.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Tuesday, August 3, 2010

..OMG.. bangkai buaya ditemui di Port Dickson..


Korang dah tengok paper??! Cepat² p tengok.. dasyat.. cerita tentang kewujudan buaya di Port Dickson nie dah lamer.. macam² email berkenaan reptilia ganas itu diterima melalui email.. terjawab sudah teka teki selama ini... ikan besar lar.. ikan yu lah... kenapa tanak berterus terang?? Buaya Tembaga Air Masin tu spesis ganas... bila² masa boleh menyerang.. dan selama itu juga nyawa orang ramai dipertaruhkan semata² menjaga periuk nasi orang² yang berkepentingan di situ.. heh.. nyawa tiada galang gantinya...

****************************************

ARKIB : 18/01/2010

Perhilitan nafi ada buaya di Port Dickson

SEREMBAN 17 Jan. - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Negeri Sembilan (Perhilitan) mengesahkan kawasan Pantai Batu 4, Port Dickson selamat dan bebas daripada ancaman haiwan berbahaya.

Pengarahnya, Ishak Muhamad berkata, selepas pemantauan rapi, pihaknya menolak sama sekali dakwaan seorang lelaki bahawa dia menjadi mangsa serangan buaya di kawasan terbabit.

"Anggota kami menjalankan siasatan dan pemantauan setiap hari selepas menerima laporan kononnya terdapat kehadiran buaya di kawasan pantai itu.

"Di negara ini hanya terdapat dua jenis buaya air masin iaitu buaya tembaga dan buaya julung.

"Walaupun kedua-dua buaya ini merupakan buaya air masin, namun ia tergolong dalam jenis amfibia, di mana habitatnya berada di kuala sungai kerana memerlukan air tawar untuk hidup," katanya di sini hari ini.

Ishak berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung kes seorang posmen Mohamad Helme Leman, 25, dari Melaka yang mendakwa diserang seekor buaya ketika mengunjungi pantai tersebut 2 Januari lalu.

Beliau juga menafikan andaian buaya itu datang dari Sungai Linggi di sempadan negeri ini dan Melaka hingga ke pantai itu ekoran faktor jarak yang terlalu jauh.

"Jarak Sungai Linggi ke tempat kejadian sejauh 12 kilometer dan ini agak mustahil kerana buaya itu memerlukan air tawar untuk terus hidup," katanya.

Tambah Ishak, berdasarkan kecederaan yang dialami mangsa, ia didapati tidak seperti bentuk serangan seekor buaya.

"Buaya membaham dengan cengkaman yang kuat dan tidak akan melepaskan mangsa.

"Kebiasaannya, buaya menyerang dengan memutarkan mangsa beberapa kali ke kiri dan kanan selain menggolek badannya di kawasan darat bagi melemah atau mematikan mangsa.

"Saya difahamkan tiada saksi yang nampak kerana ketika itu hanya dia seorang sahaja. Jika itu dakwaannya saya menafikan ia akibat buaya,'' ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, orang ramai tidak perlu bimbang untuk mengunjungi pantai Port Dickson kerana kawasan itu selamat dikunjungi.

Dalam laporan Utusan Malaysia 13 Januari lalu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Abdul Wahab Samsuddin turut menafikan dakwaan bahawa kecederaan mangsa berpunca daripada serangan reptilia tersebut.

****************************************
Ini gambar kaki posmen yang kena gigit itu mengikut sumber Oh!Tidak.Com




Bangkai buaya tembaga seberat hampir satu tan ditemui di Port Dickson

Orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar dengan seekor buaya tembaga yang telah mati dipercayai ditembak di Ixora Permai, Tanjung Agas, Port Dickson, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



TELUK KEMANG 2 Ogos - Memang benar ada buaya di Port Dickson!

Buktinya adalah penemuan bangkai seekor buaya tembaga berukuran 5.48 meter dan ukur lilit 2.43 meter dengan berat lebih kurang satu tan di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas, Port Dickson di sini hari ini.

Penemuan itu menggemparkan penduduk sekitar yang sebelum ini hanya mendengar khabar angin mengenai kehadiran reptilia itu di pantai berkenaan sehingga bangkai haiwan itu ditemui terdampar berhampiran Kolej Uniti Pasir Panjang kira-kira pukul 12.45 tengah hari ini.

Kisah buaya di Port Dickson pernah menjadi topik hangat pada Januari lalu apabila seorang pemuda dari Melaka mendakwa kakinya digigit oleh reptilia itu sehingga cedera.

Bagaimanapun, kisah itu dinafikan Jabatan Perikanan negeri serta Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) selain kerajaan negeri.

Penduduk yang menemui bangkai buaya tembaga itu, Suhaimi Salim, 35, berkata, ketika itu dia memancing bersama-sama rakannya di lokasi berkenaan.

''Pada awalnya saya nampak satu objek seperti sebatang kayu besar dihanyutkan arus dan terapung di permukaan laut tetapi selepas dihampiri kami terkejut apabila objek itu adalah bangkai seekor buaya yang besar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, dia bersama beberapa rakan yang lain menarik bangkai buaya itu ke pantai selepas yakin reptilia berkenaan sudah tidak bernyawa lagi sebelum menghubungi anggota polis dan orang ramai untuk mengesahkan penemuan bangkai berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, lokasi kejadian bertukar menjadi 'pesta' apabila orang ramai mula berkumpul untuk menyaksikan bangkai haiwan itu dari dekat.

Kata mereka, selama tinggal di Port Dickson dan berkunjung ke Tanjung Agas, ini adalah kali pertama reptilia sebesar itu ditemui oleh penduduk.

Bagi Mohd. Farez Mohd. Said, 19, dia percaya reptilia berkenaan datang dari kawasan paya bakau Sungai Linggi dan berada di laut untuk mencari ikan di pesisir pantai.

''Kami memang biasa memancing di situ dan penemuan bangkai buaya ini menakutkan kerana ia besar," katanya.

Bagi Azay Mohd. Safri, 30, pula, dia tidak menduga ada buaya 'tersesat' di laut dan ia boleh mengancam nyawa manusia lebih-lebih lagi pada waktu malam dan ketika reptilia berkenaan kelaparan.

''Tentulah kami terkejut kerana ada buaya di laut Port Dickson," ujarnya.

Dalam pada itu Penolong Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Mohd. Zafifi Ramli berkata, pihaknya akan menyiasat kewujudan bangkai buaya di Tanjung Agas itu dan punca kematian haiwan itu.

''Kita akan menjalankan kajian terhadap bangkai buaya itu dengan bantuan kakitangan Zoo Melaka," ujarnya.

****************************************



5 comments:

ayah,ummi, farish said...

menakutkan betul...seb baik maya nie jenis x suker mandi laut

Ena said...

huh! besar gila.. tengok gak tadi kat paper.. memeg seram jekk..

baru nak percaya kan!.. tu la mesti tak buat kajian secara menyeluruh sbb hanya beradaian pd teori semata.. sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup.. haihHH!

~aSHa~ said...

uish bahaya ni kalo benda bahaya tidak disebarkan..mesti ada anak2 nya jugak kan

.::NiK's WiFeY n MoMmY::. said...

agak nye buaya sesat kan..tp lin mmg suka mandi laut~~ plan ngan hubby nak bawa anak2 pi langkawi..tak pun, kalau hujg tahun ni ada sepupu nak kawen, balik melaka, nak cuti2 kat PD je la..baca paper pagi tadi, rasa nye PD tak jadi kot!..hehehe :P

eynda said...

Scarynya!!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails