In Verona, Italy – the beautiful city where Romeo first met Juliet – there is a place where the heartbroken leave notes asking Juliet for her help. It’s there that aspiring writer Sophie finds a 50-year-old letter that will change her life forever. As she sets off on a romantic journey of the heart with the letter’s author, Claire, now a grandmother, and her handsome grandson, all three will discover that sometimes the greatest love story ever told is your own.
************************
Pernah tengok citer nie?? Sinopsis seperti di atas.. cuma meh aku eloborate kan lagi.. Sophie.. seorang penyemak fakta yg juga minat menulis.. gadis muda yang cantik.. bercuti ke Verona, Italy bersama tunangnya Victor seorang chef yang ingin membuka restorannya sendiri.. mereka bercuti di Kota Cinta.. tempat yang diimpikan bagi menyemarakkan perasaan cinta dan sayang bagi pasangan yang bercinta.. tapi Victor sibuk dengan pencarian makanan dan minuman hebat utk restoran yang bakal dibukanya.. tanpa sedar Sophie tenggelam mengisi percutian bersendirian..
Ini lar dinding tempat pengadu² mengadu masalah mereka kepada Juliet.. |
Satu hari Sophie berjalan² sendirian ke satu tempat di mana ramai wanita² menulis nota dan surat.. menceritakan masalah yang dihadapi mereka dalam kehidupan dan percintaan.. kesungguhan mereka meluahkan perasaan di atas surat dan nota² itu menarik perhatian Sophie utk mengetahui lebih lanjut.. surat itu kemudiannya dilekatkan di satu dinding... surat itu ditujukan kepada Juliet.. Juliet Capulet salah satu watak rekaan William Shakespeare dalam karya agungnya yg terkenal serata dunia.. Romeo and Juliet.
Sophie yang menemukan Claire kepada cinta lamanya Lorenzo Bartolini.. |
Sophie menulis berkenaan penemuannya petang itu dan menanti sehingga tempat itu ditutup.. sebab dia nak sangat tahu apa akan jadi pada surat² yang dilekatkan di dinding itu.. keinginan Sophie menyiasat berkenaan surat² kepada Juliet membawanya mengenali wanita² yang menggelarkan diri mereka Juliet's Secretaries.. merekalah yg menjawab kesemua surat² tersebut mengikut pengalaman dan kepakaran masing².. interesting sangat! Dengan cara tu.. secara tak langsung mereka ringankan beban ditangguh penulis surat yg bermasalah dan dalam dilema.. bukan mudah menghadapi tekanan... Juliet's Secretaries melakukan segalanya secara percuma.. membalas surat² tersebut dan mengirimnya kembali kepada si pengadu... satu khidmat masyarakat agak unik.. bagus juga kalau dipraktikkan di sini...
..ini lah The Juliet's Secretaries..
Nak tau lebih lanjut.. baca lah kat sini Letters to Juliet.. penat lar pulak nak tulis panjang²... apa yang penting sesuatu yang dapat aku belajar dari kisah ini... betapa cinta tidak mengenal usia.. tiada batas waktu.. tiada expiry date.. cinta yang suci akan bertemu jua suatu hari nanti.. harapan dalam satu percintaan sentiasa berapi.. ia tak pernah padam... menyintai seseorang memerlukan kekuatan utk menyatakan rasa yang sebenar.. jangan simpan dan tunggu hingga 50 tahun..
Sophie berjumpa Victor merungkaikan kemelut yang membelenggu dirinya.. di sini mereka berpisah.. |
Hubungan Sophie dan Victor.. tunangnya yang sentiasa sibuk telah membuka mata Sophie akan erti kasih sayang sebenar.. betapa jika kita menyintai seseorang.. menyayanginya.. kita tidak mampu hidup tanpanya.. tetapi.. mereka (Sophie dan Victor) boleh sahaja melakukan hal masing² dalam masa mereka mengatakan menyayangi antara satu sama lain.. sayang yg lahir dari mulut.. tidak dari hati.. cinta yang termaktub dalam ikatan tapi tidak di jiwa.. kesibukan Victor dengan dunianya membuatkan Sophie merasakan dirinya keseorangan walaupun sebenarnya berteman.. Victor tidak memberikan perhatian kepada Sophie yang memerlukan sesorang di sisinya.. menghargai dirinya.. minat dan kesukaannya.. berkongsi perasaan dan harapan bersama.. segala yang dilalui bersama Victor hanya kebosanan semata²..
Seorang wanita memerlukan seorang pendamping yang setia.. bukan sekadar fizikal tetapi secara spiritual.. memahami dan berkongsi hati... Victor gagal mengisi hati Sophie yang kosong.. lalu cintanya beralih kepada Charlie.. seorang yang lebih memahami memandang kehadiran Sophie sebagai seorang wanita yang sempurna dan dia tidak dapat hidup tanpanya..
Sweet moment.. ketika ini perasaan mula bersemi.. Charlie sangat memahami.. |
So.. apa yang korang faham??
Jiwa seorang wanita sangat halus.. jangan sesekali membiarkan hatinya kosong.. tanpa disedari mengkin anda mementingkan diri sendiri dan secara tak langsung mengenepikan kewujudannya.. jiwanya akan luput bagai kertas yang terbakar ditiup angin.. dan ketika itu tiada apa lagi yang tersisa untuk anda.. hargai dan belailah jiwanya sebagaimana anda menghendakinya begitu terhadap anda....
No comments:
Post a Comment