.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Sunday, September 26, 2010

..Kembali satu RoH.. KuRnia SaTu NyaWa..

Salam buat semua pembaca blog Bonda.. maaf kalau semalam blog aku ini membisu seribu bahasa.. sebisu hatiku yg terkedu menyambut berita.. seharian aku tidak di rumah mahupon di pejabat..

Raya tahun nie memang sukar dilupakan.. penuh mencalitkan pelbagai warna dalam diari kehidupan yang aku tempuhi..

Pagi tu (Jumaat, 24/09/10 - semalam)  En. Ady dapat misscall berkali² dari adiknya di pagi buta.. ada sesuatu yang tak kenakah..?  Atas rasa ingin tahu yg penuh tanda tanya.. panggilan kembali dilakukan.. masa
tu kami sedang bersiap untuk ke pejabat.. aku yg sedang menyapu lipstick di bibir memasang telinga mendengar perbualan mereka adik beradik...

"Apa??  Abang Atan... Innalillah hiwainnailahirojiun..." Belum sempat En. Ady menyudahkan perbualannya di telefon aku menyerang dengan soalan bertubi²...

"Sapa bang?? Saper meninggal??!"

"Abang Atan meninggal.. pagi tadi.. suspect denggi berdarah.."

"Ya Allah!!  Innalillah hiwainnailahirojiun.. Aku dah cakap dah.. dah cakap dah malam tu.. demam jangan main².. pegi hospital..." Seolah tenggelam punca aku bercakap pada diri sendiri penuh emosi.. agak terkilan.. baru minggu lepas sepulang dari kampung kami singgah di rumahnya.. hari itu bermula dia demam kuat.. badan panas sekali.. dia kelihatan tidak bermaya..

Apapon ajal dan maut di tangan tuhan.. siapalah kita hendak menghalangnya.. Abang Atan suami kakak En. Ady yang baru 2 tahun 2 bulan melayari rumahtangga meninggal dunia kira² jam 6.00 pg, di hari penuh barakah hari Jumaat penghulu segala hari.. mudah²an roh Allahyarham ditempatkan di kalangan hamba²Nya yang Soleh.. dilepaskan dari azab siksa alam kubur dan api neraka..


Pemergiannya tidak diduga.. mengenalinya terlalu singkat.. tetapi dia telah meninggalkan kesan di setiap hati insan yang mengenalinya... Allahyarham seorang yang riang.. baik hati.. ramah.. mesra dengan semua orang tidak kira baru mahupun telah lama dikenali.. seorang ayah yang penyayang.. seorang menantu yang rajin.. sentiasa bersedia membantu tidak kira masa.. bila sahaja keringatnya diperlukan.. beliau juga seorang yang pandai mengambil hati juga sangat suka bergurau.. pendek kata di sampingnya diri tidak akan terasa terasing dan suasana sentiasa ceria..

Allahyarham meninggalkan kakak dan enam orang anak (4 anak Allahyarham dan 2 anak Kakak).. kini tinggallah kakak kembali seorang diri menempuhi hidup ini.. alangkah kosong.. alangkah sunyi.. tak terbayangkan dugaan demi dugaan terpaksa ditempuhinya.. aku sangat² simpati.. berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul... apa perancangan masa depannya.. apa yg terbentang di hadapan.. apa yang harus dihadapi sepanjang jalan.. mudah²an Allah berikannya pelangi..

Melihat keadaan kakak.. membuatkan aku cermin diriku sendiri.. betapa apa yg akan aku lakukan sekiranya perkara yg sama terjadi terhadap diriku... akankah aku setabah dirinya..?  Melihat anaknya Syafikah menangis meratapi pemergian ayah tiri yang baik hati.. membuatkan aku terbayangkan wajah anakku Alyaa yang sebaya dengannya... wanita² di luar sana.. tabahkan lah hati kalian... kuatkan semangat.. tetapkan iman.. bercerai hidup dan bercerai mati.. mana yg lebih pedih??  Lebih sengsara??  Aku menyaksikan kedua²nya.. bagaimanapun.. hidup tetap harus diteruskan... persediakan diri menghadapi sebarang kemungkinan... sesungguhnya kita hanya merancang.. Allah jua yang menentukan..

Di hari yang sama.. iparku pula sedang bertarung nyawa di bilik bersalin.. menantikan kelahiran cahaya mata sulong.. selama lebih 10 jam bertarung akhirnya lahirlah satu nyawa ke dunia.. Mohd Iskandar Zakuan diberi nama.. ahli baru keluarga ini masih di ICU.. di atas pemantauan doktor.. Insyaallah si kecil sihat dan tidak apa².. mudah² dibenarkan pulang sehari dua ini..

Ironinya kehidupan... roda berputar.. kembalinya satu roh.. dikurniakan pula satu nyawa.. Allah Maha Besar..


 

1 comment:

Zaidah said...

al-fatihah untuk abang atan....semoga kakak en. ady tabah menghadapi dugaan ini..nasib kita blum tahu lagi...sebab Allah yang lebih berkuasa atas segalanya


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails