Syawal 1431 penuh tawa dan tangisan.. ketawa.. gembira berjumpa sanak dan saudara... sedeh.. kerana ada yang telah pergi meneruskan perjalanan ke alam seterusnya... 2 lagi berita kematian mengejutkan keluarga kami setelah Abg Atan pada Jumaat 15 Syawal (2409/10) yang lepas.. tengahari Sabtu 23 Syawal (1/10/10) kami menerima berita Tok.. (Ibu kepada Emak aku) nazak jatuh bilik air.. belum sempat berita disampaikan kepada mak.. panggilan seterusnya memberitahu bahawa Tok sudah tiada.. selang sehari... iaitu semalam Isnin 25 Syawal (4/10/10).. ketika melayan mak dan adikku Syed Ali beraya di rumah setelah mereka kembali dari menziarahi jenazah Tok.. ketika itu telah pukul 11.30 malam.. missed call di telefon emak.. kemudian bersambung ke telefon Dekly.. panggilan dari Wazir iparku yg menunggu ibunya (besan emak) di hospital... hati kami tidak sedap.. tepat sangkaan.. ibu Wazir.. makcik Hamimah juga telah pergi menyahut seruanNya.. hati ini agak tersentap... begitu cepatnya satu persatu nyawa meneruskan perjalanan menuju ukhrawi di bulan ini... bulan yg penuh dengan tangisan..
Ubatlah hati.. berhentilah menangis.. mereka berhenti di sini bagi meneruskan kehidupan di alam yang satu lagie.. begitu juga kita satu hari nanti.. perjalanan itu jauh dan panjang... orang yang hidup setiap hari pohon dipanjangkan umur.. orang yang mati mendoakan kiamatlah dunia kerana bekalan mereka tak dapat bertahan.. kita??
Al-Fatihah buat semua yang telah pergi meneruskan perjalanan...
2 comments:
Moga mereka semua dicucuri rahmat. Amin
sabarlah ye....tiada yang kekal melainkan Allah Taala...Alfatihah.
Post a Comment