.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Monday, May 3, 2010

..Ulangtahun Pertama Puteri Bongsu..

1 Mei sumer orang cuti... 1 Mei Hari Buruh.. hampir satu dunia meraikannya... pada hari itu juga setahun nan lalu aku ditolak ke bilik bedah... untuk melahirkan puteri yang ketiga Putri Ainna Najihah... Pengalaman melahirkan yg paling teruk aku rasakan... sesuatu yang di luar jangkaan.. aku ini tidak pernah dibedah kerana masalah kesihatan... tetapi kerana melahirkan.. telah 2 kali perut ini ditoreh.. untuk mengeluarkan dua nyawa melihat dunia.. pertama melahirkan kakak Ainna.. Aisha.. anakku yang ke-dua.. kerana komplikasi tali pusat yg bersimpul.. kedua.. tentunya bobot Bonda si Ainna.. kerana walaupon masih belum tiba masa.. doktor telah pecahkan air ketubanku... nak tanak kena jugak beranak hari tu.. apa² pon segalanya sudah suratan... yang penting Ainna lahir sihat mental dan fizikal...

Selepas dibenarkan pulang... sekali lagi hati dan perasaanku diduga... Ainna menghidap prolong jaundis... berkampung lagi aku di hospital... melahirkan Ainna memberikan aku pengalaman paling lama tinggal di hospital.. sebelum melahirkan.. setelah melahirkan.. juga dalam tempoh berpantang... bacaan bilirubin Ainna sangat tinggi.. menduga hati memaksa airmata mengalir kesekian kali.. ibu mana tak bimbangkan kesihatan anaknya kan... aku tersentak bila diberitahu si kecil itu berkemungkinan ditukar darah sekiranya bacaan bilirubin ketika itu (380) terus meningkat ke 400... amat takut komplikasi apa pula akan terjadi sekiranya dia ditukar darah.. aku tidak tidur semalaman.. selain dijemur di bawah 2 alat fototerapi.. sejam sekali dia pasti kususukan... aku mahu Ainna kencing dan berak sekerap mungkin.. kerana melalui cara itu sahaja sisa bilirubin di dalam tubuhnya dapat dikeluarkan... bilirubin itulah yg menyebabkan bayi yg baru lahir mengidap jaundis.. jaundis memang penyakit biasa bagi bayi baru lahir.. tetapi sangat bahaya jika tidak dipantau rapi.. bayi boleh mendapat kerosakan kekal ke atas sistem saraf.. juga boleh menyebabkan pekak.. pertumbuhan yang lembab dan membentuk cerebral palsy.. sangat menakutkan.. aku tidak mahu masa depan anak gelap... aku mahu Ainna juga semua anak²ku membesar sihat dan cergas seperti anak² normal yang lain.. nasib menyebelahi ibu berhati walang sepertiku... berkat doa dan usaha.. bacaan bilirubin Ainna turun dengan cepat.. darah tidak perlu ditukar dan kami dibenarkan pulang setelah 3 hari di hospital... sangat tidak suka duduk di hospital... rimas dan bosan... pergerakan terbatas dan makanannya tidak sedap!

Milestone Ainna agak cepat dibandingkan kakak²nya.. dia tidak sebetulnya menyulur setelah meniarap.. sebaliknya Ainna terus merangkak.. baru sekejap merangkak dia mula menonggeng hendak berdiri... Ainna mulakan langkah pertama.. pada usia sepuluh bulan... tetapi giginya tumbuh paling lewat... setelah genap usia 11 bulan gigi pertama baru menunjukkan rupa.. diikuti kedua dan ketiga 2 minggu kemudian.. tumbuh serentak... hahaha... gigi Ainna tumbuh bebetul setelah dia pandai berjalan.. orang tua² kata bijak kerana.. jika dalam tempoh bertatih.. kalau gigi telah ada.. bila terjatuh risiko bibir berdarah adalah tinggi... jadi dia tumbuh gigi setelah dia selesa berjalan.. teori takmo kalah Kakpah nie.. hihihi

Birthday party anak dara nie disambut meriah di rumah my FIL bersama² dengan sepupunya Mohd Fahri Shah yg dilahirkan selang sehari sebelum dia dilahirkan... saing² aku dan adik iparku menjalani tempoh berpantang... suasana gamat bila berkumpul ramai².. sangat happening sampai kepala ini naik pening! Hahaha.. Memasak.. berborak.. juga berjemaah bersama... yang paling seronok anak² buah kami... bermain belon sesama sendiri.. menjerit melolong berlari²... kenangan ini harapnya mekar terpateri melalui gambar yg penuh seri walaupon blur jer semedang.. maklum guna hp cokia jer seperti di bawah ini...

Memuler sudah mandi Ainna pakai baju nie.. baik punya siap.. sekali dia berak.. abis bocor.. kena tuka baju lain..

Ini kek yang ditempah En. Ady dgn kakak di opis dia.. walaupon rupanya biaser sajer.. tapi rasernyer... marvellous... sedapppp..

Birthday boy & Birthday girl yg terpinga² mendengar org sumer nyanyi beramai².. kuat² laks tue.. hehehe

yeahhh.. potong kek... mak² yg excited terlebih nie.. hahaha

..ohhh chicken wings ini disponsor oleh Mak Pak Birthday boy..

..sepupu sepapat yg sangat seronok dapat celebrate birthday dan makan kek.. Alyaa laks sangat excited tolong bukak hadiah adik dia.. ikhss..ikhss..ikhss.. kakak... kakak...

..menjamu selera..

..this is one of my favorite.. selalu kalau tingin p beli kat NZ Setiawangsa..


3 comments:

Ena said...

owh.. besday si Ainna rupenyer.. hehe.. patut la sunyi jek umah ari sabtu tu.. hehe..

meriah gak tu.. best2..

dah boleh jalan dah ye? hehe.. bertambah comel la ainna tu kan!..

alinalan said...

Happy belated bufday dear!!! semoga sihat & ceria slalu

aiDieNa said...

A'aa Ena.. budak dah dapat kaki.. Bonda dah start kena jogging kejor dia berjalan.. ermm.. mekasih yer tolong angkatkan tilam ngan bantal bebudak nie aritu.. Susah2 jer..:)

Momma Mia.. salam dari Ainna.. dia kata thank you very much for that sweet wishes aunty.. ;)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails