.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, July 23, 2010

Bonda nak BuAnG KaKaK ker??

JOHOR BAHRU: Bungkusan sampah yang bergerak-gerak di bawah tempat duduk seorang wanita di hentian bas Jalan Persiaran Mutiara Emas awal pagi semalam menyelamatkan bayi baru la;hir yang ditinggalkan ibu tidak berhati perut.

Hanya berbalut kain batik dan diletakkan dalam beg plastik, bayi prerempuan comel menempuh kesejukan apabila ditinggalkan di atas simen di bawah tempat duduk hentian bas tidak jauh dari Hospital Sultan Ismail (HSI).

Ternyata bayi itu bernasib baik apabila ditakdirkan ditemui wanita dalam perjalanan ke tempat kerja itu jam 6.40n pagi semalam.

Curiga dengan isi kandungan beg plastik yang bergerak-gerak itu, wanita terbabit memeriksa bungkusan dan terkejut mendapati bayi perempuan masih bertali pusat.

Ketua Polis Daerah Hohor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob ketika dihubungi. mengesahkan kejadian.

*************************************


Heh aku sedeh lar tiap kali dengar dan baca berita² pasal baby² kena buang nie... sangat² sedeh.. hatiku bagaikan dicucuk² duri yang tajam.. aku kan.. macam tak percayer ada insan.. sanggup.. tergamak membuang darah daging sendiri dalam keadaan sedemikian cara.. (kalau letak depan rumah orang atau dekat tempat yang selamat.. itu masih boleh dipertimbangkan dia sebagai manusia) tapi.. dengan membuang bayi yang dikandung 9 bulan... yang berkongsi badan dengan ibunya.. yang membilang tiap denyut nadi ibu yang bakal melahirkannya.. yang mengharapkan kasih dan perlindungan... dibuang tanpa belas dan ikhsan... kenapalah wanita² yang melahirkan bayi² ini tidak mempunyai naluri seorang ibu?? Tidak kasihkah.. tidak sayangkah dengan insan kecil anugerah tuhan itu?? Kalau meninggal sudah pasti dia ke syurga Allah... tapi... bayi yang hidup dengan sejarah dijumpa di tempat buangan.. bayangkan perasaannya ketika besar kelak... bagaimana dia menghadapi kehidupannya...? Ya Allah.. Kau peliharalah bayi² yang tidak berdosa ini dari kerakusan sikap manusia..

Hari tu.. ketika aku dan En. Ady sedang makan di rumah kami... Alyaa datang berceloteh mulutnya mengalahkan Si Murai..

"Bonda.. bonda.. baby² tu kan... kena buang... mati... kakak nampak dia dalam sungai... mak dia.. mak dia tak sayang kat dia... mak dia jahat.." sepenuh perasaan dia melaporkan apa yang dilihatnya di televisyen... yer budak sekecil Alyaa dapat membezakan perbuatan keji itu selaku perlakuan yang jahat...

"Haa.. sebab tu lar Kakak kena bersyukur.. Bonda jaga Kakak kan.. bonda kasi makan.. beli itu.. ini untuk Kakak.. Kakak kena jadi anak yang baik.. dengar cakap Ayah ngan Bonda.." Aku menerangkan erti kesyukuran kepada si Alyaa supaya menghargai setiap yang diberi Ayah dan Bonda...

"Kalau Kakak nakal... Bonda nak buang Kakak ke?" Spontan itu disoalkan padaku..

Terkesima dengan soalan itu... sangat naif pemikiran si Alyaa... kami ketawa... tidak sekali Alyaa.. tidak sekali Bonda akan lakukan perbuatan hina mengalahkan binatang itu........ darah daging Bonda... nyawa Bonda!!


3 comments:

Ena said...

alyaa.. sangat bijak & petah bila bercakap.. ena dah lama kagum dengan dia.. ;D

tu yg pelik tu.. penat je dok usung sana sini berbulan2 susah payah.. tup2 p buang.. sedangkan ramai lg dok susah payah ikhtiar sana sini nak dapatkan anak sampai ada sanggup amik anak angkat.. memg dorang tu lebih kejam dari binatang..

Marah2 kita bising2 mulut kita.. tak pernah pulak sampai nak cederakan anak apatah lg nak buang.. itu la harta dunia akhirat kita kan..

IdzaLia said...

anak ni anugerah tak ternilai tp pelik kan mcm mana org yg buang tu tak rasa apa2 ke ms nak buang tu.. kita ni klu tgk mata anak tu pun dah sayu aja hati hi..

ainnoraini said...

anak kak ain pun pernah tanye soalan, mase dia baby dulu mama jumpe hanim kat mane??
sebab sekarangkan byk org buang anak..dia pun ingat kite ambik dia kat tempat2 mcm tu agaknya...

kelakar pun ade...tp kite kene terangkan perkara yg sebenar2nye..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails