.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Wednesday, December 15, 2010

..3 HaRi TeMaNi MaYaT iBu.. OMG!!

Tiap² hari dihidangkan dengan berita² mengejutkan.. korang dah bacer berita pagi nie... sedihnya.. sayunya hati aku biler tengok muka budak nie.. tak terbayangkan trauma yang dilaluinya.. biler aku tengok budak nie aku teringat anak aku si Alyaa.. dorang sebaya... sanggup dia tunggu di sisi ibunya yang dah mati tiga hari... dah berulat.. berbau busuk... Ya Allah.. besarnya dugaan budak sekecil ini... semoga dia dilindungi... **sangat sebak. :(


SIBU: Kasih anak kecil yang tidak mengerti apa sebenarnya berlaku menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kelaparan dan ditemui tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang sudah berulat dipercayai mati akibat dibunuh kira-kira tiga hari lalu di sebuah rumah teres di Jalan Hua Kee, di sini.

Ketika ditemui jam 4.30 petang semalam, kanak-kanak itu duduk tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang terlentang di atas tilam dalam bilik tidur dengan kesan kecederaan di badan dan telinga kanan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Zamani Hamdan, berkata kanak-kanak berkenaan ditemui anggotanya yang bergegas ke lokasi selepas mendapat laporan pemilik rumah yang didiami wanita berumur 34 tahun itu apabila terhidu bau busuk.

Katanya, pemilik rumah itu pada mulanya ke rumah yang didiami ibu tunggal terbabit untuk memungut sewa bulanan sebelum curiga apabila panggilannya tidak berjawab sebelum terhidu bau busuk meloyakan daripada dalam rumah itu.


“Dia menghubungi polis yang kemudian membuka pintu dan menemui sekujur tubuh dalam keadaan sudah berulat terlentang di atas tilam di dalam bilik tidur.

6 comments:

LYaFRINA said...

kesiannya kat anak kecil tu.. :-(

Ena said...

sori kak komen ni lari dari topik akak..

ena tak mampu nak share dengan sesiapa.. semua entry ena hanya kiasan saja.. sekadar utk kurangkan beban yg tertanggung...

cuma ena mohon.. doakan agar hati ena tak semakin keras.. ena pun dah macm org bisu skrg.. baik di rumah mahupun di ofis.. sesekali aje keluar suara ena.. ketawa juga sudah hilang.. yg ada mungkin sedikit senyuman..

Liza said...

Sebaknya rasa.. Kesian budak tuh.. tak mengerti apa2...

~aSHa~ said...

siannye kat dia..mesti bila dah besar dia mengerti apa yg terjadi kepada ibunya..

sw33tdarling.com said...

OMG!! kesiannya budak tuu.....!!

Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG

JaSSNaNi said...

memang kesian..
semoga pembunuh ibunya di berkas dan menerima hukuman secepat mgkn.. (geram tul aku)
kesian anak ni.. aku pun ade anak besar ni.. camne la dia lalui malam2 dgn mayat ibunya tu.. adooiiii.. pembunuh durjana..!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails