Aritu nak masak nasi... humaghaiihhhh!! Penuh menatang itam kecik² dok merayap dalam balang beras aku.. aduhaiii.. itu lar binatang yang dinamakan bubuk.. atau nama kasarnya kutu beras.. korang tau dari mana asalnya si kutu itu??
Dari hasil pencarian maklumat, pembacaan dan pemahaman aku bubuk nie adalah dari spesis hama.. nama saintifiknya Sitophylus Oryzae atau dalam bahasa omputihnya sebagai Rice Weevil.. bersifat kosmopolit.. iaitu penyebarannya di serata dunia.. kat mana² kat dunia nie boleh jumpa kutu beras.. bukan takat beras.. binatang nie juga boleh idup dalam apa jua jenis makanan bijian/bijirin... cam jagung kering.. kekacang.. dalam tepung pon ada..
Macam mana kutu ini membiak?? Kutu/ Bubuk beras nie membiak dengan meninggalkan telur/bertelur di dalam beras/apa² bijian yg dihuninya dengan menebuk lubang dan menutup kembali lubang pada beras menggunakan saliva/air liurnya yang berunsur zat gelatin sehingga lubang itu tidak kelihatan bertujuan melindungi telur dari kerosakan. Bermakna.. telur bubuk ini mungkin telah ada seawal beras ditampi/diproses dari bendang.. atau mungkin juga dari kilang... dan membiak dalam karung/guni beras yang kita beli di supermarket..
Korang tau... sekor imago betina kutu beras mampu bertelur dari 300 - 400 butir sepanjang hayatnya.. kitar hayat seekor kutu purata sekitar 30 - 45 hari.. kutu ini mampu hidup cukup lama tanpa makanan sehingga 36 hari tapi kalau dengan makanan hayatnya mampu mencecah 3 - 5 bulan bahkan setahun!!
Faktor pembiakan bubuk ini melalui tiga perkara:
1) Makanan yang sesuai dengan pembiakannya..
2) Suhu dan kelembapan (lagi lembab suhunya lagi mudah lar dia membiak..)
3) Persekitaran (jadi pastikan tempat penyimpanan beras di tempat terang dan kering.. jauh dari sumber air)
Cara² menghalang kutu/bubuk dari terus membiak dalam beras yang telah diserang:
1) Jemur beras di panas matahari terik
2) Buang semua beras yg di dalamnya tertanam telur (yg mana beras dia kaler dah itam².. cuba pecahkan.. ada something dalam tu.. kalau tak buang yang ini.. tak der maknernyer kita buang sepupu sepapat dia sebab dia boleh membentuk koloni yang baru..)
Boleh juga mencuba petua² ini yg aku kutip di internet:
1) Masukkan beberapa ulas bawang putih tanpa mengupas kulitnya ke dalam bekas simpanan beras dan tutup rapat.
2) Maukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam bekas simpanan beras bagi mengelakkan bubuk atau kutu beras dari merosakkan beras yang menyebabkan bau kurang menyenangkan
3) Ambil daun limau nipis dan masukkan ke dalam beras yang disimpan. Selepas itu alaskan selapis lagi dan taruhkan beras diatasnya. Buat beberapa lapis. Hasilnya beras anda tidak lagi diserang bubuk. (Petua nie aku setuju sangat sebab.. dari pembacaan aku faham yang kutu nie tak tahan tempat yg berasid)
4) Masukkan daun nangka / serai (serai wangi pon ok kot) agar kutu tak ada beras pon bau wangi jer..
Hah begitu lar kisahnya si Kutu beras...
10 comments:
beras umah lia ni pun selalu ada bendalah kecik2 tu.. sbb rajin sgt masak tu yg ada.. heheheee..
tq akak nanti lia try buat..
mekasih pasal info..kat rumah selalu ada pada beras pulut...mekasih bagi tip..siap lah kutu beras...hehehe
thanks kak pah, bekas beras aku pn byk kutu beras nie, aku letak cili kering jek.. tp ada jek lagi.. kene rajinkan diri jemur beras.. satu keje laks!!
Lia,
Tu lar pasal.. rajin sangat masak kita nie.. hehehe
Nizam,
Beras pulut kalau dah naik kutu buat tapai tak sedap.. betul.. pengalaman nieh!
Emy,
Betul tu.. kena jemur for the best result.. ;)
tak merbahaya pada kesihatan ke bubuk ni ha?
t.kasi, sy pun nak cuba petua2 ini
thanks for the sharing
Simpan je beras dlm peti sejuk, tak de keluar kutu
Kalau terpaksa jugak masak beras tu tak pe kan? Cuma masa cuci tu kene buang semua kutu2. Btw, sama tak dengan kutu pada tepung? Tgh nak buat kek ni skali tepung ada kutu pulak. Sy ayakkan aje. Boleh ke sy mkn kek tu? Risau pulak anak2 mkn kek tak sakit perut ke.
skarang kutu beras nie ramai cri.. sape2 ank2 dia form 2 boleh try2 ternak kutu nie nt ada eksperimen sains nk pakai kutu beras.. cri kt kedai jarang ada..
Post a Comment