.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Saturday, October 23, 2010

..AiSHa iS tHREe..

Salam.. selamat pagie semua.. ada yang dah sarapan ker.. entri nie dah basi.. berlaku 03/10/10 aritu.. tarikh keramat lahirnya seorang puteri ke dunia.. ia.. anakanda kedua Bonda.. Puteri Aisha Ameerah.. berbeza dengan adik beradiknya yang lain.. aku lahirkan Aisha di hospital swasta.. biasa kami jadikan jokes.. Alyaa baby 400++.. Aisha baby paling mahal 4000++.. manakala si Ainna baby paling murah 6 hengget sahaja yet she is the hardest I've had..

Ingat lagi di hari nak melahirkan Aisha.. aku tak ada masalah kesihatan.. tak der kencing manis.. tak der darah tinggi.. tekanan darah ok.. mommy and baby.. everything is fine to the last stage.. tapi kuasa Allah.. siapa yg dapat atasi.. kita hanya merancang.. Dia juga yang tentukan..

Maser admitted jam 10.00 pagi.. I remembered.. doktor suruh aku buka posa.. masa tu dah 10 hari terakhir ramadhan.. Alhamdulillah aku tak hadapi apa² masalah untuk berpuasa.. (petuanya.. time sahur.. aku akan minum susu dengan satu sudu madu dan 7 butir habbatus sauda.. memang tahan sampai berbuka..) walaupon ralat.. tapi aku akur.. dia kan doktor pakar.. katanya aku dah nak bersalin.. dah buka 3 cm.. walhal aku  tak sakit sedikit pon..

Nurse conduct CTG di perut seperti biasa ke atas ibu² yang bakal melahirkan bayi.. 3 kali dia lakukan prosedur yang serupa.. mereka bercakap sesama sendiri... katanya "tak cantik.."  Aper yang tak cantik??  Bacaan denyutan jantung baby rupanyer.. kufikirkan itu perkara biasa.. tetapi akhirnya doktor kelihatan sangat cemas... katanya .. they have to conduct emergency ceaser.. doc takmo tanggung risiko.. (walaupon ketika itu bukaan ku telah cecah 6 cm dlm tempoh 2 jam sahaha) what happened was.. Aisha heart beat drop setiap kali selepas contraction.. expected tali pusat bersimpul.. doc kata.. kalau lambat.. takut baby terencat.. sebab.. oksigen tak sampai otak bayi.. aku dan En. Ady tersentak maser tu.. to be c-sect is worst.. but to gamble my baby safety is stupid.. walaupon takot.. like it or not.. I have no other choice but to sacrifice.. being a mother whose carried her in my womb for 44 weeks.. it would hurt me to see my baby not the way I hope to be..   believe me.. it's not an easy decision.. I am very afraid.. Allah sahaja tahu perasaanku ketika itu.. aku belom pernah dibedah sepanjang hidupku..

Prosedur berlangsung selama lebih kurang 25 minit sahaja.. mereka sangat cekap.. (seperti yang dijangka.. akibat pergerakkannya yg sangat aktif.. tali pusat Aisha telah bersimpul bagaikan reben..) tiba² sahaja aku terdengar suara baby menangis.. and.. my heart melted to see such a beautiful tiny creature.. she is so cute... hilang segala kesakitan.. kebimbangan.. yang aku rasa.. bahagia.. lega... Alhamdulillah.. Allah kurniakan satu lagi anugerah menyerikan hidup kami..

Aisha kecilnya mudah dijaga.. meningkat usia.. agak sukar.. dia lain sikit dari adik beradiknya.. bercakap dengannya sentiasa perlu menggunakan psikologi.. ask her nicely.. she would follow everything you want.. but.. don't evey talk to her with your high pitch.. either she gone hysterically  cry or screaming back at you.. dia bukan seorang penurut perintah.. tapi seorang diplomat yg harus dilayan punuh hati²..

Aisha..  anak yang Bonda sayangi.. selamat ulangtahun.. semoga Aisha dikurniakan Allah kesihatan yang baik.. membesar dengan sihat dan kuat.. menjadi srikandi solehah.. perjuangkan amanah agama.. bangsa dan negara.. kebanggaan bonda dan.. Amin..

..bersengkang mata ayah dan Bonda sediakan ini semua.. ayah sempat lar jugak tido.. Bonda tak dapat tido langsung..

..ada orang cakap rumah aku macam taska.. sebab sepupu² anak² aku sumer pon kecik² kan.. bila ramai² datang tempat utama diserang lubuk mainan.. penat aku kemas.. sekejap jer dorang kerjakan.. bersepah mainan satu rumah.. gambar kat atas belum waktu puncak.. ramai lagi yg belom sampai..

..kek nie ditempah sehari sebelum function.. sib baik ada yg masih sudi terima tempahan.. blackforest choc cake.. sekejap jr abis..

..aisha is 3.. tulisan kat atas kek tu.. nak tempah fancy² dah tak bleh dah.. sebab aku buat last minute.. so.. amik jer contoh yg ada kat situ.. (but they freshly bake lar on the day) cuma tambah 2 biji patung.. so that nampak lar kek utk budak²..

..bersemangat semua nyanyikan birthday song buat Aisha.. dia tengah nak tiup lilin tu..

..dikerumuni croud.. macam celeb pulak.. tapi.. apsal baju celeb nie kedut eak.. ayah tak seterika ker?? Hehehe

..baju birthday girl spoil lar.. ini kes mak pak sibuk prepare party.. tapi lupa nak andamkan tuan puteri..

..she is so excited.. tak macam 2 tahun dulu.. she cried out loud terkejut dengan nyanyian birthday yang kuat..
..hadiah tak banyak sangat coz ada yg dapat kemudian... dan ada yg bagi angpau utk simpanan masa hadapan..

..tengok.. suka sangat dapat hadiah.. bukak².. time tu jugak main.. tapi yg lebihnya si kakak.. mengalahkan birthday girl..
..doll nie dah togel dorang bukak pakai baju dia.. ada banyak dolls.. + yang ayah bonda beli.. dorang main nursery.. hahaha
..walau penat.. masih boleh kuukir senyuman.. puas.. dapat bahagiakan orang yang kita sayang..

No comments:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails