.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Thursday, November 2, 2006

MaRi MeNGeJaR KeJaYaAN...



Jalan Menuju Masa Depan .....mungkin boleh untuk kita renungkan...


Masa depan yang cerah selalu tergantung kepada masa lalu yang dilupakan, kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan-kegagalan masa lalu. Dan berusaha terus hingga mendapat apa yang diimpikan.

Sebahagian orang tidak dapat memanfaatkan sebaik mungkin waktu mudanya untuk berusaha mendapatkan yang terbaik dan tidak dapat meninggalkan kenikmatan sesaatnya, kemudian mereka sangat terseksa dan serba kekurangan di masa tuanya dengan melontarkan anak dan isterinya dengan hidup seadanya dan serba kekurangan. Kemudian mereka menyesali atas semua kehidupan di masa mudanya.

Sebahagian orang dapat memanfaatkan sebaik mungkin waktu mudanya untuk terus berusaha mendapatkan yang terbaik dan dapat meninggalkan kenikmatan sesaatnya, kemudian mereka sangat bahagia menikmati hasil dari segala perjuangan di masa mudanya. Dengan hidup harmoni dengan keluarga tercintanya.

Lebih baik kehilangan masa Muda daripada kehilangan masa Depan.

Orang yang hidupnya hanya berusaha untuk makan dan tidur tidak lebih dari seekor binatang yang tidak dikurnia Tuhan akal fikiran untuk berfikir. Wahai manusia kamu cari makan untuk hidup itu benar, tapi ingat kamu hidup bukan untuk makan.

Orang yang semasa hidupnya berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk dirinya, orang-orang di sekelilingnya dan alam sekitarnya adalah orang yang berguna dan merupakan orang yang beruntung kerana semasa hidupnya dapat mensyukuri nikmat yang diberikan Tuhan berupa akal fikiran untuk berfikir.

Ramai orang takut gagal, padahal berbuat yang terbaik atau tidak pun manusia pasti akan merasakan gagal. Kerana gagal adalah sebahagian dari hidup. Seperti malam & siang, hujan & kemarau pasti kita rasakan. Berani gagal adalah Kunci Kejayaan Hidup. Oleh itu jangan takut gagal untuk hidup.

Orang gagal sering memberikan beban kepada ramai orang termasuk orang-orang yang disayangi dan dicintainya. Sedangkan orang yang berjaya hanya memberikan beban kepada dirinya sendiri untuk berjuang mencapai Kejayaan.

No comments:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails