.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, July 2, 2010

.. MaHu AnAK.. SeL TeLuR DiBeKuKan..


Berkeluarga dan memiliki anak masih jadi impian kebanyakan wanita. Kerana itu, ketika di akhir usia 30-an belum juga menemukan calon pendamping, tak sedikit wanita yang memutuskan untuk membekukan sel telur mereka.

Fenomena tersebut terjadi di Belgium. Hampir separuh perempuan yang disurvei mengatakan, mereka ingin membekukan sel telur mereka kerana belum ada tanda-tanda akan berkahwin di usia hampir 40 tahun. Ini kerana, mereka menyedari bahawa semakin bertambah usia, semakin berkurangan kemungkinan untuk hamil.

Sementara itu, mahasiswi di Eropah yang disurvei mengatakan, mereka juga ingin membekukan sel telur mereka supaya lebih fokus mengejar karier dan menunda rencana berkeluarga.

Hal tersebut terungkap dalam European Society of Human Reproduction and Embryology Conference. Pembekuan sel telur merupakan teknologi yang relatif baru, yang memungkinkan seorang wanita untuk menyimpan sel telur mereka sebelum melakukan program bayi tabung uji.

Pada umumnya, sel telur yang dibekukan akan digunakan setelah mereka berusia 43 tahun kerana sebelum usia itu mereka dianggap masih sihat dan subur.

Peratus kejayaan pemindahan sel telur adalah ditentukan pada usia dan keadaan sel telur. Oleh itu, ramai wanita memilih membekukan sel telur mereka di akhir usia 30-an. Untuk mendapatkan sel telur bermutu baik, terkadang memerlukan tiga kali pusingan menstruasi. Kos untuk pembekuan sel telur ini dianggar sekitar RM24 ribu.
Sumber: Yahoogroups Email

2 comments:

Zaidah said...

info yang sangat bagus....thanks..

aiDieNa said...

Bagus untuk pengetahun.. teknologi sekarang.. sumer pon boleh.. tapi tu larr.. kalau boleh kawen lar muda2.. rugi tak raser nikmat berumahtangga..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails