Itulah bahananya biler kematian disabitkan kes jenayah... tak tenang jenazah.. tak tenang.. hidup susah.. (yelah.. perhatian orang sana sini..) mati pon susah.. mudah²an kematian kita nanti dipermudahkan olehNya..
*******************************
LOS ANGELES: Kubur Michael Jackson mungkin terpaksa digali semula dalam usaha peguam mempertahankan doktor peribadinya daripada tuduhan membunuh.
CONRAD...hadapi tuduhan. Menurut sumber, peguam bela Dr Conrad Murray bercadang untuk mencabar keputusan bedah siasat ke atas mayat penyanyi berkenaan yang mengaitkan kematian Raja Pop berkenaan dengan salah laku perubatan.
Antara lain, Michael (gambar atas) dikatakan menemui ajal kerana diberi ubat pelali Propofol berlebihan.
Kata sumber itu, peguam bela Murray mahu membuktikan bahawa Michael - yang menyambut ulang tahun ke-52 jika hidup, semalam - mungkin maut kerana mengambil dadah lain.
“Justeru, mereka menuntut supaya kubur penyanyi itu digali supaya ujian baru dapat dijalankan sebelum Murray dibicarakan tahun depan,” katanya.
Antara kemungkinan yang boleh dikesan adalah tanda tusukan jarum yang bukan dilakukan suspek.
Sumber itu berkata, pasukan peguam bela Murray akan cuba meyakinkan hakim bahawa tubuh Raja Pop itu gagal berfungsi selepas berdekad-dekad menerima pil penahan sakit dan ubat pelali.
Jika berjaya, katanya, hakim mungkin mengetepikan tuduhan membunuh secara tidak sengaja yang dikenakan ke atas Murray.
Pada masa sama, ketua peguam, Ed Chernoff, mendapat lampu hijau bagi menjalankan ujian semula ke atas sampel tisu Michael yang diambil dan disimpan dalam peti sejuk selepas dia mati pada Jun tahun lalu.
Sementara itu, rakan keluarga Michael berkata, berita itu amat membimbangkan mereka.
“Mereka menguburkan Michael dengan harapan dia dapat berehat dengan aman, tetapi berita ini amat memualkan,” katanya.
Menurutnya, peguam akan cuba mendapatkan keputusan ujian terkini dan jika ia berbeza daripada apa dilaporkan koroner, mereka mempunyai alasan kuat untuk mencabarnya.
“Langkah selanjutnya adalah menggali semula kubur Michael dan menjalankan ujian baru,” katanya. - Agensi
1 comment:
tak sudah2 lagi kes nie kan!..
Post a Comment