Alhamdulillah... aku amat bersyukur dikurniakan suami yang baik.. penyayang.. dan ringan tulang... tidak susah mengharapkan bantuan suamiku menguruskan anak² sementelah.. itu merupakan perkara paling asas yang dia tahu buat.... tapi... jangan terkejut... ada mata² yang memandang dan tidak suka dengan usaha murni yang dilakukan suamiku seikhlas hatinya demi kasih dan sayangnya terhadap anak dan isteri.... suamiku menyuarakan.. bahawa membuat susu.. memandi... memcuci najis anak bukanlah satu bebanan kepadanya... kerana dari segala kerjaan itulah dapat dia lahirkan kasih dan sayangnya sebagai seorang bapa dan keprihatinan tanggungjawabnya sebagai seorang suami....
Aku tidak boleh tamak membolot semua tugas membesarkan anak² kepada diriku seorang kerana seorang bapa juga berhak meluangkan masa menguruskan keperluan dan keinginan anak² dari masa ke semasa.... sedar atau tidak sebenarnya... dari xtvt itulah wujudnya bonding atau ikatan yang kuat antara ayah dan anak yg tidak dapat dilahirkan dengan kata²... Anak² bertambah rapat dengan ayah... kerana ayah memainkan peranan tidak kurang pentingnya dalam membesarkan mereka....
Selaku seorang ibu juga bonda kepada anak²ku... tidak sekali² tugasan menguruskan anak aku lepaskan sepenuhnya kepada suamiku... Tidak sekali² juga aku mengambil kesempatan di atas segala kebaikkan yang ditaburkan... Kami punya prinsip memberi dan menerima... dan bagi kami apa yang paling penting adalah kerjasama.... bila suami memandikan anak... aku akan menyiapkan pakaiannya.. bedakkan... juga kemaskan rambutnya... jika anakku muntah... suami bersihkan anak... aku bersihkan muntah... jika anak kencing di tempat tidur.. suami bersihkan anak tukarkan pakaian.... aku bersihkan tempat tidur... basuh tilam.. dan jemur untuk dikeringkan... jika anakku nakal.. dimarahi suami... aku akan redakan tangisannya dan memahamkannya kenapa dimarahi..
Ketika aku masak di dapur... suami melayan anak di depan... ketika aku sudah mengemas... suami pula buang sampah... bila aku basuh baju.. suami yang akan menyidai basuhan... bila jemuran kering kami lipat pula sama²... tiada istilah... itu tugas siapa ini tugas siapa... bantu membantu telah diamalkan dari dulu....
Tapi adat lah manusia... ada masa lelaki yang rajin pun malas juga... dan ketika itulah sang isteri mula menjeruk rasa... terutama ketika bantuan amat diperlukan bagi melakukan sesuatu tugas yg agak payah untuk diselesaikan seorang diri tidak diendahi... dan ketika itu pula sang suami tidak menyedari kealpaannya.... sang isteri melakukan kerja seorang diri... ketika itulah sendu menggamit hati... teringat kata² nan indah... segala ikrar dan janji sebelum termeteri ikatan di tangan Qadhi... "Abg janji.. bila kita kawen... kita keje sama²... kita buat keje rumah sama²... bila abg dah stabil... Ayang duduk rumah... jaga anak jer.." terkadang suami² yang baik hati ini perlu juga prihatin... perhatikan masa dan keadaan... hulurkan bantuan saat anda betul diperlukan.... jangan biarkan isteri anda terkial² menyelesaian kerja yang payah seorang diri....
Orang hanya melihat apa yang mereka nampak... tetapi mereka tidak tahu keadaan sebenar yang tersirat.... aku pohon... buat mereka² yang memandang yang dasarnya kelihatan seperti aku ini "Queen Control"... tolong betulkan pandangan matamu.... aku belum sampai ke tahap itu.. dan belum pernah terniat di hati ini untuk mengawal segala gerak geri suamiku... dia bebas berbuat apa sahaja sekehendak hatinya... nilai aku jelas.... aku setia bersama suamiku selagi dia setia bersama denganku.... kasih kita sesama makhluk tidak kekal.... kasih pada Allah yang abadi..
Kalian mata² yang tidak senang memandang dengan cara kami.. tidak senang dengan kebahagian yang kami miliki... lagakanlah kami dengan segala nistamu... sesungguhnya Allah itu maha melihat.. Dia Maha Adil lagi Saksama... Tiada yang dapat kamu sembunyikan dariNya.. walau hanya sekecil kuman niat jahat yang tersirat pasti akan tersurat jua.. Mudah²an pembalasan setimpal akan kau terima atas apa yg kau usahakan.. semoga masih ada belasNya kepadamu... berhentilah menghukum orang dari pandangan mata kasarmu.... sesungguhnya engkau telah membunuh akal warasmu........
Bila kita mencari yang sempurna.... semakin terserlah kekurangan pada diri kita... bila kita tidak tahu menghargai apa yang kita ada.... ia akan pergi tanpa kita duga.... satu jari menuding orang.. empat lagi menuding siapa?? Fikirkanlah..................
No comments:
Post a Comment