.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Monday, August 30, 2010

SeLaMaT HaRi KeMeRDeKaAN Ke-53

MERDEKA!! Merdeka!! Merdeka!  Apa erti merdeka pada kaca mata korang.. dulu tok nenek kita berjuang harta dan nyawa demi memberikan kita keamanan hari inie.. kita tak hidup di zaman itu.. jadi kita tidak tahu betapa perit dan susah yg terpaksa mereka hadapi... kita bebas dari jajahan... tapi.. adakah kita bebas sepenuhnya..

Pada aku.. merdeka melalui sudut berbeza.. aku rasa..

Bebas dari keluarga.. berdikari itu Merdeka!

Bebas dari sebarang salah laku jenayah itu Merdeka!

Bebas dari dosa.. (mungkinkah??) Merdeka juga!

Bebas dari hutang satu Kemerdekaan!

Bebas dari jajahan minda itu Merdeka yang mesti ada pada setiap manusia.. berpegang pada jati diri berpaksi kekuatan rohani yang terisi dengan keimanan dan keluhuran jiwa..

Bagaimana menyambut Merdeka??  Berpesta ria bergumbira jantan betina tak ada beza.. ohh..jangan begitu..  ingat sekarang bulan Ramadhan.. hari Kemerdekaan jatuh pada bulan barakah.. hormatilah kedaulatan negara.. kesucian Agama.. jangan ada lagi anak² tidak berbapa dibuang sana sini sembilan bulan dari sekarang.. Merdekakan diri dari keruntuhan akhlak dan kedaifan moral.. Merdekakan diri dari hasutan nafsu serakah tidak bernokhtah... yang perempuan jagalah diri.. letaklah hargamu tinggi²... yang lelaki jadilah perwira.. jaga dan hormatilah mereka yang lemah... kamu dilahirkan sebagai pemimpin.. tunaikanlah fitrahmu itu............ Oh yer.. 10 hari lagi puasa.. zakat fitrah jangan lupa.. ;)

Akhir kata... bersyukur lah kita menikmati kemakmuran hidup dalam keadaan tenteram dan aman.. bersyukur masih mampu memberi anak bini makan tanpa sekatan.. bersyukur boleh keluar kemana² tanpa kerisauan.. (walaupon sebenarnya masih perlu hati².. penyangak sekarang di sana sini..) Bersyukur menjadi Rakyat Malaysia..........

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-53
"1Malaysia Menjana Transformasi"



OMG.. Kubur MJ Nak Digali Semula..

Itulah bahananya biler kematian disabitkan kes jenayah... tak tenang jenazah.. tak tenang.. hidup susah.. (yelah.. perhatian orang sana sini..) mati pon susah.. mudah²an kematian kita nanti dipermudahkan olehNya..

*******************************

LOS ANGELES: Kubur Michael Jackson mungkin terpaksa digali semula dalam usaha peguam mempertahankan doktor peribadinya daripada tuduhan membunuh.


CONRAD...hadapi tuduhan. Menurut sumber, peguam bela Dr Conrad Murray bercadang untuk mencabar keputusan bedah siasat ke atas mayat penyanyi berkenaan yang mengaitkan kematian Raja Pop berkenaan dengan salah laku perubatan.


Antara lain, Michael (gambar atas) dikatakan menemui ajal kerana diberi ubat pelali Propofol berlebihan.

Kata sumber itu, peguam bela Murray mahu membuktikan bahawa Michael - yang menyambut ulang tahun ke-52 jika hidup, semalam - mungkin maut kerana mengambil dadah lain.

“Justeru, mereka menuntut supaya kubur penyanyi itu digali supaya ujian baru dapat dijalankan sebelum Murray dibicarakan tahun depan,” katanya.

Antara kemungkinan yang boleh dikesan adalah tanda tusukan jarum yang bukan dilakukan suspek.

Sumber itu berkata, pasukan peguam bela Murray akan cuba meyakinkan hakim bahawa tubuh Raja Pop itu gagal berfungsi selepas berdekad-dekad menerima pil penahan sakit dan ubat pelali.

Jika berjaya, katanya, hakim mungkin mengetepikan tuduhan membunuh secara tidak sengaja yang dikenakan ke atas Murray.

Pada masa sama, ketua peguam, Ed Chernoff, mendapat lampu hijau bagi menjalankan ujian semula ke atas sampel tisu Michael yang diambil dan disimpan dalam peti sejuk selepas dia mati pada Jun tahun lalu.

Sementara itu, rakan keluarga Michael berkata, berita itu amat membimbangkan mereka.

“Mereka menguburkan Michael dengan harapan dia dapat berehat dengan aman, tetapi berita ini amat memualkan,” katanya.

Menurutnya, peguam akan cuba mendapatkan keputusan ujian terkini dan jika ia berbeza daripada apa dilaporkan koroner, mereka mempunyai alasan kuat untuk mencabarnya.

“Langkah selanjutnya adalah menggali semula kubur Michael dan menjalankan ujian baru,” katanya. - Agensi


..TiAp TaHuN ToKei SOGO bERTaMBaH KaYA!!..

Assalammualaikum.. selamat pagi.. wah.. jalan adalah sangat lengang pagi tadi... smooth and steady.. cepat jer sampai opis arinie.. ramai kot yg balik bercuti kan.. especially orang² Selangor yg bercuti Nuzul Quran.. then membawak ker Merdeka... lama tu cuti... ada ker yg sambung cuti sampai raya??  Ehehee.. itu baru sakan... aku amik cuti 5 hari jer sempena Raya... korang beraper hari?? Cuti dah ujung² tahun nie tak lar banyak.. lepas cuti raya tinggal lar saki baki kot² kena emergency.. maklum.. owg ada anak nie tak sama ngan owg bujang... cuti tu simpan tuk dorang jer banyaknyer..

Sabtu aritu pegi SOGO.. menyambung misi yg tak kesampaian minggu lepas... Ya Allah.. pack nyer ngan kereta.. ngan manusia... giller ramai.. sampai aku pening nak tengok maner barang.. maner orang.. entah baper jutaan lar SOGO buat time Raya camnie.. untung²..

Sebelum sampai destinasi dituju.. biasa tawaf ler cari parking..pasal tu jer dekat setengah jam.. yer lah.. as expected.. jalan sana sini tutup... boring larr!  Kitorang parking maner??  Last² masuk parking Maju Junction jer.. next time parking jer situ.. senang pon senang.. murah pon murah.. RM5/flat rate Sabtu Ahad...

gambar dari http://www.maltastar.com

Kitorang menapak dari Maju Junction ke SOGO.. sampai jer terus mulakan misi.. kena cepat.. tak tahan duduk lama² dalam tu.. sesak pulak nafas nie... kalau tak tahan takyah lar pegi.. takot pengsan!  Aku main ambik jer baju² agak² sesuwai ngan anak² dara kami di rumah... aritu bawak Ainna jer shopping sama.. sib baik dia tak banyak songeh sangat.. cuma dedekat nak bayar tu.. dia cam dah lenguh asyik duduk dalam carrier.. merengek² nak turun.. nak jalan..

Abis jer shopping... naik customer service jap claim adiah birthday.. then chau... tak pandang aper dah.. penat wehh shopping time poser nie.. tekak kering.. pinggang lenguh... nak menapak lagie ke parking.. solat jap kat Surau... then dengan longlainyer.. balik... misi masih blm lengkap.. baju dan kelengkapan aku dan En. Ady tak settle lagi.. tapi.. bab anak² sumer dah beresss... lega.. bila eak nak sambung shopping lagi...?


Saturday, August 28, 2010

..Dia dah ada anak.. kenaper kawen lagie??..


Salam Hari Minggu buat semua... ada yang tengah tido lagie ker??  I'm sure ramai yang ada big plan arinie.. me too... sementara bersiap nie sempat lar nak mencocet kat sini sekejap... Alhamdulillah mak sudi nak tengokkan Alyaa ngan Aisha utk kami.. aku citerkan tentang mimpi ngeri yang kami alami last week.. aduhaii.. mak gelak.. aku ajak mak p shopping sekali arinie.. tapi dia tak larat.. lagipun ada orang nak datang renovate balik dapur mak.. so must stay home... Ainna kitorang bawak.. coz dia tak banyak songeh sangat.. kira tak susah lar nak handle sorang dari tiga orang...

Saja up entri arinie just nak story pasal a little chat me and Si Alyaa had malam semalam.. masa tengah tengok citer "Janji Kekasih" yang Jue Aziz berlakon tu.. sapa ada tengok?? Hmmm... babak semalam kan bapak si Syah tu mengamuk biler dapat tau anak dia adik si Syah.. Syafika tu berzina dan ada anak luar nikah.. masa bapak si Syah tu pukul anak dia ngan tali pinggang marah².. Si Alyaa becok lar tanya aku itu ini..

"Kenaper bonda.. kenaper bapak dia pukul dia.. kenapa bapak dia marah sangat..?" Alamak.. dia dah start dah.. dah start dah..

"Bapak dia marah lar sebab anak dia dah buat dosa.." kenalar aku berlagak jadik proffesor serba tahu..

"Dosa aper bonda.. dosa apa?" Soalan dia biasanya tak mati begitu sahaja.. sampai lar dia puas hati..

"Anak dia dah buat dosa besar.. bapak dia marah lah.. tuhan pon marah.."  Aku cuba explain seringkas yang mungkin..

"Anak dia buat dosa apa bonda.." Aduhhh... tak abis lagie..

"Anak dia kawan ngan lelaki.. tapi tak kawen lagi.. bila kita dah besar... kita tak boleh kawan ngan lelaki kalau tak kawen lagi.." Tak bleh kawan ngan lelaki... alamak kang dis misinterpret pulak.. paham ker dia eak.. kang dia igt memang tokleh kawan ngan lelaki..

"Ohh.." dia diam tengok balik tv..

"Sebab tu bonda marah kakak kalau kakak tak malu.. pakai baju depan orang lelaki.. kakak dah besar.. dosa.. kena malu.." aku cuba explain lagi.. takut dia salah paham..

Masa babak Syafika menikah kat tv..

"Haa.. tu dia dah kawen bonda.. lepas tu nanti dia ada anak lar kan bonda.." Sangat terujer dia memberitahu aku sambil mengunjuk perut buat gaya orang mengandung..

Tiba².. dia teringat sesuatu.. sambil mata dibeliakkan..

"Tapi.. kan dia dah ada anak tadi bonda.. buat apa dia kawen lagi..?" Laa.. aku ingat dia tak perasan... sekali dia ingat larr... dia nie kalau tengok tv memang concentrate betul².. ikhsss.. pening kepaler aku nak jelaskan.. so aku cuba straight to the point jer..

"Haa.. sebab dia ada anak dulu sebelum kawen larr bapak dia marah.. dia kawan ngan laki tu tapi tak kawen lagi.. dosa.. tuhan marah.. haa.. bila dia dah kawen macam nie baru lah boleh kawan... faham??"

"Faham.." Ajaibnya jawapan dia... dia paham.. uhuhuhu... lega.. tak yah lar nak jelaskan lebih lanjut lagi.. pening aku!

"Orang laki ngan orang pompuan bila besar.. kena kawen dulu baru boleh kawan tau!" Alyaa mengangguk..

Selesai sudah sessi soal jawab...


Friday, August 27, 2010

Selamat BerShoPPiNG SuMer!

Sakan lar sumer lady² shoppaholic out there.. menghitung waktu nak p shopping kan.. sonoknyer lar.. aku laks menapak ke KRAF.. ada jualan utk Aidilfitri.. nak usha kot² ada mender boleh beli.. yelah.. opis aku nie dah jauh.. tak senang dah nak shopping jenjalan jalan TAR cam dulu... kenaper lar pindah kan! Elok² sumer di telapak kaki aku.. segalanya boleh dicapai hanya dengan berjalan.. sekarang dengan tayar keretaku lar.. ikhs..ikhss.ikhsss plus minyak keretaku juga.. plus duit parkingku juga... plus.. penat lelahku... hehehe

Selamat Bershopping Sumer... pesanan panaja.. biler membeli tu ingat²lah insan tersayang yer!


..BiLa BeBaN MeNjaDi TeKaNaN..

A lecturer, when explaining stress management to an audience, raised a glass of water and asked, 'How heavy is this glass of water?'

Answers called out ranged from 8oz. To 20oz.

The lecturer replied, 'The absolute weight doesn't matter. It depends on how long you try to hold it.'


'If I hold it for a minute, that's not a problem. If I hold it for an hour, I'll have an ache in my right arm.

If I hold it for a day, you'll have to call an ambulance.'

'In each case it's the same weight, but the longer I hold it, the heavier it becomes.'

He continued, 'And that's the way it is with stress management. If we carry our burdens all the time, sooner or later, as the burden becomes increasingly heavy, we won't be able to carry on.'

'As with the glass of water, you have to put it down for a while and rest before holding it again. When we're refreshed, we can carry on with the burden.'

'So, before you return home tonight, put the burden of work/life down. Don't carry it home. You can pick it up tomorrow.'

'Whatever burdens you're carrying now, let them down for a moment if you can. Relax; pick them up later after you've rested.

And then he shared some ways of dealing with the burdens of life:

1 * Accept that some days you're the pigeon, and some days you're the statue.

2 * Always keep your words soft and sweet, just in case you have to eat them.

3 * Always read stuff that will make you look good if you die in the middle of it.

4 * Drive carefully. It's not only cars that can be recalled by their Maker.

5 * If you can't be kind, at least have the decency to be vague.

6 * If you lend someone $20 and never see that person again, it was probably worth it.

7 * It may be that your sole purpose in life is simply to serve as a warning to others.

8 * Never buy a car you can't push.

9 * Never put both feet in your mouth at the same time, because then you won't have a leg to stand on..

10 * Nobody cares if you can't dance well. Just get up and dance.

11 * Since it's the early worm that gets eaten by the bird, sleep late.

12 * The second mouse gets the cheese.

13 * When everything's coming your way, you're in the wrong lane.

14 * Birthdays are good for you. The more you have, the longer you live.

15 * You may be the only one person in the world, but you may also be the world to one person.

16 * Some mistakes are too much fun to only make once.

17 * We could learn a lot from crayons. Some are sharp, some are pretty and some are dull.. Some have weird names and all are different colors, but they all have to live in the same box.

18 * A truly happy person is one who can enjoy the scenery on a detour.


..CaKe ArT..

Amazing Cake Art from Russia

All you see below are cakes that can be eaten without any part of it wasted.

No plastics or any other artificial stuff is being used - everything is edible. (How could you??!!)

All these cakes by Zhanna from St. Petersburg .


Kek nie sesuwai utk blogger macam kamu.. hehehe
..yang nie untuk penerima darjah kebesaran.. nak celebrate kan..
..yang nie buat kaki botol.. dengan msg.. makan kek boleh.. minum hentikan..
..objek aper kek nie haa.. nak kata typewriter.. bukan.. tapi nampak macam antik kan.. hurmm bagi pada penggumpul barang antik.. musti dia terujer..
..kek khas buat tailor..
..ini sangat ler sesuwai buat si peneroka.. bukan peneroka felda.. tapi org yg suka melancong dan meneroka tempat² baru..
..haa.. ini untuk si mata duitan.. hehehe
..ini aku ingat nak bagi kat 'The Rock' sebab dia kan pernah belakon Scorpion King..
..wah.. aku raser kek nie paling susah nak buat.. look at all the details.. perghh.. khas buat pencari harta karun.. lanun ker kan.. hehehe
..nie.. temanyer agak konpius lar.. untuk anak remaja lelaki kot..
..ini untuk ibu² yg selalu abiskan idup dia di dapur.. atau pon utk kontraktor kitchen kabinet.. hehehe
..ini... hurrmmm.. lets see... aku rasa utk orang yang baru bukak butik.. macam tulisan yg ada kat kek tu..
..hohhh.. ini sudah tentu aku bagi pada bos kilang pepsi.. hahaha
..yang nie boleh bagi pada tokey kedai kasut.. tak pun pereka atau penggemar xtvt lasak..
..nie.. hurm bagi kat orang yang kuat makan burger.. dengan msg.. tulis kat kek tu.. jgn asyik makan burger jer.. sesekali makan lar kek.. hehehe
..ini buat En. Suami kalau dia kaki motor atau buat tokey kedai tayar pon ok juga..
..ini khas buat kontraktor binaan..
..nie buat ketua pancaragam sekolah.. just nice!
..nie.. hurm buat nenek atau atuk yg dah tua.. yg pakai gigi pelesu.. dengan msg.. kami memerlukan atuk sebagaimana atuk perlukan gigi palsu.. atau.. boleh juga diberi pada doktor gigi.. hehehe
..ini buat pengusaha kedai spec.. sesuwaiii lar sangat kan!
..nie lagi satu.. aper menatang nie haa??  Hmm mesin wang ker?? Tak tau nak bagi saper.. korang tau??
..ini buat tukang potong kayu balak.. pada explorer pon ok..
..hahhh ini??  Hurrrmm buat pengusaha ladang cendawan ok kot..
..nie buat si nelayan.. air tu kasik tuka ngan air kopi baru ok!
..nie.. khas buat yg suka mengulor time keje.. main games sokmo.. ehehehehe

Thursday, August 26, 2010

Dah MeLeTuP Ker BiNtAnG² tu Sumer..??

Tak tau kenaper.. semenjak dua menjak nie aku suka sangat tengok bulan... aku perhatikan langit yang gelap di malam hari.. selalunya dalam perjalanan balik rumah lar.. semalam bulan cantik kan.. bulat penuh.. bercahaya.. berseri.. tapi sayang.. bulan tu kesunyian.. tak ada bintang yang sudi menemani... kemana pergi semua bintang²... aku pelik lar... dulu kekecik.. selalu jer aku nampak bintang² bertaburan di ruang angkasa.. tapi sekarang... semenjak dua menjak nie... aku memang tak pernah nampak bintang langsung... korang nampak??  Ker aku sorang jer yang perasan macam tu...


Memandang bulan dan menatap bintang² yang berkelip di angkasa... buat hati aku tenang... rileks... dan aku selalu juga berangan² mengenang masa hadapan bila menatap bintang dan bulan... dulu kekecik.. boleh aku berangan nak kaut awan masuk dalam plastik.. sebab geram lar tengok awan yang berkepul² warna putih macam gula² kapas...

"Twinkle.. twinkle LitTle StAR.. How I wonder WheRe YoU ArE.."  Dah meletup ker bintang² tu sumer??


TeRiMa KaSiH PM..

Rata² sumer orang duk citer pasal bantuan kewangan RM500 tu kan.. mekasih lar sangat pada PM sebab sangat memahami dan sudi membantu kami penjawat² awam di saat² wang merupakan keperluan sekarang nie.. tapi.. adakah itu bermakna kami tidak akan menerima bonus.. :(  Pegawai kat sini kata.. bonus diumum masa belanjawan.. belanjawan bulan 10 kan.. hurmmm dalam hati tertanya² juga.. tahun lepas tak dapat.. tahun nie pon sama ker..??

Apa² pon tak kisah lar.. orang kata tak dapat gading bertuah.. tanduk pon berguna juga.. semoga negara kita Malaysia terus maju, ekonomi bertambah kukuh dan rezeki rakyat mencurah²... kita bertuah bernaung di bawah jalur gemilang... negara berdaulat.. rakyat terbilang...

Wednesday, August 25, 2010

..20 TaHuN Dah SHiFA..

Siapa Shifa??  Laarr tak kenal ker.. rasernyer dah banyak kali aku kenalkan.. okey.. Shifa nie adik aku paling bongsu.. birthday kitorang pon dekat² jer.. beza 3 hari.. birthday dah lama berlalu.. baru hari nie aku nak up entri.. hehehe.. maafkanlah kakak yang perasan bizi nie..

Cepat betul masa berlalu kan.. pejam celik.. pejam celik.. anak² mak sumer dah besar.. ada yg nak kawen.. dah kawen dan dah beranak.. cucu mak sekarang total dah 10 orang.. 8 heroin dan 2 hero.. hehehe.. ingat ker tak der hero dah aritue.. hummppp... yerla.. asal kuar.. pompuan.. kuar lagi pompuan.. tapi tak kisah lar.. cucu pompuan ramai bleh tolong tok kemas rumah.. yerlah sangat kan.. hahah..

Dulu masa Abah pergi selamanya.. masa tu Shifa baru darjah 2.. 8 tahun.. masih kecik.. tak tau apa.. aku tak tau kenangan apa tentang Abah yang masih hidup dalam memorinya.. cuma aku masih ingat betapa mak citer kat aku masa balik cuti semester belajar kat UiTM dulu.. mak kata.. mak nampak Shifa peluk baju Abah senyap² sorang² kat bilik mak.. sedeh aku.. dia paling bongsu dan paling manja ngan Abah masa tu.. Abah dah tak ada.. mesti dia yang paling rindu.. kami semua rindu..

..Alyaa manjer sangat ngan Ayah.. tengok dia atas ribaan ayah.. En. Ady kata.. tiap kali dia marah Alyaa.. dia tak sampai hati.. sebab wajah Alyaa mengingatkan dia pada aku.. dia kata tak bleh tengok aku nangis.. sebab tu tak tahan jugak tengok anak dara dia nie nangis..
..Ainna nak main selalu.. hidup sebagai budak kecik senang.. celik mata.. inginkan perhatian.. disayang.. dipeluk.. dicium setiap hari.. buat salah pon orang tak marah.. comel... hahaha
..ini adik Yasmin.. nama dia Sharifah Wardina.. sebaya ngan Ainna.. tapi.. tengoklah.. bolatnyer dia.. geram sangat!
..perasan tak kepala Ainna tu benjol.. jatuh sana.. jatuh sini.. anak² aku memang sumer lasak²..
..time to cut the cake.. si Ah Chan yang beria nak celebrate birthday Shifa.. pagi² dia dah datang senyap² antar kek nie..
..This is a Cheese Blueberry Cake.. aku sangat suka..
..En. Ady yang sabar dalam penantian.. lewat giller kitorang tunggu nak sambut birthday nie.. dah dekat kul 11.00 malam masa tu..
..lepak² jap sambil makan.. makan kek jer dan minum air..
..Abg.. Dekly dan bini dia.. Fana..
..tu dia in laws to be.. akankah.. tu lar Ah Chan.. hensem tak??  Hehehe
..the family.. aku tak dak sebab aku yg snap gambar nie.. kualiti gambar adalah sangat kureng.. biasa lar.. asal ado..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails