.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Thursday, December 24, 2009

Itu HaKiKat..

Di satu malam yg hening.. sedang si isteri sibuk melaksanakan tugas rutin seorang isteri yg senantiasa cuba menyenangkan suaminya.. (banyak keje rumah nie.. kalau nak citer mmg tak akan habisss...) Memandangkan hari dah lewat dan sang suami pulak sibuk mengadap komputer mengisi masa lapangnya.. si isteri pon bersuara....

"Abg.. tolong siapkan baju anak²..." dan semestinya esok hari Isnin.. putaran kerja pejabat bermula semula.. dan esoknya juga anak² akan dihantar ke rumah ibu si isteri memandangkan kedua² suami dan isteri bekerja... (baju anak² adalah untuk dibawa ke rumah nenek anak² pasangan tersebut yg dititipkan sebagai penjaga sepanjang kedua ibubapa anak² tersebut menjalankan tanggungjawab seorang pekerja yang makan gaji)..

Sang suami tanpa banyak tanya melangkah dgn malas ke bilik anak² di mana letaknya almari pakaian mereka..

Setelah beberapa ketika di bilik itu.. "Yang.. abg tak tahulah.."

"Yang... meh lar jap.." Dipanggil kali kedua... si isteri berjalan ke arah bilik di mana suaminya berada dengan penuh tanda tanya..

"Kenaper..?"

"Nie haa.. abg tak reti.."

"Laa.. tak kan lar tak tau.. kan dah banyak kali ayang bagitau abg.."

"Sebelah sini baju pakai siang.. sebelah sini baju pakai malam.. yg atas baju baby.. yg tengah baju Aisha.. yg bawah sekali tu baju Alyaa.."

"Yer larr.. Selalu kan Ayang yg buatkan sumer nieh.."

"Abg nie.. memang lar Ayang buat sumer selamer nie.. tapi abg kena lar jugak amik tau.. mana tau esok ker Lusa ker Ayang mati.. saper nak buat sumer keje nie..?"

"Abg nak harapkan saperr?? Abg kena buat sendiri jugak kan... dorang tu anak² abg.."

Sang suami terdiam... memandang isterinya... adakah dia sedeh jika isterinya pergi dahulu... adakah dia memahami mengapa isterinya melatih dia menjaga anak²... dia sedar.. dia tidak akan dapat menidakkan hakikat itu... yang pasti... salah seorang dari mereka akan ada yang meninggal dan ditinggalkan... itu lah hakikat kehidupan.. tapi... janganlah kedua²nya meninggal... kasihan anak² pada siapa bergantung harapan...

No comments:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails