.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Tuesday, December 22, 2009

Apakah DISLEKSIA??

Korang pernah dengar perkataan "Disleksia" atau in English "Dyslexia".. pernah jumpa atau kenal dengan org yang mengidap gangguan ini? Aku ada.. adik aku sendiri.. aku detect adik aku ada disleksia sewaktu menonton satu rancangan kesihatan di TV.. dan aku perhatikan keterangan yang diberikan mempunyai persamaan dengan apa yg dihadapi adik aku.. Bagai terpanggil.. aku ingin berkongsi pengetahuan berkenaan penyakit ini dengan korang sumerrr.. Sebenarnya masih ramai yg tak aware dan tahu pasal penyakit nie.. kebetulan aku terbaca rintihan seorang ibu menceritakan pengalaman anaknya yg menghadpi disleksia.. tapi sebelum aku paste email yahoogroup tu... elok kita faham dulu apakah yang dimaksudkan dengan disleksia melalui hasil godek mengodek di internet....

____________________________________________________________________

Terdapat banyak sangat info berkenaan masalah disleksia yang boleh dikutip dari internet.. tapi aku amik brief infos yg basic melalui http://ms.wikipedia.org/wiki/Disleksia yang mengatakan bahawa:

Disleksia terdiri daripada dua perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.

Ciri-ciri penghidapnya

Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
1) Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
2) Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
3) Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'.
4) Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
5) Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
6) Sering berlaku di kalangan lelaki.
7) Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
8) Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Punca-punca Disleksia
Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Rawatan
Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.

_____________________________________________________________________________________


Korang tau... ada ramai pengidap disleksia yang berjaya hidup dan terdiri daripada mereka yang terkenal.. to name a few mereka ialah:

1) Seorang saintis: Albert Einstein



2) Perekacipta: Thomas Edison

3) Usahawan: Richard Branson

4) Ahli politik: Winston Churchill & John Kennedy

5) Kepala Ketenteraan: George Patton

6) Wira Sukan: Jacky Stewart, Muhammad Ali

7) Pemuzik/Penyanyi: John Lennon, Cher

8) Pelakon/ Entertainers: Anthony Hopkins,Whoopi Goldberg, Robin Williams, Keanu Reeves

9) Penulis: Agatha Christie

10) Pembuat Filem: Walt Disney
_____________________________________________________________________________________

Ini lah email yang aku maksudkan... korang baca.. agak sedeh kalau perkara yang sama terjadi terhadap anak kita... pengalaman orang.. juga panduan berharga buat kita kongsikan bersama..

Salam,

Sekadar berkongsi cerita,

Saya mempunyai anak disleksia yang berumur 8 tahun. Tahun depan anak saya memasuki
darjah 3. Memang banyak dugaan mempunyai anak begini. Bila kita bercakap atau menegur
pastinya sekejap aje dia faham dan dengar. Dan bila berjanji untuk ke sesuatu tempat atau
beli barang dia akan bertanya setiap hari.

Saya baru mengenal pasti anak saya Disleksia tahun ini.. dia sentiasa dimarahi dan dipukul oleh cikgu-cikgu [Sekolah Kebangsaan dan sekolah Agama] kerana tidak dapat salin kerja sekolah di papan hitam, perkataan-perkataan tidak lengkap dan kerja sekolah tidak siap. Saya tak salahkan cikgu. Cikgu pula tidak memanggil saya untuk berbincang berkenaan masalah anak saya. Cuma airmata siapa tidak menitik bila kita balik bekerja petang dan melihat mata anak kita bengkak menangis. Anak saya pula tak akan beritahu saya sebab mata dia bengkak. Saya dapat tahu pun setelah seminggu apabila dia bersedia bercerita. Salah satu cerita dia yang tak dapat saya lupakan, beg dia dibaling keluar kelas dan dihalau keluar kelas serta dihantar ke bilik guru disiplin untuk dimarahi kerana dikatakan malas menyiapkan kerja sekolah. Disindir supaya tak payah bersekolah jika malas. Saya diam aje.. mendengar cerita dia, terkedu, tapi di belakang dia saya menangis kerana tak dapat membantu dia dengan masalah dia hadapi dengan cikgu. Cuma cikgu kelas dia di sekolah agama sahaja yang memahami keadaan dia.. daripada dia takut bersekolah kerana asyik kena marah, sampai dia x ponteng sekolah semata-mata kerana perhatian cikgu itu. Menyayangi anak saya dan sentiasa memujuk dia dan memberi semangat. [Anak saya mmg takut nak pergi sekolah takut kena marah]. Cikgu tu memang penyayang kepada murid2 dia.

Saya pun pada mula ingat anak saya malas kena marah jangan cakap lah. Saya dah monitor segala kerja-kerja sekolah yang diberi cikgu.[Kadang-kadang bila saya tanya dia bgtau dia xde kerja sekolah, dia siap cek buku-buku dia depan saya lagi nak tgk ade kerja sekolah ke tak]. Tapi saya jadi x percya bila pergi sekolah ade kerja sekolah tak siap. jadi setiap kali balik kerja saya akan tgk setiap buku latihan dan buku tulis utk sekoalh kebangsaan dan sekolah agama. Dalam seminggu tu ade lah 3 kali kena jumpa kwn dia waktu malam utk buat kerja sekolah yang dia tak sempat salin di papan hitam. Saya dan suami dah jangka something wrong with him, bila saya dapat mengenal pasti anak saya disleksia [saya dapat info dari artikel hari ahad di dalam suratkhabar tahun lepas] Artikel daripada Puan Sariah daripada Persatuan Disleksia.

Terkejut saya dan suami apabila membaca artikel tersebut, sebab dari artikel itu ade contoh perkataan, huruf dan nombor yang anak saya pun buat kesalahan yang sama iaitu terbalik dan tingkah laku dia. Kami siap pergi kedai buku dan menempah untuk membeli buku Disleksia, bnyk info di dalam buku itu. Saya dan suami bawa dia untuk membuat ujian disleksia dgn Puan Sariah. Anak saya disahkan mempunyai disleksia di tahap yang tidak membimbangkan. dia kena perlu berlatih mengenal huruf dan nombor secara betul.

Saya juga faham cikgu-cikgu tak boleh hendak mengenal pasti kelemahan setiap murid. Sebab murid-murid ni ramai. Jadi apabila anak saya memasuki tahun 3 nanti, saya akan serahkan surat pengesahan anak saya disleksia kepada semua cikgu kelas yang terbabit dengan dia nanti. Saya berharap apabila cikgu menghukum dia biarlah berpada dan mengharap cikgu memahami masalah anak saya.

Anak saya bagus dalam pelajaran. tak pernah dapat nombor last dalam kelas disebabkan disleksia. Oleh itu, ibu bapa diluar sana jangan terus menghukum anak kita dengan istilah 'LEMBAB' atau "MALAS" tanpa mengenal pasti punca dan sebab.

Sampai sekarang, jika dia menulis dia pasti akan salah kenal pasti huruf "d" dan "b, "p" dan "q"
"s" "r" pun terbalik. Nombor "3" "5" "7" pasti terbalik. Saya sentiasa ingatkan dia untuk membaca balik perkataan yang dia tulis jika ada membabitkan huruf tersebut.
contoh perkataan - 'bapa' jadi 'dapa'

Memang faktor utama SABAR. Kalau tidak memang anak saya tu asyik kena marah aje. Semua itu dugaan dan ujian dari ALLAH SWT kepada saya dan suami. Membuatkan kita sentiasa bersyukur dengan keadaan kita sekarang ini.

_____________________________________________________________________________________

Email yang lain pula..

assalamualaikum warahmatullah.

dulu anak no 3 saya mengalami "infantial dylexsia".. dileksia yang berlaku masa usia kanak kanak.. oleh kerana saya menyedarinya sewaktu dia akhir darjah satu, saya sendiri telah mengajar dia membaca setiap hari .. masa tu nak habiskan satu baris ayat pun punyalah payah. tapi saya buat setiap hari (waktu pagi) boleh lah dia membaca sikit sikit. tulisan dia tetap ada yang terbalik hinggalah dia ke darjah 6. keputusan peperiksaan dalam kelas pun amat tidak memberangsangkan.. saya teliti perkembangan dia setiap hari.. hinggalah masalah dia di tahap minimal. saya tak marah, tengking, atau keluarkan tinggikan suara..

saya bersabar dengan itu, dan saya amat berterimakasih kepada guru gurunya, kerana walaupun mereka tak faham masalah anak saya ni mereka sabar dalam mendididik..

memang kefahaman dan kesabaran yang tinggi perlu bagi ibu bapa yang ada anak bermasalah seperti ini... yang penting jangan sampai dia bosan, jemu, dan takut untuk belajar.....

by the way anak saya tu sekarang ni adalah HO di putra jaya

_____________________________________________________________________________________

salam.

saya pun mempunyai masalah anak disleksia.itupun sahabat ditempat kerja yang perasan. saya bekerja sebagai seorg pendidik di IPTA.last 2 yr masa cuti sekolah saya bawa anak saya ke ofis sbb dia kurang sihat.kebetulan dalam bilik saya ada white board,so anak saya ni dok menconteng mcm2 perkataan la kat situ...(masa tu umur anak saya 6 thn).dan dlm bnyk2 contengan dia tu dia ada tulis nama dia..sahabat saya kebetulan berada disitu pun menegur..kak anak akak ni ada masalah ni..saya tanya kenapa?dia tulis nama dia terbalik,bila saya amati mmg betul...dia tulis gaya kita menulis jawi-nama dia AFIQAH IWANI- tapi dia tulis INAWI HAQIFA.mula dari ctu sahabat saya mula berceritakan perihal anak sedara dia yg sama perangai mcmanak saya ni.

Anak saya ni agak aktif,walaupun adakalanya malas nak membca @ mengulangkaji pelajaran tapi masa exam keputusan yg dia dapat tak pernah mengecewakan saya.xspecially matematik.dia sanagt bagus dlm matematik.

Cuma masalah yg saya hadapi ialah suami saya tak boleh terima yg anak kami mengalami masalah disleksia.Dia kata anak kami tak sakit apa.saya terangkan pd dia apa itu disleksia pun dia xnak amek pusing.pada dia anak kami xde masalah apa2.

Kadang2 dia selalu marah saya sbb katanya saya mengajar anak terlalu keras.sedangkan anak saya perlukan pengawasan dan perhatian yang lebih.pada saya sabar je lah banyak2.

_____________________________________________________________________________________

dan email yang terakhir..


Salam Sejahtera,

Saya pun ingin tumpang sekaki berkongsi pengalaman. Anak sulung saya disahkan disleksia pada umur 7 tahun selepas saya dapati dia tidak mahu langsung ke sekolah. Saya dan suami pun membawa anak untuk ujian bertulis dengan Puan Sariah di Pejabat Persatuan Disleksi di Jalan Kuantan dan ke UH untuk dapatkan pengesahan doktor. Confirm anak saya memang disleksi.

Oleh itu dia tidak disarankan menyambung pelajaran di sekolah lama. Malah cikgu dan pengetua di sekolah lama pun awal2 dah beritahu, mereka tidak mampu nak beri perhatian kepada anak saya seorang. So, saya dan suami bertanya ke pejabat pelajaran di Shah Alam mengenai sekolah yang sesuai untuk anak-anak istimewa. Alhamdulillah kami bertemu sekolah yang sangat2 membantu - Sekolah Kebangsaan Seri Indah, Taman OUG, KL.

Biarpun saya tinggal di Bandar Kinrara 2, Puchong dan jarak rumah dengan sekolah lama anak tak sampai 5 minit, saya tidak kisah terpaksa menghantar anak ke sekolah lain. Tidak ada perkhidmatan bas atau van, biarpun puas kami bertanya sana sini sebab kedudukan sekolah jauh dari rumah - dalam lingkungan 10 km.

Puan pengetua dan guru-guru pendidikan khas di sekolah kebangsaan Seri Indah sangat2 membantu. Daripada tidak boleh ingat huruf atau kenal nombor, tidak boleh membaca, sekarang anak saya sudah boleh membuat karangan pendek, boleh mengira, membaca Iqra tahap 2, membaca buku bahasa Inggeris dan bahasa malaysia. Sekarang kami sedang asuh untuk dia hafal sifir dan bakal menempatkan dia untuk sekolah agama. Anak pun dah pandai urus diri, mengoreng telur dan berkomunikasi dengan sepupu-sepupu lain.

Anak saya sekarang berumur 12 tahun dan akan memasuki darjah 4 kelas biasa tahun depan. Itupun atas inisiatif guru pendidikan khas yang menyelitkan anak saya ke kelas biasa. Kalau tidak, anak saya mungkin masih dalam kelas khas. Demi masa depan anak, saya daftarkan diri dia di Kebajikan Masyarakat. Setiap tahun, anak saya akan mendapat imbuhan untuk dirinya dari Jabatan Kebajikan Masyarakat - dulu RM350 sekarang dah RM650 setahun.

Saya tidak kisah jika anak saya lambat dari usia sebenar untuk meniti alam persekolahan, asalkan anak saya pandai membaca dan boleh menjaga dirinya, saya teramat-amat bersyukur. Saya yakin ada rezeki selebihnya untuk anak saya dan saya amat yakin Allah Maha Adil dan Maha Pemurah.

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak lembam/disleksi, jangan bersedih. Allah Maha Kaya, setiap kejadian itu ada hikmahnya. Redha dan bertawakal dengan ujian Allah kepada kita.

- lily madom
_____________________________________________________________________________________

Agak risau jugak dengan anak aku... sebab salah satu faktor disleksia ialah daripada keturunan.. harapnya dia tidak menghadapi masalah itu.. kita sebagai ibubapa kena selalu peka dengan tumbersaran anak kita.. kalau ada yang tak kena.. bantulah mereka menghadapi keadaan itu dengan sabar.. berikan sokongan dan jangan putus asa..

Dapatkan maklumat seboleh mungkin berkenaan permasalahan dihadapi anak agar kita tahu cara yang paling sesuai untuk membantu mereka...

1 comment:

Salwa Radwani said...

assalamualaikum admin,
saya telah terbaca blog puan berkenaan dengan disleksia.
Saya merupakan pelajar di UKM.
Saya dan kumpulan saya sedang melakukan kajian dan dalam proses membuat modul pembelajaran disleksia yang memerlukan bahan tempatan. Modul berkenaan merupakan hasil usaha sama antara UKM,UNESCO dan DAM. Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai emel2 yang diperoleh oleh puan berkenaan pengalaman disleksia. Saya sertakan emel saya utk puan hubungi sekiranya puan tidak keberatan
salwa_radwani@yahoo.com

Kerjasama puan amat saya hargai.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails