
Tertuduh, Mohd Sairi Munajar@Munajat, 56, yang cacat kedua-dua tangannya dipenjara 10 tahun dan enam sebatan semalam selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan merogol remaja berusia 13 tahun di asrama pekerja di Kampung Dalam, Ayer Hitam pada Oktober 2009.  ** Berita penuh
Pelindung apa yang mampu kita beri pada anak² kita?  Kita mesti nak keje dan jalani kehidupan ini dengan tenteram dan tenang... bagaimana nak damaikan hati bila kita hidup dalam era jenayah yang menjadi²??

i)  Anak kita cukup akal... bercakap dan berbicara dengan jelas dan terang... agar pemikiran mereka dapat berkembang dan memahami secara telus melalui kaedah dua hala... soalan dan penerangan.. jangan biarkan soalan mereka tergantung tanpa jawapan.. bagi mengelakkan mereka mencari jawapan sendiri dan tersalah pula menafsirnya..

ii) Selalu bertanya tentang aktiviti seharian yang dilakukan mereka.. galakkan mereka untuk berkongsi cerita dan perasaan.. hapuskan ruang keterbatasan berbicara antara anak² dan ibubapa..

iii) Kukuhkan ikatan kekeluargaan.. ingati tarikh² penting.. raikan bersama.. berikan hadiah.. berikan penghargaan.. supaya anak² kita tahu bahawa mereka dikelilingi keluarga yang sayang dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.. supaya mereka akan kembali pada keluarga ketika diri dalam dilema dan diselubungi masalah.. supaya mereka tidak mencari alternatif lain yang tidak sesuai untuk menyelesaikannya..

iii) Kukuhkan pegangan agama dan akhlak dalam diri anak kita.. ajarlah sembahyang dan mengaji.. jelaskan apa yang baik dan buruk.. perlakuan dan akibatnya... syurga dan neraka..

iv) Kenali semua kenalan anak² kita.. sahabatnya.. musuhnya (kiranya ada).. guru²nya.. secret admirer-nya... tahu di mana mereka tinggal.. setidak²nya no. tel. BFF anak² kita.. galakkan mereka bergaul secara sihat.. terangkan batas² pergaulan yang perlu ada dalam percampuran individu samada lelaki ataupun perempuan apabila anak kita menginjak dewasa..

v) Berikan anak² tanggungjawab dan kepercayaan.. supaya mereka merasakan mereka sebahagian daripada kita.. mempunyai peranan dalam menentukan baik buruknya hasil tindakan atas satu² perkara..

vi) Berikan anak² ruang membela diri.. dibicarakan dan diadili sebelum kita jatuhkan hukuman.. dalam mendidik ibu bapa perlu tegas tetapi memahami keadaan yang dihadapi anak².. kenapa dan mengapa satu² perkara itu terjadi..

Apa lagi yang boleh dikongsikan.. sudi² berikan pandangan..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails